CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tisu Penuh Tahi Berlonggok Tinggi Macam Menara, 8000 Tin Kosong Dan Sisa Makanan Dalam Rumah

17-8-2021 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5360| Komen: 43

Description: Seorang 'penyewa dari neraka' mengubah sebuah rumah flat dua bilik tidur dengan timbunan 8,000 tin kosong dan sisa makanan yang sudah berbau busuk.
Seorang 'penyewa dari neraka' mengubah sebuah rumah flat dua bilik tidur dengan timbunan 8,000 tin kosong dan sisa makanan yang sudah berbau busuk.

Ini termasuk tandas yang dipenuhi sampah setinggi empat kaki.

Keadaannya sangat teruk sehingga pekerja pembersihan muntah sebanyak tiga kali ketika membersihkan rumah berkenaan.


Foto: Daily Star

Pakar pengurusan air bersih dan buangan, Freddie Gillium-Webb ditugaskan untuk membersih kediaman pemiliknya setelah ditinggalkan penyewa bermasalah dengan tidak membayar sewa selama setahun.

Lelaki berusia 29 tahun itu terkejut sewaktu memasuki kediaman dua bilik tidur di Andover, Hampshire di United Kingdom.


Beberapa gambar menunjukkan sofa di ruang tamu hampir ditutupi dengan timbunan tin bir.

Foto: Daily Star

Tandas pula seperti tidak dibersihkan, sebaliknya tisu tandas yang mempunyai kesan najis berlonggok seperti 'menara'.

Freddie mngambil masa hampir 30 jam untuk membersihkan rumah itu selama tiga hari.

Sebanyak 10 botol peluntur juga digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. - CARI

Sumber: Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnamina 17-8-2021 02:33 PM
Jahanam rumah org.
Quote Kejora927 17-8-2021 02:54 PM
Hoarder.. boleh hidup bergelumang dgn brg2, sampah{:yameteh{:yameteh
Quote tripleid 17-8-2021 03:00 PM
Yuckkkss..tisu lepas selet main buang camtu je
Quote AnnaSendin 17-8-2021 03:13 PM
Euww tapi iols banyak kali dengar britons nieyh pengotor namatey
Quote eyansss 17-8-2021 03:19 PM
merata2 ada masalah penyewa dari neraka...  this is one of the reason why aku tak pernah nak join hartanah sewa2 ni...  sakit kepala nak settle wooo...  kalau kotor camni masih boleh upah orang cuci...  ada kes tu siap package jahanamkan segalamala dalam rumah tu...  ada yang selamba simbah simen dalam lubang tandas and all...
Quote Ayda89 17-8-2021 03:19 PM
Ya Allah kesian pekeja nak bersihkan segala najis tu
Quote mama_neko 17-8-2021 03:32 PM
kalau kat sana sampai boleh berbisnes utk clean up rumah horder ni, hehehee..
Quote monreyes 17-8-2021 03:35 PM
kan senang cuci montot guna air.. tak de lah penuh rumah dgn tisu berselet.. jamban berkerak.. bodoh btol kafirun ni
Quote dua_chzy 17-8-2021 03:37 PM
Uncle Roger kata orang gini takyah takut kena kobid. Immune sistem dia indestructible.
Quote xastor9 17-8-2021 03:40 PM

ewww jijik pengotor
Quote Adrif 17-8-2021 03:54 PM
kat Malaysia pun sama je..

kes 1 -
bila penyewa dah keluar, baju buruk berlonggok kat lantai dari pintu masuk sampai la ke pintu dapur. SANGAT BANYAK, tak nampak lantai. tak tau la dia kutip baju buruk ke, beli baju bundle ke, wallahualam. tengah2 rumah ada almari kayu dah terkopak. agak aneh ye.
tak banyak cerita, semua ke tong sampah. malas fikir banyak.

kes 2 -
macam kes thread ni. ada la bangsa tu, orang memang dah warning. tapi aku bukan jenis racist dan prejudis.
gila babeng masuk rumah rasa macam nak pengsan takde oksigen. tingkap tak bukak tak tau berapa lama. habuk rokok kat lantai. ada kesan kuning2, mungkin ashtray tumpah, mungkin air lain. entah. takde masa aku nak buat forensik kat air tu.
masuk bilik tidur, katil takde tilam, tapi tilam bentang kat lantai rapat-rapat. very the suspicious. jalan tepi sikit, nampak ada bungkusan kondom belum buka kat lantai. amende la budak-budak ni.
sampai dapur, mengucap panjang aku. bekas nasi bungkus, disusun bertingkat-tingkat setinggi 6-7 kaki. busuk gila. pemalas, pengotor. tisu pun penuh tong sampah kecik sampai mampat.
toilet cam biasa, lumut, kuning, hitam.

2018 surrender.. clean & repair rumah cam biasa. cat balik.
pastu jadikan tempat persinggahan je, untuk family and sedara-mara yang travel jauh.
tutup buku
Quote LautBiru52 17-8-2021 03:57 PM
Peningnya penyewa mcm ni. Nasib baik cuma sampah je, rumah tak dirosakkan
Quote Mulotkoyak 17-8-2021 04:06 PM
Same macam penyewa umah iols dlu. Pengotor namateyyyy...
Dr tips or borneo.. Yeee
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 04:13 PM
penyewa shiyal ada di seluruh pelusuk donya
Quote airmineral 17-8-2021 04:17 PM
perghhh mesti busik hamis tisu taik bertingkek2 tu
Quote Fortiori02 17-8-2021 04:20 PM
Pengotornya manusia ni
Quote naina 17-8-2021 04:25 PM
eyansss replied at 17-8-2021 03:19 PM
merata2 ada masalah penyewa dari neraka...  this is one of the reason why aku tak pernah nak join ha ...

Sama macam bapak akula. Kawan2 dia sibuk buat rumah sewa. Tapi bapak aku tak berminat. Hasil duit jual tanah diwakafkan sajok dan masuk tabung haji. Dia kata malas nak layan macam2 kerenah orang. Rumah 1 je cukup. Wakaka
Quote angelawoosh 17-8-2021 04:27 PM
Setiap kali minum,  mmg minum air tin ke. Gila diabetis
Quote naina 17-8-2021 04:28 PM
Adrif replied at 17-8-2021 03:54 PM
kat Malaysia pun sama je..

kes 1 -

Kalau aku tak kuasa nak kemas sisa orang. Baik aku upah orang je. Aku sejenis penggeli orangnya. Sebb tu takleh bela kucing. Tak sanggup ohh buang tahi kucing yang kat pasir2 tuhh.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.062542 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top