CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disangka Tahi Lalat, Rupanya Petanda Kanser Kulit

25-5-2021 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3537| Komen: 15

Description: London: Wanita ini tidak menyangka tahi lalat di wajahnya boleh bertukar menjadi kanser kulit.
London: Wanita ini tidak menyangka tahi lalat di wajahnya boleh bertukar menjadi kanser kulit.

Portal Metro.uk melaporkan, Megin Davies mula merasakan tahi lalat di pipinya menjadi besar selepas mengandung.


Pada mulanya dia hanya menyangkakan kemungkinan ia adalah kerana perubahan hormon.

Foto: Metro.uk

Bagaimanapun, seorang doktor gigi menasihatkan wanita dari Brisbane, Australia itu membuat pemeriksaan tahi lalatnya.

Sebaik pemeriksaan, hancur luluh hati wanita berusia 40 tahun itu apabila disahkan menghidap melanoma tahap dua pada Februari lalu iaitu setahun selepas kelahiran anak perempuannya, Bella-Reign.

"Ia adalah hormon kehamilan yang mempercepatkan lagi pertumbuhan sel kanser. Saya tidak tahu itu boleh berlaku jadi saya sangat terkejut.

"Saya tidak pernah menyangka menghidap kanser kulit disebabkan tahi lalat kecil ini di pipi sepanjang hidup saya," katanya.

Megin yang juga ibu kepada Tiana, 18, Cooper, 14, dan Chobi, 7, menjalani pembedahan untuk membuang tahi lalat serta kulit berukuran tiga sentimeter (cm) dari hidung ke dagunya sehingga meninggalkan parut selebar 3cm dan panjang 12cm bagi mengelak kanser merebak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 25-5-2021 09:37 AM
butir shj tu...org sabah cakap...bukan apa pun...tidak pandai besar mana pun...lama lama mati lah dia
Quote djzara81 25-5-2021 11:29 AM
Aku ade buat minor surgery buang mole sbb size membesar, asymmetry & gatal2. Memula buat biopsy, turned out to be benign dermatofibromas...then doctor ckp better buang sbb in years to come might develop to tumor.
Quote pearl.silver 25-5-2021 11:32 AM
I pun fikir nk buang mole yg tiba2 wujud dan membesar since 2009 tu
Tp xtau first step nk pi mana.
Klinik kesihatan? Hospital swasta?
Quote ReginaGeorge 25-5-2021 01:13 PM
Simunggu: butir shj tu...org sabah cakap...bukan apa pun...tidak pandai besar mana pun...lama lama mati lah dia



Kalau tak membesar takpe la.. Tapi patient ni ada symptoms yg jelas. Siapa cakap tak pandai besar? Salah satu petunjuk skin cancer adalah tahi lalat yang semakin lama semakin membesar dan perubahan warna pada warna tahi lalat.
Quote hyie 25-5-2021 01:25 PM
arwah mak meols, dulu kena kanser multipel myeloma, sejenis kanser darah. Sebelum dapat dikesan tu, ada muncul beberapa taik lalat kat tangan. Lepas dapat tau kena kanser, ada lagi beberapa taik lalat muncul. Sejak tu baru tau tu salah satu tanda orang kena kanser. Dia bukanlah taik lalat, tapi macam bintik keperangan yang kalau digores pon tak hilang. Kecik je bintiknya.
Quote Artemesiaa 25-5-2021 03:09 PM
Bagus dia share pengalaman jadi yang lain boleh alert mengenainya
Quote Perawankota 26-5-2021 07:58 AM
Takut pulak baca. Aku ada gak tahu lalat kt dada. Warna mcm perang2 tp sama je tak membesar..
Quote Minami2013 26-5-2021 08:13 AM
Nauzubillah... moga dijauhkan drpd penyakit merbahaya.
Quote Scheherazade 26-5-2021 10:43 AM
Aku ada byk taik lalat kt muka ni, adeh. Tp x membesar la. Kena alert la dgn condition taik lalat sedia ada.
Quote AyaqMeloSuam 27-6-2021 04:37 PM
hyie: arwah mak meols, dulu kena kanser multipel myeloma, sejenis kanser darah. Sebelum dapat dikesan tu, ada muncul beberapa taik lalat kat tangan. Lepas d ...

Ada bnyk kt tgn aku... waaaa... dia mcm darah muncul bwh pmukaan kulit..
Quote rosmahisham 27-6-2021 05:51 PM
Dulu aku ada taik lalat hidup atas bahu..masa tu hidup aku suka pikir masalah org,asyik nk tolong org je..org kata pikul beban..dgn masalah duit aku lg time tu.ada duit je hbs..ade je hal nye.1 hari aku npk kat pasar mlm cina ada cina buat servis buang taik lalat..aku bayo rm5 je kot.. aku sampai demam seminggu..x sakit pon..dh x de taik lalat tu aku hidup aman damai..x de masalah duit..tp covid 19 dtg balik masalah hu hi
Quote me12345 27-6-2021 08:24 PM
AyaqMeloSuam replied at 27-6-2021 05:37 PM
Ada bnyk kt tgn aku... waaaa... dia mcm darah muncul bwh pmukaan kulit..

Yg mcm bintik darah tu ke,  i pun ada....seram gak
Quote sekngucing 27-6-2021 08:37 PM
aku ada taik lalat dulu
Quote kaedahnya 17-7-2021 05:45 AM
pergilah check di klinik kerajaan or swasta kalu anda merasakan ada growth pelik pelik di tubuh anda wahai forumer sekalian.
Quote lurve82 17-7-2021 06:08 AM
Dulu aku ada 1 mole yg hidup dkt leher…dh selamat buang guna kaedah laser…

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.084145 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top