CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paksa Makan Pil, Kunci Dalam Almari, Lemaskan-Ibu Bunuh Anak 7 Tahun, Sampai Sekarang Mayat Tak Jumpa

9-8-2021 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1749| Komen: 6

Description: Rio de Janeiro: Catatan diari memilukan yang menceritakan kisah penderaan dilalui seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai dibunuh ibunya ditemukan.
Rio de Janeiro: Catatan diari memilukan yang menceritakan kisah penderaan dilalui seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai dibunuh ibunya ditemukan.

Dailystar melaporkan diari itu menceritakan penderitaan, Miguel dos Santos Rodrigues dengan menganggap dirinya sebagai seorang anak yang teruk.

"Saya buruk. Saya kejam. Saya jahat. Saya tidak tahu menghargai sesiapa. Saya anak yang mengerikan," tulisnya.

Yasmin dan Miguel, Foto: Agensi

Polis Brazil percaya ibu Miguel, Yasmin Vaz dos Santos Rodrigues, 26, memaksanya menulis ayat itu bersama frasa lain yang meruntun jiwa seperti 'saya bodoh' dan 'saya tidak layak menjadi anak kepada ibu ini' sebelum dibunuh.

Ibu Miguel akhirnya mengaku memaksa anaknya makan ubat anti kemurungan dengan dos tinggi sebelum melemaskan anaknya ke dalam beg dan membuangnya ke sungai.

Tetapi dia menunggu dua hari selepas kejadian itu sebelum melaporkan kehilangan Miguel.

Polis memperoleh video di mana Yasmin kelihatan mengejek budak lelaki itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Antonio Carlos Ractz berkata, siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan.

"Apa yang jelas dan kami mengesahkan ketika kanak-kanak itu hidup, dia diseksa secara fizikal serta psikologi. Dia kekurangan zat makanan. Walaupun dia ke sekolah, dia tidak punya kawan dan tidak pergi ke mana-mana.

"Dia dikunci di sebuah bilik di rumah, dihukum, dikunci dan diikat dalam almari," katanya.

Selepas Yasmin mengaku melakukan pembunuhan, polis menggeledah rumah keluarga itu dan menjumpai rantai yang digunakan untuk mengikat Miguel dalam almari pakaian.

Sehingga kini mayat kanak-kanak malang itu belum ditemui. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 9-8-2021 10:38 AM
gila meroyan ke cikki ni??
Quote nakkomenjugak 9-8-2021 10:42 AM
ko dah kenapa perempuan????
kalau tak nak ada anak, pakai laa protection!
Quote None68 9-8-2021 11:09 AM
Apa bendalah mak budak peel gini.
Quote Mooverine 9-8-2021 11:17 AM
Ni memang gila. Shiyal lah.. kalau tak nak anak tu, bagi la kat orang lain.
Quote papadomku 9-8-2021 11:22 AM
syaitannya perempuan ni!!!! kesiannya anak tu. takpe dik, dah berakhir dah penyeksaan utkmu. semoga syurgalah tempatmu nanti.
Quote merrissa 9-8-2021 12:22 PM
nakkomenjugak: ko dah kenapa perempuan???? kalau tak nak ada anak, pakai laa protection!


Bg kat aku jela anak tu… sian anak tu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039475 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top