CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Komen Dalam Hati Saja, Jadi Artis Kena Berjaga-Jaga”-Lia Aziz Takut Salah Cakap

27-5-2021 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5882| Komen: 23

Description: Sebagai seorang selebriti, apa sahaja tindakan yang dilakukan pasti mendapat perhatian masyarakat terutamanya netizen di laman sosial.
Sebagai seorang selebriti, apa sahaja tindakan yang dilakukan pasti mendapat perhatian masyarakat terutamanya netizen di laman sosial.

Menyedari kuasa viral itu, Lia atau nama sebenar Noralia Farzana Abd Aziz, 18, berkata dia kini perlu lebih berhati-hati dalam mengutarakan pandangan atau menulis komen membabitkan sesuatu itu.


Foto: IG

"Sebagai penyanyi baharu semestinya saya perlu aktif di semua platform media sosial... cumanya saya perlu menggunakan laman tersebut dengan bijak. Mujurlah sebelum masuk industri, saya bukan jenis orang yang suka luahkan ekspresi diri di laman sosial.

"Saya tak berapa suka nak menulis status atau komen di media sosial, kalau ada rasa tak puas hati, saya pendam dalam hati sajalah! Bimbang juga kalau apa yang kita tulis membuatkan ada pihak yang kurang senang.


"Lagi-lagi pula bila jadi artis, saya kena lebih berjaga-jaga... fikir dulu sebelum nak tulis sesuatu. Tambah pula bila tengok ada rakan artis lain teruk dikecam kerana tulisan mereka di laman sosial," katanya kepada mStar.



Hampir tiga tahun berkecimpung dalam bidang muzik, Lia berkata dia mengagumi dua penyanyi berbakat besar iaitu Ernie Zakri dan Aina Abdul.

"Memang ramai penyanyi yang saya kagumi di Malaysia tapi paling saya minat ialah Ernie Zakri dan Aina Abdul kerana mereka memiliki bakat dan kelebihan lain lagi.

"Mereka bukan sekadar menyanyi tetapi tahu mengenai ilmu dunia muzik termasuklah jadi pengajar vokal. Saya nampak Ernie serta Aina ada perancangan dalam karier mereka dan tahu apa mereka lakukan.

"InsyaAllah satu hari nanti, saya harap mampu menjadi seperti mereka. Lagi pula bidang nyanyian ini memang minat saya sejak dulu lagi," ujarnya.



Bercakap mengenai karier nyanyian, Lia kini sedang mempromosikan lagu duet bersama Asfan Shah berjudul Pergilah Derita yang merupakan runut bunyi (OST) drama Cukup Derita Itu yang sedang bersiaran di TV3.

Mengakui lagu tersebut memberi impak kepada karier nyanyiannya, Lia berkata dia kini semakin dikenali selepas lagu itu menjadi OST drama berkenaan.

"Ini merupakan lagu OST kedua nyanyian saya, cuma istimewanya untuk lagu ini saya berduet dengan penyanyi senior Asfan Shah. Alhamdulillah sambutan pendengar baik di laman YouTube.

"Apabila lagu nyanyian kita menjadi OST, memang ada impak baik. Lebih ramai orang kenal apabila mereka mula cari tentang diri kita. Ia menjadi salah satu ruang terbaik untuk saya kembangkan lagi bakat yang ada.



"Sebagai penyanyi baru nak up (BBNU), apabila ada peluang begini semestinya saya tak menolak. Syukur drama itu juga mendapat sambutan penonton, dalam masa sama membantu menaikkan lagu ini," katanya yang kini sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Single pertama Lia Aziz berjudul Kucu Kuca pula menjadi OST untuk drama Rindu Awak Separuh Nyawa (Astro).

Kedua-dua lagu itu boleh didengari menerusi saluran YouTube Rusa Music.




Rindu Awak Separuh Nyawa lakonan Uqasha Senrose dan Shukri Yahaya ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Manakala, Cukup Derita Itu yang dibintangi oleh Ruhainies dan Hisyam Hamid bersiaran di slot Samarinda TV3 hari yang sama pukul 10 malam. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 27-5-2021 10:31 AM
Okay dik..
Quote nononcrux 27-5-2021 03:11 PM
siapa dia ni, tak kenal maaf
Quote fadz84 27-5-2021 03:26 PM
nononcrux replied at 27-5-2021 03:11 PM
siapa dia ni, tak kenal maaf

Penyanyi baru.. Lagu nyanyian dia OST drama tv3 skrg, Cukup Derita Itu..
Quote nononcrux 27-5-2021 03:29 PM
fadz84 replied at 27-5-2021 03:26 PM
Penyanyi baru.. Lagu nyanyian dia OST drama tv3 skrg, Cukup Derita Itu..

maaf bukan belagak tp jarang lyn tv3 jugak bukan bdk neflik.. suka tgok cerita lawak lawak je 107/400 (jackey)
Quote Perawankota 27-5-2021 09:35 PM
Lagu sedap.. Feel ada mcm misha Omar.. Tapi kenapa dlm MV nmpk matured gila, padahal tgh tunggu result SPM
Quote kiah_mai_pulak 27-5-2021 09:37 PM
bohsia baru nk up mana pulak innehhh??
Quote Cece1234 27-5-2021 09:37 PM
Sape ni???
Quote ujio 27-5-2021 10:08 PM
hahhaa tk kenal. lama sgt tk tgkkk tv
Quote slyfynx 27-5-2021 10:30 PM
Jap, ko ialah sape?
Quote Rara77 28-5-2021 12:27 AM
awat budak sekarang cepat nampak tua
terlebih makeup
cepat stress
terlebih estetik
mak aku umo 60 stil nampak 40
Quote NekNgah 28-5-2021 08:20 AM
Sebagai seorang selebriti, apa sahaja tindakan yang dilakukan pasti mendapat perhatian masyarakat terutamanya netizen di laman sosial.


Selebriti?? Apasal tak kenal pun..
Quote September14 28-5-2021 08:25 AM
Nak jadi artis khatam dulu forum cari
Quote awenda507 28-5-2021 08:40 AM
Sori dik..x knl.muka awk matang ek x sepadn dgn umo
Quote TerataiMelur02 28-5-2021 08:40 AM
Perawankota replied at 27-5-2021 09:35 PM
Lagu sedap.. Feel ada mcm misha Omar.. Tapi kenapa dlm MV nmpk matured gila, padahal tgh tunggu resu ...

Ha betul.. Ingatkan dalam 30an.. Asfan pulak yang nampak bertiang muda dari dia ni.
Ke kat ig dah berlapis filter
Quote kakakgarang 28-5-2021 09:10 AM
tak kenal. NEXT~ cantik la... cantik dari pada mira basic..
Quote biozipstar 28-5-2021 01:40 PM
tak kenal betul.. tapi betul apa ko cakap dik. tak payah nak luahkan sgt apa yg terbuku tu kt medsos kalau jadi retis. nanti semua disalah erti
Quote nubook 28-5-2021 01:55 PM
Sapooo? Skrg ni everyone can be a celebrity
Quote beta_carotene 28-5-2021 03:07 PM
hu ar yussssssss
Quote ImpianSeroja 28-5-2021 03:15 PM
Suara sedap..rupa cantik..harap naik kn nama dgn bakat n usaha ..jgn nama naik dgn kontrobenci udah ler

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.397313 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top