CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kontena Mayat Di HTAR Klang

12-7-2021 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4738| Komen: 25

Description: KLANG – Sebuah kontena bagi penyimpanan mayat disalurkan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
KLANG – Sebuah kontena bagi penyimpanan mayat disalurkan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Pemberian tersebut tular menerusi tiga video berdurasi antara 37 saat sehingga 2 minit termasuk keadaan terkini jumlah mayat yang banyak di HTAR.


Berdasarkan video awal, seorang lelaki menyatakan kontena tersebut dibeli pada harga RM35,000 khas bagi memudahkan pengurusan mayat mereka di hospital tersebut.

Bagaimanapun, lelaki tersebut juga menunjukkan rasa tidak berpuas hati apabila bantuan tersebut tidak diterima pihak HTAR.


Foto: Kosmo

“Kita hendak bantu pihak hospital. Mula-mula kata okay selepas tiga jam, pengarah hospital tolak pula (bantuan) dengan mengatakan esok (hari ini) sebanyak lapan kontena datang.


“Pada malam ini, kita datang supaya jenazah-jenazah ini diletakkan di tempat selesa walaupun sudah telah menjadi mayat,” katanya.

Bagaimanapun, HTAR menerusi laman Facebooknya pada setengah jam lalu kemudiannya memaparkan video daripada lelaki sama menunjukkan pemberian tersebut telah diterima.

Menerusi video itu, lelaki tersebut bersyukur apabila kontena itu diterima untuk diletakkan di Jabatan Forensik HTAR.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan sama ada Menteri, Ketua Setiausaha dan Pengarah HTAR kerana memudahkan urusan kami untuk membantu dalam sumbangan kontena tersebut untuk menyimpan mayat atau jenazah Covid-19,” jelasnya.

Pihak HTAR dalam kenyataannya di Facebook tersebut juga menzahirkan penghargaan kepada MIC di atas sokongan dan dokongan menyumbang kontena mayat itu dalam menguruskan pandemik Covid-19 di Klang khususnya. -CARI

Sumber: Kosmo Online


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 12-7-2021 02:55 PM
So kontena tersebut tu sumbangan drp MIC.
Orng yang bising2 tu hanya pekerja MIC??
Quote Potpouri 12-7-2021 02:57 PM
Aku tgk video tu. Mahal betul kontena kosong rm35k. Betul ke harga camtu ek?
Quote lavendernovella 12-7-2021 03:02 PM
Potpouri: Aku tgk video tu. Mahal betul kontena kosong rm35k. Betul ke harga camtu ek?


Kontena peti ais.
Quote Decaffeinated 12-7-2021 03:03 PM
Pihak HTAR dalam kenyataannya di Facebook tersebut juga menzahirkan penghargaan kepada MIC


apsal dalam video tu mamat tu tak nak sebut siapa yang bagi...


Quote ellejo 12-7-2021 03:10 PM
seminggu dua lepas aku terbaca ada sukarelawan urus jenazah tengkorak yg dah lama tersimpan di spital.

kenapa kena simpan ya?? tanam terus tak boleh (kalau takde unsur jenayah) mcm kat negara omputeh.

bila da jumpa waris gali la balik kalau nak bawa balik. atau tukar tombstone.

Quote sitisitu25 12-7-2021 03:12 PM
Potpouri replied at 12-7-2021 02:57 PM
Aku tgk video tu. Mahal betul kontena kosong rm35k. Betul ke harga camtu ek?

mmg mcm tu..co i pnh abis 90k sewa kontena ais ni
Quote sharlenetexas 12-7-2021 03:15 PM
Ni apa cite ni?
Sumbangan dari MIC?

Quote c===8 12-7-2021 03:16 PM
awal pagi tadi tgk video tu dah agak mamat tu cuma tukang hantar je, kerek mengalahkan kontena tu sumbangan peribadi dia

penah tgk peel2 macai ahli potitik tak?
Quote white_musk 12-7-2021 03:19 PM
sitisitu25 replied at 12-7-2021 03:12 PM
mmg mcm tu..co i pnh abis 90k sewa kontena ais ni

Warna puteh
Quote Potpouri 12-7-2021 03:26 PM

Ok sis. Tq
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 03:31 PM
menunggu untuk dikuburkan cara sop khusus ke acane?
Quote Cenderakirana9 12-7-2021 03:44 PM
Member doktor kat Klang cakap, nowadays everytime dia masuk kerja, dah nampak at least 5 ke 6 mayat.
Quote twins 12-7-2021 04:08 PM
Potpouri replied at 12-7-2021 02:57 PM
Aku tgk video tu. Mahal betul kontena kosong rm35k. Betul ke harga camtu ek?

kontena sejuk beku... freezer
untuk simpan mayat kena suhu bawah 0 untuk elakkan mayat
berbau & keluarkan air
Quote insulin 12-7-2021 04:10 PM
twins replied at 12-7-2021 04:08 PM
kontena sejuk beku... freezer
untuk simpan mayat kena suhu bawah 0 untuk elakkan mayat
berbau & ...

Sejuknya.....Brrrrr....
Quote mikasa 12-7-2021 04:13 PM
Kecoh la mamat ni...
Quote twins 12-7-2021 04:18 PM

tapi kan... dalam pada suhu macam tu pun.. kalau penuh & agak lama tersimpan.. tetap ada bau yg kurang menyenangkan...

Quote insulin 12-7-2021 04:28 PM
twins replied at 12-7-2021 04:18 PM
tapi kan... dalam pada suhu macam tu pun.. kalau penuh & agak lama tersimpan.. tetap ada bau yg ku ...

Suhu tu pun sebenarnya tak cukup sejuk untuk mengelakkan mayat berbau ya? Maybe kena sejukkan mayat pada suhu negatif.
Quote wandacoffee 12-7-2021 09:07 PM
nak tnya video mayat tu betul ke fake?
Quote najib888 12-7-2021 09:53 PM
twins replied at 12-7-2021 04:08 PM
kontena sejuk beku... freezer
untuk simpan mayat kena suhu bawah 0 untuk elakkan mayat
berbau & ...

Mortuary freezer mana ada set sampai sub zero sis.. selalu set between 2 to 8 centigrade..harap maklum

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049998 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top