CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amal Minum Air Kencing Lembu, Ahli Politik India Sukarkan Usaha Bendung Covid-19

19-5-2021 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2044| Komen: 5

Description: Seorang ahli politik di India dikritik selepas mendakwa beliau dilindungi daripada wabak Covid-19 kerana amalan minum air kencing lembu setiap hari, lapor portal Daily Mail.
Seorang ahli politik di India dikritik selepas mendakwa beliau dilindungi daripada wabak Covid-19 kerana amalan minum air kencing lembu setiap hari, lapor portal Daily Mail.

Pragya Thakur dari parti pemerintah Parti Bharatiya Janata (BJP) turut mendakwa air kencing lembu dapat menyembuhkan jangkitan paru-paru yang disebabkan virus tersebut.



Kredit foto: The Indian Express

“Jika kita minum air kencing lembu setiap hari, ia dapat menyembuhkan jangkitan paru-paru akibat Covid-19.

“Meskipun saya berasa tidak selesa, namun saya tetap minumnya setiap hari. Jadi, sekarang saya tidak perlu lagi memakan apa-apa ubat untuk melawan wabak Covid-19, malahan saya juga tidak dijangkitinya (Covid-19),” kata Pragya.

Kenyataannya itu dikecam beberapa tokoh politik lain yang mengatakan bahawa dakwaan tanpa bukti saintifik berkenaan hanya akan menyebabkan orang ramai tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin selain tidak menghormati pekerja barisan hadapan yang berjuang untuk menyelamatkan nyawa rakyat India.


Ahli parlimen dari parti Bahujan Samaj, Kunwar Danish Ali berkata, kehilangan 50 doktor di negara itu beberapa hari lalu akibat Covid-19 adalah sesuatu yang amat buruk.

“Apa yang lebih teruk adalah kenyataan tidak saintifik dan tidak munasabah daripada seorang ahli politik yang mengatakan bahawa air kencing lembu dapat menyelamatkannya daripada dijangkiti Covid-19.

“Ini akan membuatkan penduduk enggan menerima suntikan vaksin yang akan memburukkan lagi keadaan di negara ini,” tegasnya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ahli parlimen kontroversi itu beberapa hari selepas doktor-doktor di India meminta orang ramai agar tidak melumurkan badan mereka dengan najis lembu atau menggunakan air kencing haiwan berkenaan sebagai rawatan kepada jangkitan Covid-19.

Ini kerana tindakan itu hanya akan mempercepatkan proses penularan virus korona. 

Meskipun mendakwa ‘kebal’ daripada Covid-19, Pragya pada Disember tahun lepas dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami simptom-simptom dijangkiti virus tersebut, lapor stesen televisyen NDTV.

Dua tahun lepas, beliau turut mencetuskan kontroversi selepas mendakwa sembuh daripada kanser payudara kerana meminum air kencing lembu.

Bagaimanapun, seorang doktor bedah mendedahkan bahawa wanita itu sebaliknya menjalani rawatan mastektomi untuk mencegah penyakit tersebut daripada berulang, lapor akhbar The Hindu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 19-5-2021 09:29 AM
Setakat cadangan minum air suam,apalaaa sangat.
Quote otai_g 19-5-2021 09:44 AM
Lantak ko lah labu. Nak mkn taik lembu pun pak cik x kisah. Yg dpt sakit esk ko, bknnya aku
Quote Plain-tif 19-5-2021 03:34 PM
Iras menteri kakak abang kat sini
Quote FanTasyCreaTioN 19-5-2021 05:17 PM
Thread lebih awal dah ada ...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1251441

Tunggu @admin6 mergekan ... atau @CARI-MAL boleh tolong mergekan sendiri.


Terimakasih ...


Quote Ayda89 12-6-2021 04:19 PM
Ishhhh jijikssss

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.043620 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top