CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekeluarga Berkurung 15 Bulan Tak Keluar Langsung, Buang Air Besar Pun Dalam Khemah

28-7-2021 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3846| Komen: 21

Description: New Delhi: Sebuah keluarga dari kampung Kadali, Andhra Pradesh, India sanggup berkurung di dalam khemah didiami mereka sejak 15 bulan lalu kerana bimbang dijangkiti Covid-19.
New Delhi: Sebuah keluarga dari kampung Kadali, Andhra Pradesh, India sanggup berkurung di dalam khemah didiami mereka sejak 15 bulan lalu kerana bimbang dijangkiti Covid-19.


Hindustan Times melaporkan, keluarga itu bagaimanapun diselamatkan polis yang datang ke tempat tinggal mereka.

"Keluarga Chuttugalla Benny, isterinya, dua anak mereka menetap di situ.

"Mereka takut dengan Covid-19 dan berkurung di dalamnya, sejak 15 bulan lalu," kata Ketua Kampung Choppala Gurunath.

Foto: Agensi

Kisah keluarga itu terbongkar selepas sukarelawan kampung datang ke khemah didiami keluarga itu.

Kunjungan itu bertujuan mendapatkan cap jari mereka bagi membolehkan keluarga itu menerima bantuan perumahan di bawah skim kerajaan.


Keluarga itu enggan memberi kerjasama dan sukarelawan terbabit kemudian memaklumkan ketua kampung serta yang lain berhubung situasi itu.

"Apabila sukarelawan datang, mereka enggan (melayan) serta memberitahu akan mati jika berbuat demikian.

"Sukarelawan terbabit melaporkan hal itu dan kami kemudian bergegas ke penempatan mereka," kata Garunath.

Menurut Garunath, keluarga itu segera dibawa ke hospital kerajaan dengan bantuan pihak polis dan penduduk kampung.

Mereka kini masih menerima rawatan.

"Keluarga itu juga membuang najis di dalam khemah berkenaan dan boleh meninggal dunia jika terus tinggal di situ untuk dua ke tiga hari lagi," katanya.

Dalam pada itu, Andhra Pradesh sahaja sudah merekodkan lebih 1.9 juta kes Covid-19 dengan lebih 13,000 kematian.

Kerajaan negeri juga melanjutkan tempoh perintah berkurung Covid-19 sehingga 30 Julai bermula jam 10 malam hingga 6 pagi setiap hari.

Ketua Setiausaha (Kesihatan), Anil Kumar Singhal dalam kenyataannya memaklumkan, keputusan itu dibuat hasil penilaian situasi semasa Covid-19 dan sebagai langkah untuk menurunkan bilangan kes positif.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 28-7-2021 11:55 AM
xdpt aku imagine mcmn drg hidup cmni{:freak
Quote JohnyEnglish 28-7-2021 12:03 PM
aku ada tgk filim tamil.dia ada tunjuk scene pompuan keluar beramai2 pgi berak belakang pokok masa time awal2 pg camtu.aku tertanya2 btl ka kat India masih ada mcm tu?
Quote serex 28-7-2021 12:15 PM
JohnyEnglish replied at 28-7-2021 12:03 PM
aku ada tgk filim tamil.dia ada tunjuk scene pompuan keluar beramai2 pgi berak belakang pokok masa t ...

Filem Akhshay Kumar ka? Tajuk toilet.. Itu filem hindi..
Quote JohnyEnglish 28-7-2021 12:17 PM
serex replied at 28-7-2021 12:15 PM
Filem Akhshay Kumar ka? Tajuk toilet.. Itu filem hindi..

Filim tu pun ada.yg aku tgk baru ni filem tamil tajuk 'Mandela'.yg ni siap tukar shift time berak laki dan pompuan.abis tu klu siang2 nak berak cmana
Quote Olumis 28-7-2021 12:43 PM
Aduhh tak dapat bayangkan
Quote bulalof 28-7-2021 01:51 PM
trauma sampai giler......
Quote misuke 28-7-2021 02:44 PM
Ayyoooo...ini macam pun ada ka #tepukdahi
Quote batmana 28-7-2021 02:49 PM
polis india datang bwa rotan tu...
Quote a4_paper 28-7-2021 02:54 PM
JohnyEnglish replied at 28-7-2021 12:03 PM
aku ada tgk filim tamil.dia ada tunjuk scene pompuan keluar beramai2 pgi berak belakang pokok masa t ...

still ada lg bang johny oii.. bkn blakang umah,, semak2 samun tepi jalan camtu je pon dorg melabur..

Quote JohnyEnglish 28-7-2021 03:14 PM
a4_paper replied at 28-7-2021 02:54 PM
still ada lg bang johny oii.. bkn blakang umah,, semak2 samun tepi jalan camtu je pon dorg melabur ...

aku rasa kat area kg2 ja kut.
Quote nakkomenjugak 28-7-2021 03:34 PM
deme tepi laut pun boleh melabur.
Quote a4_paper 28-7-2021 03:37 PM
JohnyEnglish replied at 28-7-2021 03:14 PM
aku rasa kat area kg2 ja kut.

yg depan mata aku pernah tgk kawasan pinggir delhi sket.tepi jalan camtu je..
senang cita klu gi india rasa letih nk menyandar kat dinding mana2 tuh check dulu.. dorg xleh nampak dinding mesti jadi target nk kencing.. memang hancing bro, bandar x bandar aku rasa lebih kurang je..kecuali kashmir okay sket


Quote Zirara99 28-7-2021 04:03 PM
Huwaaaa kesiannya.
Quote harizs 28-7-2021 04:20 PM
ni betul2 takut covid.  mcm pddk Banghdad yg sembunyi dlm lubang berminggu2 bila tentera Mongol masuk menyembelih siapa yg mrk jumpa
Quote Sazida 1-8-2021 04:32 PM
a4_paper replied at 28-7-2021 03:37 PM
yg depan mata aku pernah tgk kawasan pinggir delhi sket.tepi jalan camtu je..
senang cita klu gi  ...

Ada tgk kt youtube. Mmg geli betul india tu. Berak kencing merata. Kt psr lagi la,,lambak ats jln cmtu je..pastu blkg tmpt niaga tmpt kencing..serius nk muntah tgk
Quote Babai 1-8-2021 04:36 PM
airmineral replied at 28-7-2021 11:55 AM
xdpt aku imagine mcmn drg hidup cmni{:freak

Geli weiiiiiiii
Quote anakmak 1-8-2021 06:30 PM
a4_paper replied at 28-7-2021 03:37 PM
yg depan mata aku pernah tgk kawasan pinggir delhi sket.tepi jalan camtu je..
senang cita klu gi  ...

Aku  tgok YouTube Indian  hawkers
Errrrr Aku x sanggup
Quote Jemahjemah1988 1-8-2021 07:19 PM
Dah berak flush lah.. Kalau berak pastu taik kat sebelah situ lah tido situ lah makan.. Kalau x kena covid penyakit lain pulak datang.
Quote Taniajingga 2-8-2021 12:44 AM
a4_paper replied at 28-7-2021 03:37 PM
yg depan mata aku pernah tgk kawasan pinggir delhi sket.tepi jalan camtu je..
senang cita klu gi  ...

Ni yg iols takbekenan dengor. Jenis kencing merata2 aiyooo dngar pun pening. Kalo bau lagilah pening oi

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061893 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top