CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Isteri Nak Balik Kampung, Lelaki Cekik Dan Racun Anak Sendiri

25-5-2021 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2467| Komen: 7

Description: Beaufort: Lelaki yang diburu polis selepas didakwa mencekik dan memberi anaknya minum racun rumpai akhirnya menyerah diri, hari ini.
Beaufort: Lelaki yang diburu polis selepas didakwa mencekik dan memberi anaknya minum racun rumpai akhirnya menyerah diri, hari ini.

Dia yang berusia 43 tahun hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort pada jam 9.40 pagi selepas menghilangkan diri sejak 16 Mei lalu.


Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, ketika soal siasat, suspek tidak mengaku memberi mangsa minum racun dan mendakwa tuduhan itu fitnah yang dibuat ke atasnya.

Foto: Harian Metro

Katanya, dia akan dibawa di Mahkamah Majistret Beaufort esok untuk permohonan reman dan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Suspek turut dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) untuk ujian saringan air kencing," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Yusoff Zaki berkata, pihaknya merampas satu botol mineral 500ml jenama Sasa dan satu botol racun rumpai jenama Zagro Pounce 410 untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian 16 Mei lalu, suspek dikatakan berang terhadap isterinya kerana mahu pulang ke kampung di Keningau dan bertindak di luar batas apabila didakwa memberi racun kepada anak perempuan di rumah di Kampung Bundu, Kuala Penyu, di sini.

Suspek juga didakwa mencekik mangsa yang berusia lima tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 25-5-2021 09:53 AM
gila...laki gila yg pukul isteri tu dh jumpa ke belum?

deme ni patut kurung 1 cell
Quote yebit157 25-5-2021 10:09 AM
ikutkan sangat amarah sampai anak tak berdosa jadi mangsa
Quote mamajawie 25-5-2021 10:46 AM
hidup lagi ke x anak dia tu?babi punya bapak..baru lima tahun kot bleh la ko nk cekik..hrap mati dlm penjara kne cekik ngn banduan lain
Quote salmon-suki 25-5-2021 01:27 PM
Marah kt bini tp nak bunuh anak?ape y relevan nya di sebalik perbuatan dia nih ek?
Quote tipah89 25-5-2021 01:34 PM
dasyat dia punya marah sampai anak diracunkan.bodoh punya manusia
Quote Jennyrol 27-5-2021 12:04 AM
Gila punya bapak! Marah bini kenapa anak plak jd mangsa?
Quote Cece1234 27-5-2021 12:20 AM
Anak dia ok ke x?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.047871 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top