CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bimbang Digulingkan, Kim Jong Un Larang Pakai 'Skinny Jeans'

19-5-2021 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3098| Komen: 16

Description: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan melarang pemakaian jean ketat untuk mempertahankan rejimnya.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan melarang pemakaian jean ketat untuk mempertahankan rejimnya.

Ia dibuat selepas dia khuatir pengaruh budaya barat akan mendorong generasi muda melawannya, lapor Rodong Sinmun.



Kredit foto: Reuters

Pyongyang mendakwa jean ketat, koyak dan 'gaya rambut mewah' dianggap gaya hidup kapitalis.

Jong Un juga bimbang digulingkan dan mengarahkan mereka yang mengenakan pakaian pelik perlu dihantar ke kem buruh paksa.

Larangan itu disiarkan di media rasmi Parti Pekerja Korea itu yang menyatakan fesyen aneh akan meruntuhkan negara.

"Sejarah memberikan pengajaran penting negara akan menjadi rapuh walaupun ekonomi dan pertahanannya kuat kerana tidak menjaga fesyen sendiri," kata media itu.

Ia turut mendakwa, negara itu perlu sentiasa berwaspada ancaman kapitalis dan berusaha menyingkirkannya.


Selain itu, Korea Utara akan menghukum rakyatnya yang mempunyai video produksi Korea Selatan.

Sementara itu, Daily Mirror melaporkan, pemakaian subang serta menggayakan rambut berwarna juga dilarang.

Sumber berkata, gaya rambut bukan sosialis itu tidak akan diterima di Korea Utara.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 19-5-2021 10:31 AM
Apoooooo. Mental la gemuks ni
Quote hareeeesah 19-5-2021 10:43 AM
Hahahah pelik-pelik cara ko berfikir. Pastu nak orang ikut trend cam rambut ni jugak ke
Quote innocent_me 19-5-2021 11:15 AM
Semua orang tunggu kau meninggal.
Tapi tu lah, org peel gini selalunya panjang umur.
Quote supernaturalee 19-5-2021 11:25 AM
innocent_me replied at 19-5-2021 11:15 AM
Semua orang tunggu kau meninggal.
Tapi tu lah, org peel gini selalunya panjang umur.

Ada ank x
Hbs die esk turun kt ank plk
Sampai ajm pun x hbs Klu gini




Quote dodolgemok 19-5-2021 11:31 AM
Lah penulis baru tau ke? Benda ni dah lama pon diimplementasikan. Penulis duduk bawah tempurung ke apa ni?
Quote umbut 19-5-2021 11:43 AM
Bilalah rejim dia nak berakhir.. Soviet union pun dah hancur.. Takut kena guling..skrg zaman it..org dia pun dah tau hal dunia luar
Quote stingergrapes 19-5-2021 11:46 AM
dodolgemok replied at 19-5-2021 11:31 AM
Lah penulis baru tau ke? Benda ni dah lama pon diimplementasikan. Penulis duduk bawah tempurung ke a ...

Baru keluar dari kepompongnya...maafkan la dia

Kahkahkahksh
Quote TabletSusu 19-5-2021 02:11 PM
dia yang x boleh nak sarung skinny jeans.. dgn rakyat semua dia x bagi pakai
Quote ocho 19-5-2021 02:22 PM
bunuh org cara 'prank' tu OK ?


oppsss
Quote Artemesiaa 19-5-2021 02:31 PM
Bukan benda baru pun dari dulu negara dia ada guidelines macam mana fashion style yang dibenarkan dan yang tak dibenarkan
Quote bulalof 19-5-2021 02:33 PM
mesti dia suruh rakyat dia mengamalkan cara hidup dan fesyen awal 80an.
Quote Ciktiekus 20-5-2021 11:42 AM
Kesian rakyat..bila la nak abis legacy die ni..
Quote Scheherazade 20-5-2021 11:44 AM
boleh plak takut kena guling psl ni
Quote takayama 20-5-2021 11:52 AM
igt hr tu dah jd vegetative tu dia dah mati tp msh hidup lg rupanya, sendiri x blh nk pki skinny jeans terus rakyat x blh nak pki, bengong
Quote batmana 20-5-2021 12:40 PM
tapi skinny jeans tak elok utk kesihatan
tak silap ada artikel dktor mana tah tulis, aku lupe
Quote Guccibamboo 20-5-2021 03:14 PM
batmana replied at 20-5-2021 12:40 PM
tapi skinny jeans tak elok utk kesihatan
tak silap ada artikel dktor mana tah tulis, aku lupe

X elok utk laki2....boleh mandul sbb testis panas...sbb rapat sgt ngan groin.
Tp rasional die x kasi pakai skinny jeans ni lawaklah...adoiii ...aneh2 pemikiran die ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055164 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top