CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Sewa Pesawat Adakan Majlis Kahwin Elak Sekatan Covid-19

25-5-2021 07:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5940| Komen: 34

Description: Bagi mengelak sekatan yang dikenakan kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, pasangan pengantin di India mengambil keputusan untuk adakan majlis perkahwinan mereka ketika berada di ud ...
Bagi mengelak sekatan yang dikenakan kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, pasangan pengantin di India mengambil keputusan untuk adakan majlis perkahwinan mereka ketika berada di udara.


Menurut laporan BBC, pasangan tersebut menyewa sebuah pesawat bagi mengadakan majlis perkahwinan mereka bersama 160 tetamu jemputan.

Rakaman majlis tersebut dikongsi di akaun media sosial dan kini dalam siasatan pihak berkuasa.


Kredit foto: News18

Pesawat berkenaan dipercayai berlepas dari Tamil Nadu yang mengehadkan bilangan tetamu majlis perkahwinan kepada 50 jemputan sahaja.

Seorang pegawai daripada Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) memberitahu Times of India, seorang anak kapal yang bertugas di pesawat SpiceJet ketika kejadian telah digantung kerja.

Menurut jurucakap SpiceJet, pesawat Boeing 737 itu ditempah untuk perjalanan dari Madurai ke Bangalore bagi membawa pasangan pengantin itu berbulan madu, lapor Indian Express.


Jelasnya, ketika membuat tempahan, pasangan berkenaan telah diberitahu tentang prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan syarikat berkenaan serta larangan adakan sebarang majlis di dalam pesawat.



India kini berdepan gelombang kedua COVID-19 dengan angka korban melepasi 300,000 kes, menurut data Kementerian Kesihatan.

Hospital dan pusat pembakaran mayat sesak sejak beberapa minggu lalu menyebabkan kekurangan bekalan oksiden selain pembakaran mayat dilakukan sepanjang hari.

Ramai yang tidak mampu membayar kos pembakaran mayat terpaksa menanam ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19 di tepi sungai Ganges secara haram.

Mayat mangsa turut dilaporkan terapung di sungai berkenaan.


Sumber: AWANI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asudau 25-5-2021 07:38 AM
kobit di kayangan ni
Quote stingerhumus 25-5-2021 07:54 AM
Kita boleh adakan roadblock didarat mengapa tidak diudara? Hendak seribu daya taknak seribu dalih...

[youtube]CxgqbmEg8KM[/youtube]
Quote dudaberhias 25-5-2021 07:57 AM
agak2 bau apa dalam pesawat tu?
kalau iols salah satu tetamu iols terjun dulu ataupun pergi landing sendiri dalam pilot cokpit
Quote highcastle 25-5-2021 07:58 AM
Inilah antara punca covid naik.. Virus "degil" sentiasa melekat kat hati dia org............
Quote ketupatnasi 25-5-2021 08:03 AM
Bagi idea plak kt golongan kayangan tanah air ni kang
Quote sarah82 25-5-2021 08:03 AM
Tak ada kaitan dgn negara aku
Quote stingerhumus 25-5-2021 08:09 AM
ketupatnasi replied at 25-5-2021 08:03 AM
Bagi idea plak kt golongan kayangan tanah air ni kang

TYCOON2 MALAYSIA  berhelicopter naik genting main PICTURE! PICTURE! PICTURE! during kobid...kau boleh tahu?

Kahkahkahkahkahkah
Quote makneng 25-5-2021 08:10 AM
Dah mcm flight KUL-MAA
Quote TOPwind 25-5-2021 08:36 AM
dudaberhias replied at 25-5-2021 07:57 AM
agak2 bau apa dalam pesawat tu?
kalau iols salah satu tetamu iols terjun dulu ataupun pergi landing ...

bau satu hal (boleh muntah)

Memekak dua hal

Ludah Sireh tiga hal

Auta  empat hal

Lagu kuat lima hal (boleh pekak)

Lampu kena terang terang







Quote dua_chzy 25-5-2021 08:53 AM
India boleh!
Quote lesprincesse 25-5-2021 08:57 AM
Sometimes i betul2 tak boleh brain tgk logic org2 yg sebegitu.
Quote stingerhumus 25-5-2021 09:04 AM
lesprincesse replied at 25-5-2021 08:57 AM
Sometimes i betul2 tak boleh brain tgk logic org2 yg sebegitu.


Can you ever brain that now  saf solat disurau masjid kena  renggang renggang bila berjemaah? Konon nak elakkan virus sedangkan syaitan dan iblis duk ditengah tenhah kerengganan tersebut.....bersalaman kena letak tangan didada atau puting tetek masing masing..kau ingat  ini kota isketambola?..bertentangan sungguh dgn anjuran agama...Tuhan turun khen ujian utk kita hanya utk kita melakarkan sop yg bertentangan dgn tuntutan agama iteww sendiri? You dont find it weird or ironic?
Quote paz 25-5-2021 09:10 AM
Tak paham betul dia orang ni.

Susah yer nak paham apa sebab ada restriction.
Quote Themilo 25-5-2021 09:16 AM
walaupun kaya sampai mampu sewa pesawat, tapi majlis tetap persis penduduk miskin juaa.. u cant buy class kekdahnya..
Quote stingerhumus 25-5-2021 09:16 AM
paz replied at 25-5-2021 09:10 AM
Tak paham betul dia orang ni.

Susah yer nak paham apa sebab ada restriction.

Bagi mereka to fight the virus bukan setakat duduk dirumah diam diam doa dalam hati macam kebanyakan kita..kerana merwka juga tahu walau mrreka bukan dikalangan penganut agama kiya, bahawa approach ini  adalah selemah lemaj iman... sebaliknya to take on the virus head on tapi dlm penuh kewaspadaan ...
Quote naina 25-5-2021 09:18 AM
Spesis jahlop jugak ni
Quote mrlymsn 25-5-2021 09:51 AM
Omg so stupig. Memasing berebut nak kena hanyut ke sungai ganges
Quote ReginaGeorge 25-5-2021 01:00 PM
Dah naik atas awan tolong jangan balik ke darat ye. Kalau ada yg mati dalam craft tu, buang terus ku angkasa lepas. Jangan sekali pijak bumi lagi.
Quote MissVixen 25-5-2021 01:05 PM
Nanti jangan ada retis dan founder produk timbang kilo nak tiru

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055995 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top