CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naga China Akan Ambil Alih Bumi, Donald Trump Pekak, Tsunami-Ramalan Vanga

9-8-2021 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2642| Komen: 11

Description: Tahun 2021 membawa episod duka yang masih berlarutan dari 2020 ekoran pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir. Namun, sebelum ini banyak ramalan tular di media tentang apa yang bakal berlaku pada ...
Tahun 2021 membawa episod duka yang masih berlarutan dari 2020 ekoran pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir. Namun, sebelum ini banyak ramalan tular di media tentang apa yang bakal berlaku pada tahun depan.


Seorang peramal buta, Baba Vanga yang terkenal berikutan ramalan mengenai kejadian 9/11 telah kembali dengan pelbagai ramalan yang mungkin akan berlaku dalam sepanjang tahun 2021, lapor Daily Record.

Vanga yang kehilangan penglihatan pada usia 12 tahun itu memberikan beberapa ramalan antaranya penawar untuk barah dan kejadian tsunami. Dia yang mendakwa dirinya mempunyai mukjizat yang dikenali Nostradamus of the Balkans turut meramalkan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 5079.

Foto: Agensi

Menurut Vanga yang kini telah berusia 85 tahun, 2021 akan menjadi tahun penawar penyakit barah. Ia adalah satu pencapaian yang bakal membuat semua orang lega kerana dapat mengubati penyakit yang membawa maut itu.


Walaupun ramalan itu membawa khabar gembira, negara di Asia katanya akan bakal berduka dengan kejadian tsunami.

Katanya, banyak kejadian yang bakal berlaku di tahun 2021, iaitu selain tsunami, gempa bumi dan serangan meteorit juga akan menimpa dunia.

“Dunia akan menderita banyak bencana dan bencana besar. Kesedaran orang akan berubah.

"Saya menyaksikan peristiwa dahsyat yang akan mengubah nasib dan nasib umat manusia," katanya.

Vanga juga meramalkan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal mengidap penyakit misteri yang akan membuatnya pekak, dan menyebabkan trauma otak. Dia juga meramalkan bahawa akan ada cubaan pembunuhan dilakukan terhadap Presiden Rusia Vladimir Putin oleh seseorang di negaranya sendiri.

Ramalan Baba Vanga yang paling pelik adalah seekor naga akan mengambil alih planet ini pada tahun 2021.

Dia mendakwa, naga itu akan datang dari China. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 9-8-2021 10:25 AM
Stroke ka?

Vanga juga meramalkan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal mengidap penyakit misteri yang akan membuatnya pekak, dan menyebabkan trauma otak.
Quote gigahertz 9-8-2021 10:27 AM
Peperangan di jangka sekitar 2023 atau 2025.
kelmarin pun Jerman dah hantar Frigatenya ke Laut China Selatan.
Quote Kurex 9-8-2021 10:37 AM
Baca boleh, percaya jangan. Kalau terjadi, tu kebetulan.. belum tentu peramal boleh ramai minit & saat keberapa dorang mati
Quote nakkomenjugak 9-8-2021 10:49 AM
serta merta teringat video ni.

[youtube]TvKpKeUsyAk[/youtube]
Quote noor2 9-8-2021 10:50 AM
Mengarut......
Quote salmon-suki 9-8-2021 11:14 AM
Xde sapa2 pn y boleh ramal exactly bila akan berlakunya kiamat...y tanda2 dah ada pn masih lg ramai y buta,in denial..hmmm..
Quote AbukRokok 9-8-2021 11:23 AM
Nostradamus of the Balkans turut meramalkan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 5079.


alhamdulillah batullah lama lagi bak kata al padel ostak wal mopti
Quote Nham22 9-8-2021 11:29 AM
Huru hara itu pasti.. NABI sendiri menceritakan...
Quote jazaa100 9-8-2021 11:29 AM
AbukRokok replied at 9-8-2021 11:23 AM
alhamdulillah batullah lama lagi bak kata al padel ostak wal mopti

Caya lah tu....

Dlm kalender Islam tak de dah selepas tjm 1500H.....
Dunia skrg ni pun dah panas mcm mcm tanda kiamat dah kuar, nak sampai 5079.....
Quote krustykrab 9-8-2021 11:32 AM
Naga tu mmg binatang yg org cina suka kn sbb simbol kuasa kekayaan...so maksud nenek ni kuasa dunia akn beralih dr amarika ke china la kot, covid pun asal china hmmmmm
Quote epis 10-8-2021 07:02 AM
Igtkan dah xde acik ni, hidup lagi rupanya

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.176058 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top