CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesej Dan Panggilan Tak Berjawab, Rupa-Rupanya Suami Dah Meninggal Akibat Covid19

17-8-2021 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8657| Komen: 94

Description: Sungai Petani: "Selamat pagi sayang... Assalamualaikum sayang," itu kiriman mesej WhatsApp terakhir Azliza Mohd Rosli, 37, kepada suaminya sebelum mengetahui lelaki terbabit sudah meninggal dunia ...
Sungai Petani: "Selamat pagi sayang... Assalamualaikum sayang," itu kiriman mesej WhatsApp terakhir Azliza Mohd Rosli, 37, kepada suaminya sebelum mengetahui lelaki terbabit sudah meninggal dunia akibat Covid-19, Jumaat lalu.


Suaminya, Hamzah Md Yusuf, 44, meninggal dunia selepas sembilan hari menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, akibat dijangkiti virus itu.

Katanya, dia tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam apabila mesej yang dihantar tidak dijawab, malah panggilan juga tidak terjawab.

"Kami berbual dalam WhatsApp bermula jam 12 tengah malam, sebelum meminta izin suami untuk membuat panggilan video dan memintanya supaya jangan tidur.

"Suami ada membalas memberitahu yang dia sukar untuk tidur dan itulah kata-kata terakhirnya kerana panggilan video yang dibuat kepadanya langsung tidak dijawab," katanya.

Kredit foto: Harian Metro


Menurutnya, dia beranggapan suaminya mungkin keletihan dan ingin berehat, namun Azliza tetap mencuba menghantar mesej kepada suaminya itu.

"Saya masih cuba menghubungi suami kerana tidak tahu yang dia sebenarnya sudah ditidurkan.

"Sekitar 8.30 malam, barulah saya menerima panggilan telefon dari hospital yang memaklumkan suami sudah meninggal dunia," katanya.

Azliza berkata, arwah suaminya bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Kuala Ketil dan mereka bertemu jodoh hampir tujuh tahun lalu selepas pasangan masing-masing sudah meninggal dunia.

Allahyarham Hamzah meninggalkan tiga anak bersama bekas isteri dan seorang lagi hasil perkahwinan bersama Azliza.

Azliza pula mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya.

Semua termasuk tiga anak tirinya tinggal bersama Azliza serta mereka sangat rapat dan memanggilnya dengan gelaran umi.

Azliza berkata, dia kini buntu bagaimana untuk menyara keluarga memandangkan sebelum ini arwah suaminya yang menjadi tonggak keluarga.

"Saya memang tidak pernah bekerja dan kini hanya menggunakan baki wang yang ada untuk menyara keluarga," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 17-8-2021 11:27 AM
Aduhaiii... Keje la pompuan2 skang... Jgn bergantung pd suami...

Takziah utk adik ni.. Baik jg ank2 tiri
Quote cmf_premierleag 17-8-2021 11:30 AM
takziah
lps ni takyah la kawen lagi Azliza.pi la cari keje,simpan duit and besarkan anak2
takyah la depend pd suami lg
sbb dia ckp x pernah bekerja and guna baki wang yg ada je skang ni
Quote cmf_premierleag 17-8-2021 11:32 AM
sblm ni bila aku sarankan org perempuan kene ada income sendiri,sbb kut2 la suami mati ke kan...kemain lg acik2 kepam mengata aku bagai.konfiden sgt suami tu hidup smpi hujung nyawa bersama2
hah skang tgk la sendiri
ni realiti
zmn skang sume kene kerja.susah nk depend pd spouse memasing.kut2 la spouse tu tersedut covid ke,bleh meninggal gak.
Quote mclaren 17-8-2021 11:33 AM
Siannya ada 6 anak2 nak sara dan tak pernah bekerja. Nak kerja sekarang selain pandemik, susah bab siapa nak jaga anak2 pulak


Harap ada cahaya menyinar pada dia
Quote trexxxxxi 17-8-2021 11:38 AM
Kesian. Akak ni boleh buat apa2 produk makanan dari rumah, utk dijual. Nasi lemak ke. Buatlah sambal sedap yang pedas, lauk pauk yang simple tapi sedap pasti ramai yang membeli.

