CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Lana Nodin Bagi Warning Di IG Live, Michael Ang Sedia Bersemuka-"Tapi Vaksin Dulu!"

28-7-2021 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31991| Komen: 198

Description: Pengarah Michael Ang memberitahu dia menerima amaran daripada suami pelakon Lana Nodin iaitu David Mckienzie berhubung kelantangannya membidas pendapat aktres itu yang mempertikaikan kredibiliti Ketua ...
Pengarah Michael Ang memberitahu dia menerima amaran daripada suami pelakon Lana Nodin iaitu David Mckienzie berhubung kelantangannya membidas pendapat aktres itu yang mempertikaikan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Menurut Michael, 45, dia bersedia untuk bersemuka bagi menyelesaikan perkelahian mereka namun meminta pasangan itu mendapatkan vaksin Covid-19 terlebih dahulu.

Foto: IG


"Sebenarnya saya tak nak bagi komen selanjutnya sebab suami dia dah bagi amaran... dia masuk dalam sesi IG live saya dan tinggalkan komen macam itu.

"Saya memang terbuka nak jumpa mereka tapi pastikan mereka vaksin dulu... sebab saya memang tak nak berjumpa atau bekerjasama dengan mana-mana orang yang tidak ambil vaksin, itu pendirian saya.


"Saya tak kisah sebenarnya kalau dia anti vaksin, itu hak dia... yang saya marah bila dia kata muka penat DG Hisham selama ini hanyalah lakonan, itu adalah satu kebodohan (Lana).





Dia tak nampak ke pengorbanan frontliner ini semua yang expose diri mereka kepada Covid semata-mata untuk selamatkan orang!" katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nordin, 41, memuat naik satu entri di Instastory menempelak Michael yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan Dr. Noor Hisham.

"Aku dah agak dah dia ni semua isu dia nak kupas. Jangan sampai laki mat saleh aku lempang mulut kau tu!," tulis Lana.



Menurut Michael, dia tidak ambil kisah langsung mengenai segala kata-kata hinaan yang dilemparkan pada Lana terhadap dirinya kerana enggan melayani rentak artis itu yang disifatkannya sama seperti netizen lain.

"Kata-kata yang dia kata pada saya itu sama seperti netizen-netizen lain yang pernah cakap pada saya kalau ada isu yang mereka tak puas hati dengan pandangan saya.

"Dia kata saya kafir, lebih baik tak payah masuk Islam... semua benda itu netizen dah pernah cakap macam itu pada saya.

"Jadi perlu ke saya melayan orang yang tidak berotak seperti itu?" ulasnya.



Pengarah drama Love Elsa ini turut berpesan kepada golongan selebriti, seharusnya dengan pengaruh yang mereka ada ia harus digunakan untuk menyebarkan perkara-perkara yang positif serta bermanfaat.

"Dalam keadaan sekarang ini, dia boleh gunakan pengaruh dia sebagai selebriti untuk suruh rakyat bersatu atau tulis benda-benda positif. Bukan kau pergi tulis benda yang menakut-nakutkan orang.

"Dengan pengaruh besar yang mereka ada buktikan dengan membantu rakyat atau cuba buat kerja-kerja amal atau yang bermanfaat untuk semua.

"Kalau kau suruh DG Hisham letak jawatan, dia dah cukup pandai ke nak gantikan DG?!" bidas Michael lagi.



Menerusi laporan mStar sebelum ini, Lana mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19 yang tidak dipatuhi oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk Dr Noor Hisham.

Dia merujuk kepada perkongsian seorang netizen di media sosial membabitkan Dr Noor Hisham yang didakwa tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang awam di pejabatnya.

Selain itu, Lana turut berkongsi video amatur yang dirakam individu tidak dikenali membabitkan SOP petugas kesihatan yang tidak memakai peralatan pelindung diri (PPE) ketika menguruskan jenazah mangsa Covid-19.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 28-7-2021 11:23 AM
Ouh my hidung tu. Terganggu jap nak baca article. Dah kaya p la siapkan idung tu. Lama sgt dah ni nampak macam x siap
Quote kakakgarang 28-7-2021 11:27 AM
si MA ni sumpah annoying..

kau tu da berubah belum? kalau gayah tak yah la nk sembang ckp org bimbo ke apa..

