CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bisnes Rugi, Perkembangan Sosial Anak-Anak Terbantut- Altimet Dah Penat Berdepan Covid-19

25-5-2021 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3854| Komen: 21

Description: Sudah lebih setahun negara berusaha untuk menangani penularan wabak Covid-19 sehingga ramai rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan terkesan dengan situasi kini.
Sudah lebih setahun negara berusaha untuk menangani penularan wabak Covid-19 sehingga ramai rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan terkesan dengan situasi kini.

Malah penyanyi rap Altimet juga mengakui dia sudah letih berdepan dengan keadaan Covid-19 yang sehingga kini semakin membimbangkan.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad turut berasa simpati dengan perkembangan sosial anak-anaknya yang tidak dapat ke sekolah selain menanggung kerugian perniagaannya.


Foto: IG

"Aku dah penat. Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan. Kehendak peribadi letak tepi, untuk kebaikan semua, jadi negara kita ni pulih balik, kalahkan pandemik ni.


"Aku penat nak beritahu kat anak aku fasal virus ni, musuh yang tak dapat dilihat ni. Aku penat nak jelaskan kat dia kenapa dia tak dapat main dengan saudara dia dan kawan-kawan dia.

"Aku kesiankan anak-anak aku sebab perkembangan sosial dan persahabatan mereka terbantut akibat tak pergi sekolah. Aku dah penat tanggung kerugian bisnes aku," kata Altimet.



Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Bunga ini berkongsi luahannya itu menerusi laman Instagram miliknya dan rata-rata netizen juga memahami apa yang dia rasakan.

Seluruh negara mengalami pandemik Covid-19 sejak awal 2020 sehingga kini malah Malaysia telah mencatat kes lebih enam ribu sejak akhir-akhir ini.

Kini seluruh Malaysia berada dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 12 Mei lalu sehingga 7 Jun depan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun ini memberitahu biarpun mengalami kerugiaan namun dia tidak sampai hati ingin menutup perniagaannya kerana bimbang individu lain akan hilang punca pendapatan.

Bagaimanapun, Altimet berkata biarpun dia dan seluruh rakyat sudah penat dengan keadaan negara kini namun mereka tetap akan mengikuti saranan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.




"Aku tak sanggup tutup sebab berapa ramai kawan-kawan aku kena lepaskan jadi penganggur. Aku dah penat beli barang niagaan kawan-kawan industri hiburan, yang terpaksa berniaga sebab tak ada job.

"Aku harap, orang atasan tahu yang aku ni kepenatan. Aku harap orang atasan tahu, bukan aku seorang yang kepenatan.

"Tapi kami tetap ikut saranan dan SOP yang ditetapkan. Walaupun kami penat. #KitaJagaKita kan? Bismillah," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 25-5-2021 08:48 AM
Dia ni dah bersara baru ngaku dah kawin
Quote annehuda 25-5-2021 08:50 AM
die ni bisnes ape? bisnes studio  hiburan ke
Quote September14 25-5-2021 08:52 AM
Semua org penat

Diva aa je x penat sbb duit berkepok kepok duit berkepok kepok duit bkepok kepok
Quote SANKURIANG 25-5-2021 08:54 AM
Altimet...bagtau kawan2 seni kau supaya patuh SOP. Jangan nak jadi kayangan sangat.
Ramai aja  peniaga nasi lemak yg dah tak leh nak cope dgn keadaan covid ni.
Quote AbukRokok 25-5-2021 08:57 AM
hanya akan berakhir 2023/24
Quote imanjannah 25-5-2021 09:01 AM
semua org penat, dunia semakin ke penghujung
Quote kuzaime 25-5-2021 09:15 AM
Ramai lagi kat luar sana yg terkesan terbeban penangan covid. Skrg ni asalkan kau ada kerja, rumah ada makanan, ada jugak x banyak sikit simpanan utk kecemasan & paling penting kau anak beranak sihat walafiat x kena covid pun dah patut bersyukur sangat2 tau.
Quote slyfynx 25-5-2021 09:22 AM
Jap,
Nape aku rase mcm ade eh thread die ni sblm ni?
Sbb aku teringat gmbr dalam lif tu.
Quote umbut 25-5-2021 09:25 AM
Betulll.. Kesian kat anak2. Nak bawak jln2 mkn2 holiday pun xdapat.. Lagi2 org yg degil sebar virus x patuh sop x nak vaksin.. Sampai bila2 dok mcm ni
Quote BicaraHatiku 25-5-2021 09:28 AM
September14 replied at 25-5-2021 08:52 AM
Semua org penat

Diva aa je x penat sbb duit berkepok kepok duit berkepok kepok duit bkepok kepok

Diba rumah facing KLCC 1 million. Tak terkesan skrg jd NGO penegak keadilan.

Quote Cece1234 25-5-2021 09:40 AM
Bukan ko sorg je penat..
Quote nini_azmi 25-5-2021 09:58 AM
Semua org penat kot, bukan ko sorg je. Tak payah nk mengeluh sgt la
Quote mamajawie 25-5-2021 10:00 AM
org keje gomen je xpenat chuollss..start hari ni gomen keje 20% je yg lain wfh..
Quote Nurul8001 25-5-2021 10:08 AM
Semenjak kes lagu mambang, dan kisah dia yg kejap nak bersara, kejap tak jadi bersara dia tuh, saya dah tak minat dia nih.

Quote ketupatnasi 25-5-2021 10:10 AM
slyfynx replied at 25-5-2021 09:22 AM
Jap,
Nape aku rase mcm ade eh thread die ni sblm ni?
Sbb aku teringat gmbr dalam lif tu.

a ah dah ada. reputs ketinggalan tren.
Quote najib888 25-5-2021 01:29 PM
Awatla wartawan cari ni lewat beberapa hari..berapa kali Altimet nak penat? Hari tu dah penat, hari ni pun penat
Quote gigahertz 25-5-2021 08:41 PM
KIM.K: Dia ni dah bersara baru ngaku dah kawin

bila dia bersara? bila dia kahwin?
Quote fadz84 25-5-2021 08:44 PM
umbut replied at 25-5-2021 09:25 AM
Betulll.. Kesian kat anak2. Nak bawak jln2 mkn2 holiday pun xdapat.. Lagi2 org yg degil sebar virus  ...

Td tgk berita kes balik raya kat terengganu.. terbongkar balik sambut raya dgn mcm2 alasan lps 40org sedara mara +ve covid disebabkan bengong2 selfish yg blk dari zon merah..
Quote None68 25-5-2021 08:55 PM
Baru tau dah kawen dan ada anak

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.066602 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top