CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Nama Besar Calon PM, Tumpuan Ke Istana Negara Hari Ini

17-8-2021 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12615| Komen: 170

Description: Sorotan penting politik negara hari ini lebih tertumpu kepada Yang di-Pertuan Agong apabila ketua-ketua parti akan dipanggil menghadap dipercayai bagi menentukan calon Perdana Menteri kesembilan serta ...
Sorotan penting politik negara hari ini lebih tertumpu kepada Yang di-Pertuan Agong apabila ketua-ketua parti akan dipanggil menghadap dipercayai bagi menentukan calon Perdana Menteri kesembilan serta proses pembentukan kerajaan baharu.


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka menerima menghadap ketua-ketua parti utama di Istana Negara, bermula jam 2 petang ini.

Dalam sesi menghadap itu, mereka dijangka mempersembahkan nama-nama calon Perdana Menteri baharu, sekali gus membolehkan Seri Paduka mendapat gambaran jelas berkenaan tahap sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap calon berkenaan.

Ini susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sebagai perdana menteri selepas beliau kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Peletakan jawatannya itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong namun baginda berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.



Foto: Berita Harian

Keputusan beliau dibuat selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan, manakala cadang kerjasama rentas parti dengan Parikan Nasional (PN) pimpinannya tidak mendapat sokongan pembangkang.

Berikutan itu, antara pemimpin politik yang dicanangkan sebagai bakal calon Perdana Menteri ialah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein.

Desas-desus turut mengaitkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Andaikan itu dibuat pemerhati dan penganalisis politik yang berdasarkan kepada sokongan dan kedudukan parti dan gabungan masing-masing, selain bersandarkan pengalaman lama yang dimiliki mereka.

Namun, untuk menjadi Perdana Menteri, mereka sekurang-kurangnya memerlukan sokongan majoriti mudah 111 daripada Ahli Parlimen bagi menubuhkan kerajaan baharu.

Ketika ini Dewan Rakyat mempunyai 220 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi kerana dua kerusi lagi masih kosong berikutan kematian penyandangnya.

Bagaimanapun pada masa ini, setiap blok parti politik dikatakan masih berdepan kebuntuan kerana tiada satu pun mempunyai majoriti itu melainkan mereka berkompromi untuk mengukuhkan kedudukan dan membentuk jajaran baharu. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 17-8-2021 12:56 PM
Aikkk!.....x nmpk pulak muka wak jahit & jibbun?
Quote Reymz 17-8-2021 12:59 PM
Tadi entah kat mana ada terbaca semua menghadap sekaligus untuk menyembnahkan nama calon. Kalau betul interesting gak, nak tengok siapa yang Pejuang / PAS / Bersatu nak calon kan. PH memang solid ke Anwar tu.
Quote MontanaHannah 17-8-2021 12:59 PM
Jahat zahid hamidi
dia PUNCA kerajaan terbubar

mak mertua fira milzah tu babi

semua yg turut kata  zahid hamidi patut mati


aku masa pemerintahan Tan Sri Muhyiddin xde rasa panas hati apa cuma  sekatan perjalanan sahaja dan aku marah dengan kj  bawa masuk vaksin corona dia tu


Melayu mcm xbersyukur

anak-anak muda mcm terasa hebat sangat  padahal  nak pimpin keluarga sendiri pun belum merasa  berkahwin dan ada anak-anak yg nak di bela dan isteri yg perlu di  jalankan tanggungjawab


hancur Melayu hancur

rebah mcm  kayu dimakan anai-anai

lebih malang ,melayu sendiri jaid anai-anai

elok-elok TanSri Muhyiddin  jadi PM , xnak

serius Melayu terlaknat
Quote zamzam 17-8-2021 01:01 PM
Firenzza replied at 17-8-2021 12:56 PM
Aikkk!.....x nmpk pulak muka wak jahit & jibbun?

Dia wakilkan anwar
Quote Firenzza 17-8-2021 01:03 PM
zamzam replied at 17-8-2021 01:01 PM
Dia wakilkan anwar

Oh ye ke? Wakil lobai pun x nmpk.....hadi wakilkan nuart jg ke?
Quote highcastle 17-8-2021 01:05 PM
Firenzza replied at 17-8-2021 12:56 PM
Aikkk!.....x nmpk pulak muka wak jahit & jibbun?

Rasanya yg masih ada kes mahkamah tak tercalon kot............
Quote zamzam 17-8-2021 01:06 PM
Firenzza replied at 17-8-2021 01:03 PM
Oh ye ke? Wakil lobai pun x nmpk.....hadi wakilkan nuart jg ke?

Rasanya lobai sokong sabri
Quote tripleid 17-8-2021 01:06 PM
tolonglah jangan mail..kalo dia pm 2x5 jah gagal mcm abahcow
Quote rukia2 17-8-2021 01:07 PM
kalo mmg xde pilihan lain, mungkin ayah dafi je yg ai berkenan sikit....
alaaaa...bolak balik, itu je lah calonnya
Quote Babai 17-8-2021 01:08 PM
MontanaHannah replied at 17-8-2021 12:59 PM
Jahat zahid hamidi
dia PUNCA kerajaan terbubar


Hahahahaha
Quote kelapaparut 17-8-2021 01:09 PM
iols rasa kite perlukan muka baru..iols nak cube safie apdal lah
Quote Herlina 17-8-2021 01:09 PM
Sesiapa pun PM, kita kena la reply. Jgn la seen je atau pun biar si PM nmpk dabel tick je
Quote sambaldurian 17-8-2021 01:11 PM
ya robbi bf zahida rafik pun tercalon. Astaga. xde aura PM la dia tu.
Quote Skuau 17-8-2021 01:11 PM
Aku nunggu pie jd pm baini...bot suda sedia bah ni-pilak
Quote kemaruk 17-8-2021 01:13 PM
mula pukul 1.30pm ini, YDPA akan jumpa wakil2 setiap parti politik

UMNO - wak jahit
PAS - hadi bawang
PKR - bang non
DAP - apek ringek
PAN - mat sabul
GPS - bang jo
PEJUANG - mukhriz daddykasi
Quote Azharitubunga 17-8-2021 01:13 PM
Baru tau xde majoriti
Hadap la
Numbers numbers
Last skali air liur jer bersepai
Quote Kitty_catz 17-8-2021 01:14 PM
dlm kelima2 nama ni, balik la bagi pokdiksen

dia je yg lain sket dr yg lain
Quote puanserama 17-8-2021 01:14 PM
MontanaHannah replied at 17-8-2021 12:59 PM
Jahat zahid hamidi
dia PUNCA kerajaan terbubar


Mmm naper kaka nah marah kj bawak masuk vax tu kaka..
Quote kemaruk 17-8-2021 01:14 PM
dijangka mencalonkan:

UMNO - wak jahit
PAS - ku li
PKR - bang non
DAP - bang non
PAN - bang non
GPS - pak mael
PEJUANG - berkecuali

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.237269 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top