CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suka Bertukar Duka- Budak 9 Tahun Seronok Mandi Tali Air, Maut Lemas

19-5-2021 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1933| Komen: 4

Description: Melaka: Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam tali air, manakala rakannya dilaporkan hilang di Kampung Gelam, Tanjung Kling di sini petang semalam.
Melaka: Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam tali air, manakala rakannya dilaporkan hilang di Kampung Gelam, Tanjung Kling di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, Muhammad Fakrullah Rozami, 9, ditemukan lemas oleh ayahnya sendiri di dalam tali air sedalam 1.2 meter itu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.46 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Foto: Harian Metro

Katanya, berdasarkan maklumat awal, tiga kanak-kanak lelaki yang semuanya berusia sembilan tahun itu bermain di kawasan tali air yang terletak kira-kira 1.6 kilometer dari kediaman mereka.


Bagaimanapun, keseronokan itu bertukar tragedi apabila Muhammad Fakrullah lemas, manakala pasangan kembarnya sempat menyelamatkan diri dan pulang ke rumah untuk memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarganya.

"Seorang lagi rakan mereka pula yang dikatakan berada dalam ketakutan dipercayai terkejut, gagal dikesan sehingga kini.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini giat dijalankan di kawasan tali air berkenaan selain pencarian di daratan membabitkan radius kawasan kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Pada peringkat awal, kita dimaklumkan rakan pasangan kembar itu juga mandi bersama, jadi pasukan bomba cuba membuat pencarian dalam air namun gagal menemuinya dan berdasarkan maklumat susulan yang diperoleh daripada mangsa yang selamat itu pula menyatakan rakannya tiada dalam air, sebaliknya melarikan diri.

"Justeru, pencarian kita sekarang tertumpu kepada mencari di daratan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, tengah malam tadi.

Seramai 20 anggota bomba dan empat anggota polis terbabit dalam operasi berkenaan sambil dibantu sekumpulan penduduk kampung.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kanak-kanak itu ditemukan oleh bapanya sendiri di dalam tali air dalam keadaan kakinya terbelit dengan tali plastik sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Kling.

Kanak-kanak itu bagaimanapun kemudian disahkan meninggal dunia.

"Fokus utama operasi SAR kini adalah bagi mengesan seorang lagi mangsa di sekitar lokasi kejadian," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 19-5-2021 09:46 AM
Belum tukar ke nama tanjung kling?? Ini rasis..penghinaan tauuuu..{:cryrun
Quote batusembilan 19-5-2021 09:48 AM
ni netizen ni.........gagal nk kawal anak2.

dh bgtau duduk rumah. safeguard your family.
Quote Cece1234 19-5-2021 10:20 AM
Kesiannya lah..
Quote prettyuglybabe 19-5-2021 12:23 PM
so budak yang lagi satu tu dah jumpa ke belum?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.172541 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top