View: 1514|Reply: 7
|
Bengang Isteri Nak Balik Kampung, Lelaki Cekik Dan Racun Anak Sendiri
[Copy link]
|
|
Beaufort: Lelaki yang diburu polis selepas didakwa mencekik dan memberi anaknya minum racun rumpai akhirnya menyerah diri, hari ini.
Dia yang berusia 43 tahun hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort pada jam 9.40 pagi selepas menghilangkan diri sejak 16 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, ketika soal siasat, suspek tidak mengaku memberi mangsa minum racun dan mendakwa tuduhan itu fitnah yang dibuat ke atasnya.
Foto: Harian Metro
Katanya, dia akan dibawa di Mahkamah Majistret Beaufort esok untuk permohonan reman dan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Suspek turut dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) untuk ujian saringan air kencing," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Yusoff Zaki berkata, pihaknya merampas satu botol mineral 500ml jenama Sasa dan satu botol racun rumpai jenama Zagro Pounce 410 untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian 16 Mei lalu, suspek dikatakan berang terhadap isterinya kerana mahu pulang ke kampung di Keningau dan bertindak di luar batas apabila didakwa memberi racun kepada anak perempuan di rumah di Kampung Bundu, Kuala Penyu, di sini.
Suspek juga didakwa mencekik mangsa yang berusia lima tahun. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gila...laki gila yg pukul isteri tu dh jumpa ke belum?
deme ni patut kurung 1 cell |
|
|
|
|
|
|
|
ikutkan sangat amarah sampai anak tak berdosa jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
hidup lagi ke x anak dia tu?babi punya bapak..baru lima tahun kot bleh la ko nk cekik..hrap mati dlm penjara kne cekik ngn banduan lain |
|
|
|
|
|
|
|
Marah kt bini tp nak bunuh anak?ape y relevan nya di sebalik perbuatan dia nih ek? |
|
|
|
|
|
|
|
dasyat dia punya marah sampai anak diracunkan.bodoh punya manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Gila punya bapak! Marah bini kenapa anak plak jd mangsa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|