CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datang Nak Suntik Perancang Kehamilan, Tiba-Tiba Doktor Suntik Vaksin Covid-19 Pula!

9-8-2021 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2342| Komen: 7

Description: HONG KONG – Seorang wanita yang menghadiri janji temu bagi mendapatkan suntikan kontraseptif atau perancang kehamilan terkejut apabila petugas kesihatan tersilap memberikannya vaksin Covid-19 jenis S ...
HONG KONG – Seorang wanita yang menghadiri janji temu bagi mendapatkan suntikan kontraseptif atau perancang kehamilan terkejut apabila petugas kesihatan tersilap memberikannya vaksin Covid-19 jenis Sinovac, lapor laman Coconuts.co kelmarin.


Wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Hiu Ying itu memberitahu portal berita online tempatan, HK01 bahawa dia hanya menyedari telah menerima suntikan vaksin Sinovac apabila melihat jarum suntikan yang digunakan padanya itu lebih panjang berbanding jarum suntikan kontraseptif sebelum ini.

Dia kemudian bertanya kepada doktor itu tentang suntikan yang diterimanya dan doktor itu menjawab ia merupakan vaksin Sinovac Covid-19.

Foto: Getty Images

“Saya datang ke sini untuk mendapatkan suntikan kontraseptif, bukan vaksin Covid-19,” jawab wanita itu kepada doktor terbabit.


Doktor tersebut kemudiannya mengaku kesilapan tersebut dan mahu menyuntik wanita itu dengan suntikan kontraseptif. 

Dia yang sudah menerima dua dos vaksin Pfizer bagaimanapun enggan dan bertanya sekiranya dia boleh membuat aduan berkenaan kesilapan tersebut kepada jabatan kerajaan.

Doktor tersebut memeriksa tekanan darah wanita itu selepas menerima vaksin dan mendapati ia telah meningkat.

Wanita itu turut mendakwa dia berasa sakit kepala sebelum petugas berkenaan menghubungi ambulans dan dimasukkan ke hospital dengan surat doktor yang bertulis ‘Tersilap terima vaksin Sinovac’.

“Saya rasa doktor tersebut sangat tidak bertanggungjawab malah kelihatan terpinga-pinga dan tidak tahu bagaimana untuk mengawal situasi itu,” kata Hiu Ying.

Sehingga kelmarin, klinik tersebut gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu terbabit. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 9-8-2021 11:10 AM
haiyoooo menakutkan sungguh lerrr kalau mix up macam ni

takde komunikasi antara MO dengan PT ke sebelum suntikan?
MO: Okay, i akan bagi suntikan kobid sino yada2
PT: Doc, i nak buat suntikan kontraseptif bukan vaxx!



Quote merrissa 9-8-2021 11:13 AM
doktor ngantok juga ke
Quote nazzse 9-8-2021 11:49 AM
Tak pasal2 dapat 3 dose
Quote angelofish 9-8-2021 11:56 AM
harap tak mati stroke
Quote mbhcsf 9-8-2021 11:57 AM
dapat sijil lagi satu la ye for another vaccine.

elok invite dia ke research centre untuk further assessment kesan campuran vaccine ni - buat follow up study.
Quote Whitepinkrider 9-8-2021 01:33 PM
aiyoo.. dpt 3rd dose tak pasal.
Quote Olumis 22-8-2021 01:42 PM
Johnny johnny yes papa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.070229 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top