CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Di Mana Rosmaini?- Polis Buru Suami Pukul Isteri Hamil Sampai Parah Kepala Dan Tengkorak

19-5-2021 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6843| Komen: 30

Description: Johor Bahru: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencederakan isteri sehingga parah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Johor Bahru: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencederakan isteri sehingga parah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, individu berkenaan Rosmaini Abd Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar di Kedah dan bekerja sebagai peniaga.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Foto: Harian Metro

Mohd Padzli berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290763.


Seorang penjawat awam berusia 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di negeri ini dilaporkan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei lalu.

Mangsa yang sedang hamil empat minggu parah di kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 19-5-2021 09:29 AM
Harap kawan or sedara mara yang lindungi pengecut ni, serahkan lelaki tak guna ni pada pihak berkuasa
Quote ais_kosong 19-5-2021 09:46 AM
Ada pun benang ni..
Kurang ajar sangat pukul bini teruk macam tu. Dahlah baru ja kahwin.
Quote dusunmind 19-5-2021 09:59 AM
Reserved ja komen. Kalau si isteri mithali maafkan akhirnya hah
Quote kucim 19-5-2021 10:10 AM
Aku heran mcm mana dia boleh izin suami nokharom pukul sampai begitu rupa..ni mesti belasah sekali gus

Terfikir jugak...si isteri tak cuba melawan atau lari ke masa dipukul..mcm tadah je
Quote alahai 19-5-2021 10:10 AM
Yang kes kat sg petani smpi meninggal siisteri tu dah ada yg buka thread ka belom?
Quote naina 19-5-2021 10:15 AM
kucim replied at 19-5-2021 10:10 AM
Aku heran mcm mana dia boleh izin suami nokharom pukul sampai begitu rupa..ni mesti belasah sekali g ...

Ko tau tak tenaga lelaki kalau pukul perempuan ni macam mana? Maybe pukulan pertama dah buat perempuan ni lemah tak berdaya..terus dibelasah bertubi. Sebb tu orang laki kalau marah MCM mana sekali PON tolonglah jangan angkat tangan dekat perempuan. Not your level. Ok lepaskan amarah kt harta benda saja kalau tak tahan sgt. Sekali tumbukan dh boleh buat muka hancurrr
Quote naina 19-5-2021 10:16 AM
Semoga pengecut dayus ni mendapat balasan yg dasyat menganiaya perempuan.
Quote pxlbb 19-5-2021 10:38 AM
naina: Ko tau tak tenaga lelaki kalau pukul perempuan ni macam mana? Maybe pukulan pertama dah buat perempuan ni lemah tak berdaya..terus dibelasah bertubi.  ...


Iols cuma nak tambah satu je, takde kena mengena dgn cerita mangsa dlm kejadian ni, tp perempuan tolonglah kalau laki kau ada tendency utk pukul cpt2 cabut lari, jgn cabar “pukul la aku! Ha pukul!” Sbb benda ni pernah berlaku depan mata aku ya. Mmg sheols kata puas hati cabar mcm tu tp what the heck badan lebam sakit. Tak cerdik sebegitu. Bukan kudrat perempuan nak lawan tenaga org lelaki.
Quote carly_lah 19-5-2021 10:41 AM
tgk kt tik tok adik mangsa, dia kata kakak dia tu lemah lembut sgt... dah la tgh mengandung... laki jahat ni ambik cincin lepas pukul kakak dia... tempurung kepala kena buang katanya kalau x silap... jahat betul lelaki tu....
Quote nonierahman 19-5-2021 11:10 AM
Follow jgk tiktok adik mangsa. Kesiannya
Quote manehnya 19-5-2021 11:10 AM
Ada ilmu apa x jumpa2 dia nih
Quote merrissa 19-5-2021 11:23 AM
nyorok mana tu....rakyat msia mn leh duduk diam2 satu tempat....nanti jumpa juga akhirnya mamat giler ni
Quote enchantedlurve 19-5-2021 11:38 AM
kejamnyee... smp tempurung kepale kena buang.. dh tu camne nnt..
masa kawen sihat sejahtera wife tu, nie skrg dlm keadaan camni, nk move on nanti bukan mudah..
Quote umbut 19-5-2021 11:52 AM
kucim replied at 19-5-2021 10:10 AM
Aku heran mcm mana dia boleh izin suami nokharom pukul sampai begitu rupa..ni mesti belasah sekali g ...

Tgklah badan jantan ni..bini dia kecik plus hamil. Sekali dia sentap tendang dah jatuh..nak lari pun x sempat dah kena hentak.. Isap dadah ke jahat kejam sangat..ketuk ngan apa sampai kepala pecah
Quote Eliadaisy83 19-5-2021 11:54 AM
Ni mesti sejenis isteri yg redho mencari syurga di bwh tapak kaki suami..
nak kecam pon tak sanggup hanya mmapu kesian di atas kebodohan si mangsa sajalah.
Quote kasibiman 19-5-2021 11:55 AM
wtf.

baru baca pasal ni.

rujukan buat yg tak tahu:
https://akupapankekunci.com/2021/05/18/suami-masih-bebas-sampai-sekarang/


si jantan tak guna ni bekas jurulatih silat katanya (gugel search ada link)
Quote any42 19-5-2021 12:17 PM
hrap cpt la jumpa humban dlm pnjara. kt dlm kot la kna blasah smpai cacat bru tau pnderitaan isteri kna sepak terajang smpai parah. kesian ank dlm perut blum smpat lahir dh turut merasa ksakitan ibu
Quote jahcomel 19-5-2021 01:23 PM
Pompuan nih wife ke2 kn
Quote Belibis 19-5-2021 01:29 PM
naina: Ko tau tak tenaga lelaki kalau pukul perempuan ni macam mana? Maybe pukulan pertama dah buat perempuan ni lemah tak berdaya..terus dibelasah bertubi.  ...

Jangan angkat tangan..seeloknya time marah meruap2 tu,angkat kaki,ambik joran pegi mancing.nanti petang baru balik.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.052083 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top