CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Universiti Ditahan Hina TMJ

26-4-2021 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17881| Komen: 139

Description: Johor Bahru: Penuntut universiti awam di ibu negara, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memuat naik status menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, di akaun Facebook ...
Johor Bahru: Penuntut universiti awam di ibu negara, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memuat naik status menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, di akaun Facebooknya, Februari lalu.


Tertuduh, Ahmad Muazz Ishak, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Ahmad Muazz dituduh memuat naik status di akaun Facebook yang didaftarkan atas nama MuazzIshak yang tertera perkataan menghina Tunku Ismail.

Kredit foto: Harian Metro

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di premis makanan segera di Jalan Pontian-Skudai, di sini, 11.45 pagi, 5 Februari 2021.

Dia didakwa mengikutSeksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali,dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qayyum Ramlan manakala tertuduh diwakili Muhammad Valantino Ifni Ho Ridzuan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM10,000 dengan tertuduh perlu melapor diri dua minggu sekali di balai polis berhampiran sehingga kesnya selesai.

Peguam tertuduh kemudian memohon jaminan diturunkan kepada RM2,500 dengan alasan anak guamnya masih menuntut di tahun kedua jurusan Sains Sosial di Kuala Lumpur dan tiada pendapatan.

Hakim kemudian memerintah tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dengan dia perlu melapor diri di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, setiap dua minggu sekali.

Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 25 Mei depan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 26-4-2021 02:02 PM
ambikkkk..... nak kutuk pun, kutuk la kat forum..
lepas tu ganti ler nick name ker...
jangan ler direct sgt...
Quote mejaputih 26-4-2021 02:03 PM
dia hina pasal apa ek?
Quote CiliPadiSedap 26-4-2021 02:42 PM
kalau royal family masuk cariforum rasanya forumer  tinggal spender je kena saman  sebab mulut semua takde filter coway
Quote Nham22 26-4-2021 02:44 PM
CiliPadiSedap replied at 26-4-2021 02:42 PM
kalau royal family masuk cariforum rasanya forumer  tinggal spender je kena saman  sebab mulut semua ...

Ade banyak pakej... Oo yang terbaru filter coway yea.... Selama ni iolss tahu pakej kneepad saja...
Quote prizadane 26-4-2021 02:45 PM
Dik, duduk pula di area Skudai sana kan. Sekangkang kera je dari istana. Silap besar lah... jangan kena buang negeri sudah.
Quote mesmerize 26-4-2021 02:46 PM
teringat peyno.. gigih kecam TMJ n bangsa jawa johor tiba2 hilang dari radar
Quote dudaberhias 26-4-2021 02:48 PM
Dia kecam apa? Mengecam pakai fb betul la tu
Quote helicornia 26-4-2021 02:48 PM
sependa pun mak bapak belikan ada ati nak hina orang ke dik
Quote dudaberhias 26-4-2021 02:49 PM
mesmerize replied at 26-4-2021 02:46 PM
teringat peyno.. gigih kecam TMJ n bangsa jawa johor tiba2 hilang dari radar

Tu la kemana kah heols, tapi rindu peyno punya posting sebab lawak tak hengat lagi2 bab proton kebanggaan kita tu.
Quote haruslah 26-4-2021 02:52 PM
Sbb tu kayangan dgn marhaen x perlu bercampur sgt
Helang biar kwn dgn helang jer
Pipit sama pipit

Sbb helang kadang2 tisu cepat koyak
Quote awanysss 26-4-2021 02:56 PM
CiliPadiSedap replied at 26-4-2021 02:42 PM
kalau royal family masuk cariforum rasanya forumer  tinggal spender je kena saman  sebab mulut semua ...

ntah sanggup ke tidak royal tu semua nak baca cercaan forumer..

Quote MissVixen 26-4-2021 02:58 PM
Lepas ni hujung naik, jangan mforum gulung tikar sudah le. Sana cepat betul sentap. Rip peyno.
Quote R2D2 26-4-2021 03:01 PM
hati tisu jgn join forum CARI
sila join forum Lowyat

Quote awanysss 26-4-2021 03:02 PM
haruslah replied at 26-4-2021 02:52 PM
Sbb tu kayangan dgn marhaen x perlu bercampur sgt
Helang biar kwn dgn helang jer
Pipit sama pipit
...

kan..
apa yg kite ada, semua dorang nak ada jugak.
lepas tu nak gunakan power yg dorang ada..
kite main ig, dia pun nak main ig..

mcm kes lagu dengki ke tu..
patutnya RPA takyah la reply camtu sekali..
dah tahu rakyat tgh sakit hati dgn gomen tak guna ni, pastu keluar pulak cerita pintu belakang pasal vaksin istana tu..
ni dia reply bg org triggered.. pastu eh budak tu kena tangkap..
kalau pasal hal2 lain boleh husnuzon lg. ni pasal covid ni.. semua rakyat terjejas..
istana mcm takde tolong apa.. kes isu2 mahkamah syariah pun, takde yg bersuara (ada pun sultan selangor je kot, tu pun terpakai utk selangor je)..
mana rakyat tak marah.. semua tertekan.. mcm takde guna..
tu belum lg rakyat tahu dorang punya monthly income.. let alone business2 yg lain.. lg guling2 kan rakyat2 tu..
Quote merrissa 26-4-2021 03:08 PM
awanysss replied at 26-4-2021 03:02 PM
kan..
apa yg kite ada, semua dorang nak ada jugak.
lepas tu nak gunakan power yg dorang ada..

untunglah kan...takpe kelak di sana tiada darjat....tiada pangkat...yg membezakan hanya amal ibadah kita sahaja
Quote haruslah 26-4-2021 03:11 PM
awanysss replied at 26-4-2021 03:02 PM
kan..
apa yg kite ada, semua dorang nak ada jugak.
lepas tu nak gunakan power yg dorang ada..

Yesss
Rakyat tgh stress
Ini x boleh itu x boleh
Ini salah itu salah
Vvvip boleh pulak nak show off life diorg
Pastu sama join nak jadi marhain
X payah lah...kita semua sedar diri.

Tu yg silap sket je skrg mmg kena maki berjemaah la jwb nya...
Kalau xde socmed kan senang.
Quote coco 26-4-2021 03:16 PM
royalty kat oversea nun....... kalau kena kutuk dia orang saman ke rakyat dia orang.   
Quote notM 26-4-2021 03:17 PM
Jangan Hina...jilat Tak pe
Quote Rogue98 26-4-2021 03:21 PM
Rakyat jugak yang kena....

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070386 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top