CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Jangan Tengok Jam PM, Fokus Mesej Yang Disampaikan' - Ras Adiba

25-5-2021 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6675| Komen: 34

Description: Program Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan RTM dan TV3, termasuk Bernama pada Ahad malam, mendapat perhatian ramai.
Program Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan RTM dan TV3, termasuk Bernama pada Ahad malam, mendapat perhatian ramai.

Orang ramai mempertikaikan sama ada wawancara itu disiarkan secara langsung gara-gara jam tangan yang dipakai perdana menteri ketika rancangan bersiaran menunjukkan pukul 6 petang, tiga jam lebih awal.




"Ku sangkakan live, rupanya recorded (rakaman) haha," ujar seorang lagi netizen.

"Rupa-rupanya ada time difference (perbezaan waktu) waktu Semenanjung Malaysia dengan waktu siaran langsung dekat studio RTM... tiga jam berbeza semasa siaran langsung," komen netizen.

"Kantoilah pula," tambah yang lain.



Berdasarkan semakan, program itu disebut sebagai siaran ‘langsung’ oleh pihak TV3 dan Bernama di laman sosial masing-masing.

Susulan kekecohan di media sosial, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi mengesahkan bahawa program Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan pada Ahad malam sebenarnya adalah rakaman yang dibuat pada Sabtu.

Ditanya mengenai Bernama termasuk Bernama TV menyebut 'langsung' mengenai program itu di laman sosialnya, Ras Adiba yang merupakan Ahli Dewan Negara berkata, ia merujuk kepada waktu program itu bersiaran, dan bukannya ia disiarkan secara langsung.




"Perkataan 'langsung' itu merujuk kepada waktu rakaman program itu sedang on air atau sedang ke udara menerusi platform digital pada ketika ia bersiaran di saluran Bernama TV, bersama yang lain di RTM dan TV3. Kita tak sebut 'siaran langsung' ketika program itu ke udara," jelas beliau.

Menerusi semakan, RTM dan Bernama tidak menyebut 'langsung' pada poster program tersebut, kecuali TV3 yang menyatakannya sebagai 'siaran langsung'.

Dalam pada itu, Ras Adiba berkata, apa yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan oleh perdana menteri kepada masyarakat menerusi program berkenaan.



"Bagi saya, apa yang penting adalah mesej dan maklumat yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita semua bijak untuk menilainya.

"Fokus kita adalah sama-sama bersatu-padu dengan memainkan peranan masing-masing dalam keadaan semasa Covid-19 yang membimbangkan, kasihan dengan frontliners... kita semua kena sama-sama jaga diri," kata beliau sambil menasihat masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak.

Menerusi wawancara yang berlangsung selama sejam itu, antara kupasan yang disampaikan adalah mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini, SOP, pemberian vaksin Covid-19 dan pemulihan aktiviti ekonomi negara ketika pandemik.


Sumber: mStar

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lostnfaun 25-5-2021 08:55 AM
Baru tau ada beza 'langsung' & 'siaran langsung'...
Quote Orix 25-5-2021 08:58 AM
Oooo recorded rupanya
Quote tripleid 25-5-2021 09:03 AM
mana la si sembab ni berani nak buat live..sepanjang  jadi pm 15bulan ni pn x penah lagi buat pc depan-depan  dgn press
Quote nazzse 25-5-2021 09:17 AM
Alaa banyak dah gitu. Sebelum ni menteri/officer mana ntah dekat tv3. Kantoi officer tu post dkt ig gi media prima tgahri, live tu mlm dlm buletin utama.
Sejak itu, iols tak percaya dah live program tv Msia ni
Quote ulamalu 25-5-2021 09:22 AM
tripleid replied at 25-5-2021 09:03 AM
mana la si sembab ni berani nak buat live..sepanjang  jadi pm 15bulan ni pn x penah lagi buat pc dep ...

Rass pernah sekali.
Quote umbut 25-5-2021 09:28 AM
Kecohlah...
Quote Nana_Man 25-5-2021 09:34 AM
Battery jam dah KO...
Quote 3chanceno 25-5-2021 09:37 AM
Spin selagik boleh, ye dak??
Quote Simunggu 25-5-2021 09:45 AM
jam tu habis bateri...jam mati tu..kadang kadang lupa tukar bateri & tak perasan
Quote lolipopi 25-5-2021 12:05 PM
Lupo nak setting jam balik ke lepas travel overdsea hari tu midin... {:dot
Quote Pixie902 25-5-2021 12:17 PM
apa ke alasan ras adiba ni...langsung means 'live' takda makna lain...toksah nak konar sana sini.
Quote tripleid 25-5-2021 12:53 PM

takut kena soal soalan pelik2 ngn wartawan ler tu sbb tu takut nak buat pc ngadap press depan2
Quote aotearoa 25-5-2021 01:00 PM
tripleid replied at 25-5-2021 09:03 AM
mana la si sembab ni berani nak buat live..sepanjang  jadi pm 15bulan ni pn x penah lagi buat pc dep ...

Jinx..hahahah aku pun nak tulis cam gini.. si sembab ni pengecut
Quote little_sis 25-5-2021 01:14 PM
Tajam mata netizen.. aku tgk la gak sikit2 masa tu tgh buat keje opis gak, tak fokus pun dgr apa dia ckp
Quote hyie 25-5-2021 01:21 PM
rasanya macam ada istilah dalam mass comm, sesuatu acara masih dikira live dalam beberapa tempoh sebelum waktu sebenar. Rasanyala...yang selalu iols nampak, lewat beberapa saat atau minit. Kalau lewat tiga jam macam ni tak pasti lah pulak
Quote najib888 25-5-2021 01:28 PM
Kalau kat YouTube, ada live & premiering.. kiranya, yg ni premier kot..
Quote zidane_ziege 25-5-2021 01:40 PM
kah kah..mana boleh buat live yg betul2 live.. mahiadin x percaya wartawan 2 ekor tu..kang dibuatnya ditanya soalan yg takde dalam skrip.. menggelupur kawan tu nak jawab..

btw..pengerusi prasarana kenapa tak buat mcm mahiadin ni buat? xde la nampak bodoh sgt
Quote Babai 25-5-2021 01:41 PM
Banyak bunyi la minah ni.
Quote Ah_Kwan 25-5-2021 02:13 PM
keh keh keh

wa melihat dunia...
sedang dalam caca merba...
entah kenapa...ianya kucar tiba tiba...
dan semua sedang ingin bersengketa...

bila Allah dah kata...
AKU turunkan musibah dikala kasih sayang antara kalian tiada...
untuk kalian muhasabahkan diri yang nyata...
dan kembali ikut Muhammad semata...

Tidakkah Pasai sudah ditunjukkan pada kita...
tatkala GAM dan rakyat jelata bersengketa...
hingga sanggup berbunuhan sesama mereka..
Di turunkan air dari lautan dunia ke dalam negara mereka...
Sampai akhirnya menyesal sesama mereka...
Kerana berbalah dan bersengketa selepas itu tiada penting mana...

Sanggupkah kita seperti itu nanti?
berbalah hanya untuk kepentingan diri...
sampai nanti Allah tunjuki bukti..
yang kita ini semua hanyalah hidup menanti untuk mati...


keh keh keh

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.061346 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top