CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mawar Rashid Sumbang Peralatan Untuk Hospital Selepas Sekeluarga Menderita Dijangkiti Covid-19

28-7-2021 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3145| Komen: 11

Description: Pelakon Mawar Rashid, 26, bersyukur dan terharu apabila berjaya mengutip sumbangan lebih RM75,000 bagi tujuan sumbangan peralatan untuk Hospital Ampang dan Hospital Selayang.
Pelakon Mawar Rashid, 26, bersyukur dan terharu apabila berjaya mengutip sumbangan lebih RM75,000 bagi tujuan sumbangan peralatan untuk Hospital Ampang dan Hospital Selayang.


Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, dia tidak sangka kutipan itu berjaya diraih dan tersentuh dengan kemurahan hati rakyat Malaysia untuk menderma selepas dia menghebahkan inisiatif itu menerusi Instagram Live, baru-baru ini.

Dia turut berbesar-hati apabila ramai rakan artis termasuk Eyra hazali, Zoey Rahman, Nurin Afiqah, Sha Hassan, Aleeya Zailan dan Zarina Anjoulie turut menyumbang sama demi inisiatif murni itu.


Foto: IG

"Saya memulakan inisiatif itu tiga hari lalu bagi memenuhi permintaan seorang doktor yang memberitahu peralatan tidak cukup di hospital untuk mengendalikan pesakit Covid-19. Saya sendiri turut membuat sumbangan peribadi sebanyak RM20,000.


"Bagaimanapun, jumlah itu tidak cukup kerana dua unit troli pengangkat yang diperlukan bernilai RM70,000. Awalnya, saya dapat kumpul RM3,500 saja sebelum memutuskan untuk buat lagi Instagram Live bagi terus meraih derma.

"Dari situlah juga rakan-rakan artis lain itu turut serta dan mengajak pengikut mereka turut serta menyumbang. Jujur, saya sangat terharu apabila melihat kesungguhan rakyat Malaysia mahu menyumbang sehingga mengumpul jumlah itu," katanya.

Mawar berkata, niat itu tercetus selepas seluruh keluarganya disahkan positif Covid-19 awal bulan ini termasuk ibunya.


Menurutnya, pengalaman dijangkiti virus itu benar-benar memberi tamparan buatnya.

"Pengalaman dijangkiti Covid-19 untuk kami sekeluarga memang sangat teruk. Suami saya mengalami batuk berdarah, saya pula demam selama lima hari hingga sukar bernafas. Begitu juga anak saya turut demam dan selepas dua minggu barulah sembuh serta negatif.

"Ibu saya pula terpaksa dikuarantin sendirian di hotel. Dia langsung tiada selera makan dan hanya mengambil buah ceri menyebabkan doktor beritahu kami supaya bersedia dengan segala kemungkinan.

"Selepas mengalami sendiri ketakutan itu, saya memasang niat untuk membantu barisan hadapan kita apabila sudah sihat. Saya juga tabik rakyat Malaysia kerana ramai sebenarnya nak turut menyumbang tapi tidak pasti saluran mana yang betul," katanya.




Mawar turut bersyukur apabila kini mereka sekeluarga sudah bebas daripada Covid-19. Namun, dia berharap inisiatif sumbangannya itu akan dapat meringankan beban kakitangan di dua hospital terbabit.

Untuk Hospital Ampang, dia akan menyumbangkan lima unit 'Oximeter' dan empat unit Skrin Mudah Alih, manakala sebanyak 15 unit tong oksigen, lima regulator, lima troli oksigen dan dua troli pengangkat untuk Hospital Selayang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakgarang 28-7-2021 11:01 AM
beb sebelum nk sumbang katil ke kusi je... tunaikan tanggungjawab dulu.. laki hang tu bila nk settle KDoubleUespeee pekerja???? dasar cheap celebrity
Quote dudaberhias 28-7-2021 11:13 AM
kakakgarang replied at 28-7-2021 11:01 AM
beb sebelum nk sumbang katil ke kusi je... tunaikan tanggungjawab dulu.. laki hang tu bila nk settle ...

Khennn. Btw gigih dia kutip derma dari team2 dia yach. Sedangkan pekerja sendiri nampaknya macam memerlukan derma tu dan somi dia perlukan free consultation at yun nam.
Quote acikbrown 28-7-2021 11:18 AM
Banyak duit tabung depa ni....
Sekali derma, puluh ribu riban.
Quote kakakgarang 28-7-2021 11:23 AM
dudaberhias replied at 28-7-2021 11:13 AM
Khennn. Btw gigih dia kutip derma dari team2 dia yach. Sedangkan pekerja sendiri nampaknya macam m ...

kesian pada pekerja..

punya nk nama kekal dlm industry ni sanggup la beria sumbang peralatan hospital.. (cheap marketing)

Raf tu nmpk sgt da kusut masai.. nmpk semakin busuk...

hahha pasal pegi yun nam HAHAHAHAAHAHAH kakduda tak pernah menghampakan.. hahaha
Quote slyfynx 28-7-2021 01:08 PM
Ntah la.
Still aku x bleh blah dengan pasangan ni.
Sekian, terima kasih
Quote LadyCarefree 28-7-2021 02:48 PM
Kesian. Hanya mampu makan buah cheri.
Quote nakkomenjugak 28-7-2021 03:38 PM
ugghhhh hauk memasing2. suruh laki ko bayar pekerja dulu
Quote edayildiz 28-7-2021 03:41 PM
mawar ni best jgk tgk dia berlakon ngn sapik kyle dlu
berbakat jgk la
Quote indestructibleR 29-7-2021 09:54 AM
makan buah ceri tu
Quote Shayang 1-8-2021 09:40 AM
kakakgarang replied at 28-7-2021 11:01 AM
beb sebelum nk sumbang katil ke kusi je... tunaikan tanggungjawab dulu.. laki hang tu bila nk settle ...

Betul ke laki dia? Tak silap aku orang salah teka. Bukan laki dia tapi laki org lain kan. Ke ada update yg baru?
Quote kakakgarang 2-8-2021 07:15 AM
Shayang replied at 1-8-2021 09:40 AM
Betul ke laki dia? Tak silap aku orang salah teka. Bukan laki dia tapi laki org lain kan. Ke ada u ...

laki dia la beb.. yg lain ingt si basic.. rupanya si laki ros

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045318 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top