si hidung ni pun satu.. kau da kenapa? elok la kau diam je tumbuk sambal kat rumah.. (p/s: lesung sheolls marbel ke?) tiberrrr
Quote jalfa 28-7-2021 11:30 AM
Mak cik ni lahai.byk benar masa terluang dok sibuk sibuk dgn dg bagai......jauh naw level kondengan dg tu acik oi..kalo cikai sgt malaysia mohon ikut nurul depp..berhijrah ke atau ikut tok laki balik kampung dia...hahah
Quote tupai 28-7-2021 11:36 AM
Alololo minah ni kepoh la ..... skit2 ulang laki mat saleh die..... apa hebat sgt laki mat saleh half mix kau tu .... nk kondem DG, level kau tara mana.... janji tetap nk mencapub selagi boleh ....
Quote gundah37 28-7-2021 11:40 AM
kakakgarang replied at 28-7-2021 11:27 AM
si MA ni sumpah annoying..

kau tu da berubah belum? kalau gayah tak yah la nk sembang ckp org bim ...

menyempattl kakakgarang...sambal belacan dgn lesung tumbuk topik hot skg...aku dah sorok lesung batu umah aku..tunggu reda lupe semua aku gune die..hahahahhaa...
Quote jiwakacau06 28-7-2021 11:42 AM
laki dia warning apa
Quote ellejo 28-7-2021 11:44 AM
ada dua manusia ko tak boleh sentuh

DG dan dewata.
Quote Shayang 28-7-2021 11:46 AM
Gaduh la korang jangan lupa rakam bideo senang kami nak tonton sambil makan pop corn.

Harap ada adegan debik mendebik tarik rambut bagai
Quote kakakgarang 28-7-2021 11:52 AM
gundah37 replied at 28-7-2021 11:40 AM
menyempattl kakakgarang...sambal belacan dgn lesung tumbuk topik hot skg...aku dah sorok lesung ba ...

selit2 komen gini baru la best... hahahaha

skrg pakai blender je uolss.. tumbuk smbal kita guna lain kli je.. hehehe
Quote gundah37 28-7-2021 11:52 AM
kakakgarang replied at 28-7-2021 11:52 AM
selit2 komen gini baru la best... hahahaha

skrg pakai blender je uolss.. tumbuk smbal kita guna ...

lebih selamat gune blender je la..xnak hanyut dgn bayangan hitam kalau gune lesung
Quote ina_na 28-7-2021 11:55 AM
Makcik  pun satu kn la sedo ke diri..dah le penah ade bad reputation sblm ni. yg ko nk kecam kesayangan rakyat Malaysia Tu dah knp..kan ko kn kecam mcm2.. Kalo sblm ni suci murni x pe.. gan netizen Malaysia ni kalo ati x sado baik diam2 je
Quote kakakgarang 28-7-2021 11:55 AM
gundah37 replied at 28-7-2021 11:52 AM
lebih selamat gune blender je la..xnak hanyut dgn bayangan hitam kalau gune lesung

terbayang2..

iolss pun terbayang2... hmm recall balik.. heolss flying kiss ke atau OKG tu mengeluarkan cecair dari mulut atas utk menumbuk sambal? OMG


gelap hati mata ku 44hari
Quote gundah37 28-7-2021 11:59 AM
kakakgarang replied at 28-7-2021 11:55 AM
terbayang2..

iolss pun terbayang2... hmm recall balik.. heolss flying kiss ke atau OKG tu meng ...

tak rase die flying kiss...rase die tgh cari sumber pelincir....
aaaa.. mampos la akuuu...hahahaha
Quote gundah37 28-7-2021 12:00 PM
kakakgarang replied at 28-7-2021 11:55 AM
terbayang2..

iolss pun terbayang2... hmm recall balik.. heolss flying kiss ke atau OKG tu meng ...

ko kene tengok pokok kasi mate cerah...telan klorok kasi hati putih balik yahh
Quote kakakgarang 28-7-2021 12:01 PM
gundah37 replied at 28-7-2021 11:59 AM
tak rase die flying kiss...rase die tgh cari sumber pelincir....
aaaa.. mampos la akuuu...hahahah ...

OMG...

AKU SUNYI (la tibe dialog faz)

eee tak selera pun aku nk mkn tghari ,,,
Quote naina 28-7-2021 12:03 PM
Dari dulu lagi aku tertanya tanya hidung Lana ni ori ke bukan. Sebb aku kenal dia memang dah cmtu hidungnya..tapi overla mancungnyaa.
Quote kakakgarang 28-7-2021 12:03 PM
gundah37 replied at 28-7-2021 12:00 PM
ko kene tengok pokok kasi mate cerah...telan klorok kasi hati putih balik yahh

aku bunuh diri jap.. arrrrghhh TIDAKKKKKK!
Quote midori_katana 28-7-2021 12:07 PM
dalam kes ni akak team MA
Quote Lydiawie 28-7-2021 12:08 PM
Itu hak dia nak Masuk ke islam ke x!!!komen macam org xde iman.

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.098577 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top