CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Tak Ada Duit, Nak Jual Buah Pinggang Dan Darah

28-7-2021 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1760| Komen: 5

Description: Seorang lelaki dari Jogjakarta, Indonesia meraih simpati netizen selepas gambar sepanduk menyatakan kesanggupannya menjual buah pinggang dan darah untuk mendapatkan sedikit wang, tular di laman Twitt ...
Seorang lelaki dari Jogjakarta, Indonesia meraih simpati netizen selepas gambar sepanduk  menyatakan kesanggupannya menjual buah pinggang dan darah untuk mendapatkan sedikit wang, tular di laman Twitter semalam.


Menurut portal Suara.com, lelaki dikenali sebagai Yitno itu berkata Perintah Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) darurat akibat Covid-19 telah menjejaskan pendapatannya.

Justeru, dia sanggup menjual sebelah buah pinggang dan darahnya buat mereka yang memerlukan atau mahu membelinya.

Foto: Twitter


“Sanggup menjual darah dan sebelah buah pinggang bagi mereka yang memerlukan. Sila hubungi Pak Yitno di talian tertera,” tulis sepanduk itu.

Menurut keterangan gambar di twitter, sepanduk itu dipacak di simpang empat XT Square, Kota Jogja.

“Ada penduduk terdesak mahu jual buah pinggang dan darah demi mendapatkan sejumlah wang.

“Adakah situasi ini dikatakan pemerintah masih di bawah kawalan,” tulis keterangan itu lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Kulon Prog, Asisten Komisioner Tartono memaklumkan bahawa pihaknya sudah menjejaki Yitno dan menyumbangkan sedikit bantuan bagi meringankan bebannya.

“Yitno adalah bekas banduan yang sukar mendapat pekerjaan maka disebabkan itu, dia terdesak mahu menjual organ badan.

“Pihak kami telah memberi sedikit sumbangan meskipun dia bekas penjenayah. Apa yang penting, dasar keperimanusiaan antara kita semasa pandemik ini,” ujar Tartono. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nubook 28-7-2021 11:23 AM
Kesiannya. Moga dipermudahkan segala urusan org2 yg tgh susah di luar sana.
Quote Tinot7 28-7-2021 12:18 PM
Semoga dipermudahkan urusan utk dpt duit dan bantuan.
Quote gede-bab 28-7-2021 01:06 PM
depa tak mau tiru kibar bender putih mcam kita ka?
Quote nakkomenjugak 28-7-2021 03:41 PM
moga dipermudahkan urusan jual beli ginjal.
tapi kesian jugak, sana ramai yang susah dari yang senang
Quote Zirara99 28-7-2021 04:04 PM
Ya Allah...kesiannya..... huwaaaaaaa {:cryrun

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.042609 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top