Harap lelewbit ittew yang berprihatin lagi berviral ke sana ke sini memberi bantuan, dapat tolong akak ni

Dana banyak kan orang bagi
Quote samperit 17-8-2021 11:43 AM
cmf_premierleag replied at 17-8-2021 11:32 AM
sblm ni bila aku sarankan org perempuan kene ada income sendiri,sbb kut2 la suami mati ke kan...kema ...

sape mengata sis tu

amboiii amboii amboiii
Quote any42 17-8-2021 11:44 AM
Ya Allah kesiannya. sokongan org skeliling espclly fmly tdekat tu pnting. takutnya jd dpress. rmai ank tmsuk ank tiri kna sara. hrap kuat semangat akk ni
Quote Suchi 17-8-2021 11:45 AM
Takziah, semoga ada pihak yg dapat bantu berikan kerjaan utk sis ni.
Kerjaan yg boleh dibuat dirumah sambil jaga anak.
So dapat jimat duit bayar pengasuh.

La ni mcm2 keje boleh dibuat kat umah, WFH kan. Iols ada kenal org yg keje jd admin utk page, dia graphic designer juga.
So edit buat poster ke apa. Semua buat kat umah je sambil jaga anak.
Keje2 jd mod, admin n wartawan forum pun boleh dibuat kat rumah juga.

Kalau sis ni takde kemahiran tertentu maybe pihak JKM sediakn kursus memasak ke, jahitan dan sbgnya.
Quote sarahmirza 17-8-2021 11:48 AM
Harap arwah suami dia ada amik hibah utk dia & anak2....

Ni biasa agen insurance cakap... Tak nak nafikan, ada benarnya manfaat hibah itu sangat2 membantu si balu & anak2..

#bukanageninsurance
Quote darkness 17-8-2021 11:49 AM
Ya Allah...siannya...dua2 nampak muda dr usia..huhu..semoga diberikan ketabahan dan kesabaran menempuhi hidup
Quote jijahmomon 17-8-2021 11:51 AM
harap arwah suami boh nama bini dia dalam perkeso dan kwsp...boleh dpt pencen ilat..dpt gak duit bulan2
Quote delia3003 17-8-2021 11:55 AM
Edited by delia3003 at 17-8-2021 12:00 PM

Takziah. Ramai jugak tanggungan, anak2 sendiri dan anak2 arwah. Kesian anak arwah, yatim piatu. Semoga kebajikan anak2 terjaga.
Quote Buudak 17-8-2021 11:57 AM
takziah...semoga terus tabah
Quote MsKathryn 17-8-2021 11:58 AM
Takziah...  pompuan kena kerja at least ada duit sendiri if something happens
Quote orkid_amani 17-8-2021 12:00 PM
Boleh p socso kan mintak pencen apa tu ntah..dapat bayaran bulan2 berapa persen dari basic gaji husband. Anak2 pun ada bahàgian dia. Husband aii la cerita..sebab dulu aii ada tanya yg hibah2 tu..katanya bukan semua hibah dapat kat kita. Yg murah2 carum tu kalau 20 tahun xdak kematian ka apa ka wave mcm tu ja caruman. Yg ratus2 tu dapat balik duit kita carum. . Kalau aii salah tlg betulkan
Quote ckenj 17-8-2021 12:09 PM
bagus baca kat forum ni..byk info dapat..
Quote ina_na 17-8-2021 12:16 PM
cmf_premierleag replied at 17-8-2021 11:32 AM
sblm ni bila aku sarankan org perempuan kene ada income sendiri,sbb kut2 la suami mati ke kan...kema ...

Ko abaikan je makcik2 kepam tu.. Aku sll kn bl Aku ckp buat bisnes on9 deme kata aku gila duit..mslhnye alang2 kita on9 baik niaga sekali Kan . alhamdulillah rezeki anak2.. boleh la belanja anak2 mkn best2.. bl perabot yg anak2 nk.ikut selera dia..nampak la duit Kita Tu lekat kat mn
Quote apam 17-8-2021 12:22 PM
Kerajaan, baitulmal wajib bantu akak ni dgn anak2 dia. Akak tak yah keje pun takpe. Budak2 ramai nak kena jaga tu. Tu pun keje jugak. Dah jadi tanggungjawab kewajipan kerajaan dan masarakat untuk sara akak.
Quote slyfynx 17-8-2021 12:24 PM
Tp kan, untuk isteri2 yang suri rumah sepenuh masa, just ready2 la mcm mana nk tanggung diri dan anak2.
Tkt pape terjadi nnt xde tempat bergantung dah. Kalau sakit maybe ade lg pencen ilat.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061406 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top