CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Idris Khan Tak Suka, Minta Hentikan Menunjuk-Nunjuk Bagi Duit Cash Pada Ibu Bapa

26-4-2021 12:49 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 11203| Komen: 83|Original author: Oleh: Saiful

Description: Perasan tak sekarang ni jadi macam trend pula beri hadiah wang tunai kepada ibu bapa?
Perasan tak sekarang ni jadi macam trend pula beri hadiah wang tunai kepada ibu bapa?

Ramai yang berkongsi video pemberian tersebut di Instgaram dan akaun media sosial masing-masing.


Foto: IG

Bagaimanapun nampaknya ia mengundang rasa kurang senang Idris Khan yang mendakwa perbuatan tersebut adalah menunjuk-nunjuk.

"Rasanya ramai yang berkeinginan nak buat seperti ini untuk ibu mereka tetapi tidak semua murah rezekinya sebegini.





"Jadi sebaiknya buat kebaikan, bagi tangan kanan tangan kiri tak nampak. Hentikan trend suka menunjuk bagi wang tunai.

"Simpan untuk diri sendiri cukup... Allah tahu,"tulisnya di ruangan komen IG mStar Online.



Pendapatnya itu turut dipersetujui oleh rakan artis, Mustaqimbahadon.

Tambah Idris, dia berharap agar orang ramai tidak terikut-ikut dengan cara sebegitu.



"Jadilah manusia yang kejar untuk membuat kebaikan, bukan manusia yang kejar untuk 'menunjuk' kebaikan," tambahnya.

Sementara itu, ramai juga yang meminta agar tredn sebegitu dihentikan memandangkan ia bahaya jika ditayang.



Antara komen:

"Buat posting tunjuk duit ini bahaya sebenarnya sebab boleh jadi target perompak.

"Bahaya ni kalau tiba-tiba ada orang datang pecah masuk (rumah).

"Hati-hati, takut ada yang sedang memerhati... tunjuk duit berkepuk-kepuk, bahaya pada mak tu."

Setuju tak?-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 26-4-2021 01:04 PM
Menunjuk2 mmg dah jadi trend skrg sampai ada yg jd bipolar lepas bagi mak kereta mewah 2 kali. Lain kali diam2 sudah. Orang yg betul2 kaya sejak lahir pun relaks jer xde nk show off. Ada tu letak cash dalam kek lah, buat flower bouquet lah, dinner kat tempat2 high class lah bukan sebab appreciate sangat kat makbapak tu tapi yg penting post kat ig supaya semua org tau ok...
Quote buapakperut 26-4-2021 01:16 PM
yelah bangla2 selalu jarang bagitau dia kirim duit pengurup wang berlesen,tau2 mak kat kampong pakai rolex muah muahh.. btw iols pun tak suka tengok tapi biaqla depa..
Quote Brunes 26-4-2021 01:20 PM
penyakit zaman now.. buat kebaikan atau rasa acah cool saja siket nak post.. pergi mampos lah
Quote Gianna111 26-4-2021 01:21 PM
i wonder mak dia orang ni tak ada bank ke?
i nak hantar duit i transfer jer...
Quote djzara81 26-4-2021 01:26 PM
Selagi bole tayang kekdahnya. Jauhilah sifat riak & takbur.
Quote kucingitam 26-4-2021 01:28 PM
tahnya...pelik2 manusia ni..
Quote suweet 26-4-2021 01:29 PM
Gianna111 replied at 26-4-2021 01:21 PM
i wonder mak dia orang ni tak ada bank ke?
i nak hantar duit i transfer jer...

Kalau transfer takleh tunjuk
Quote annehuda 26-4-2021 01:30 PM
lagi satu, takut orang tua tu jadi sasaran perompak je.  nyonya kat kampung aku setahun tak keluar rumah kene ragut. org naik motor datang buat2 tanya jalan, skali tu kene regut.  nenek aku pun penah kene, sedara datang nak melawat tup tup curik duit nenek aku beribu la jugak hilang
Quote electricopop 26-4-2021 01:30 PM
Gianna111 replied at 26-4-2021 01:21 PM
i wonder mak dia orang ni tak ada bank ke?
i nak hantar duit i transfer jer...

Kannnn.
Saje gedik bagi cash pastu simpan dalam tin biskut sampai reput dek makan anai anai last last nan hadooo.
Quote Kurex 26-4-2021 01:35 PM
Semoga dapat iftar berzama idris khan sambil idris kan sibuk melayan kurex
Quote aderaderker 26-4-2021 01:37 PM
Penyakit founder timbangkilo product ni suka showoff kat socmed. Dah berjangkit ke marhaen pulak..

Ko tak reti2 nak bank in duit tu?

Ke nak mtk orang rompak parents ko?
Quote sarah82 26-4-2021 01:39 PM
Apa dia ckp ada benarnya..
Quote dudaberhias 26-4-2021 02:22 PM
Hello ni MO baru bulan ni sebab dah capai target so dorang ikut la apa sifu deorang suruh buat untuk viral yang takde produk bila dah viral boleh bawa keluar produk baru
Quote September14 26-4-2021 02:25 PM
Ensem nya idris..
Quote AshkieLa 26-4-2021 02:26 PM
aku speku..
yang tunjuk gini..
org yang BARU nak bagi duit kat mak ayah..
atau semata mata untuk content socmed...
lepas tayang tu, ngadap phone... takde sembang ngan mak ayah or tolong ke dapur buat ape yg patut ke ape...
Quote nena9042 26-4-2021 02:37 PM
Duit kepuk kepuk konon terer berbisnes & laku, tapi online transfer pun tak reti. Nak show off sangat tunjuk receipt je sudeyh
Quote Suchi 26-4-2021 02:40 PM
Amboi berkepuk2 duit berikat dlm beg tu, takut tgk kije apa depa ni byk duit cash plak.
Berani nya bagi org tua duit cash, penyamun perati jaaa
Quote hannan_rayyan 26-4-2021 02:43 PM
Gianna111 replied at 26-4-2021 01:21 PM
i wonder mak dia orang ni tak ada bank ke?
i nak hantar duit i transfer jer...

haruslahh lah ada u tapi kalau buat online transfer ig fillowers tatau, kalau perasan yg buat mcm ni mostly so-called instafamous or influencers kan
buat sebab content
kalau bukan sebab content takdenya nak menunjuk2 siap bervideographer bagai mak bapak pun dah siap pakai santek2
Quote rainbowrainz 26-4-2021 02:45 PM
Hurmmmm..kutip tacangggg

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.128758 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top