CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Macam-Macam Kisah Ramadan! Dengar Suara Mengilai Masa Sahur, Ada Pula Termasak Nasi Campur Kain Buruk

26-4-2021 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3897| Komen: 12

Description: Lebih 10 hari umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa, pelbagai kisah dan ragam turut dikongsi di media sosial.
Lebih 10 hari umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa, pelbagai kisah dan ragam turut dikongsi di media sosial.

Grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni turut 'meriah' dengan pelbagai posting oleh netizen yang berkongsi pengalaman mereka.



Kredit foto: mStar


Masak nasi dengan kain buruk

Antara posting terbaharu yang mencuri tumpuan, kisah seorang individu yang tersilap memasak nasi dengan kain buruk.

"Aduyai, perut dah seharian berlapar. Sekali buka periuk nasi.... sendu tak terkata.

"Masak nasi dengan kain buruk, kau rasa?" tulis Zicky Pinky menerusi grup Facebook itu.


Posting itu turut dihujani lebih 700 komen netizen yang rata-ratanya tumpang simpati dan dalam masa sama turut terhibur dengan apa yang terjadi.


Kredit foto: mStar


Terpercik minyak panas

Selain itu, posting Yangti Ali menerusi grup sama menceritakan tentang sebahagian lengannya yang cedera akibat terkena minyak panas turut mencuri perhatian netizen.

"Ni bukan masak apa tak jadi tapi tak jadi masak dah," ujarnya berseloroh.

Menurut wanita itu lagi, dia cedera akibat tersimbah minyak panas ketika menggoreng ikan.

"Dalam tangis tahan sakit tangan yang sedang mendidih dek mandian minyak panas, ku kuatkan hati siapkan juga lauk tu. Kemudian terus ke klinik," tulisnya lagi.

Dalam posting sama, dia turut berkongsi foto kecederaan yang dialami.

Netizen di ruangan komen turut mendoakan kesembuhannya dan meminta sesiapa yang rajin ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka agar lebih berhati-hati.


Suara kuntilanak ketika sahur?

Satu lagi kisah yang mencuri tumpuan, kisah oleh seorang wanita dikenali sebagai Maria Alana yang mendakwa terdengar suara kuntilanak ketika bersahur.

Kata wanita itu, dia tersedar lewat untuk bersahur sebelum mendengar suara misteri itu di kawasan rumahnya.

"Sudahlah terlajak nak masak sahur pagi, biasa bangun pukul 4 pagi, hari ni pukul 5:12 pagi

"Dah macam lipas kudung pergi masak nasi atas dapur dengan goreng ikan, Alhamdulillah sempat juga sahur.


Kredit foto: mStar


"Waktu nak solat Subuh boleh pula ada suara kuntilanak mengilai-ngilai. Sabar je la, semua dah naik seram.

"Eh eh, bulan puasa tak ada kuntilanak, rasa nak hempok aje... skodeng ikut tingkap tak ada juga, dia punya mengilai bukan main lagi.

"Lantaklah, solat juga, habis je solat terus diam," tulis wanita itu panjang lebar.

Netizen di ruangan komen turut membuat pelbagai spekulasi.

Malah, ada yang berjenaka dan membuat andaian bahawa suara misteri itu merupakan bunyi jam loceng mahupun nada dering jiran sebelah rumah.

Selain itu, ada juga yang membuat andaian bahawa ia merupakan suara haiwan seperti kucing, musang mahupun burung. -CARI

Sumber:mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-4-2021 01:34 PM
Adakalanya manusia saje jadi bodoh utk like
Quote mdhelmi 26-4-2021 02:00 PM
dulu wife aku follow
tapi lama2 rasa mcm semua tu saja dibuat2 utk share kat fb
terus dah x follow
Quote prettyuglybabe 26-4-2021 02:08 PM
cam bodoh je yang masak nasi ada kain buruk tu..
nampak sangat batak like..
tak cuci ke apa beras..
kain sebesar tu takkan tak rasa..
pastu terletak elok atas nasi..
ikutkan kalau betul termasuk, kain tu akan bercampur dalam nasi..
semoga jatuh miskin beras sebutir pun tak ada nak makan..
Quote azimodin 26-4-2021 02:26 PM
Benda camni awal2 dulu genuine pastu dicemari batak like.
Quote helicornia 26-4-2021 02:57 PM
alamak, pagi tadi aku dok panjat kitchen kabinet, tapi aku terdengar macam ada suara sergah aku dr belakang 'hah' katanya aku husnuzon maybe kerusi yang aku panjat tu bergerak atau periuk yg aku amik tu hasilkan bunyi
Quote Suchi 26-4-2021 03:06 PM
Edited by Suchi at 26-4-2021 03:08 PM

Semalam lepas sahur iols alami kelumpuhan tidur aka kena tindih.
Biasa tak penah tidur tp sbb takleh ngaji so iols terlelap masa duk menyandar kat sofa.
Macam real sgt tiba macam nampak anjing kat balkoni pastu pinggan tiba2 mcm terapung kendian nampak macam bayangan hitam mcm asap kat pintu utama. Nampak mcm seseorang nak masuk tiba2 rasa cam susah nk bergerak berkali2 sebut Allah tp lidah cam kelu.
Terjaga bila suami iols pegang kaki sbb dia kata nampak iols cam mengigau duk sebut Allah, Allah.
Padahal kita ni dah mcm sesak nafas rasa kaku takleh gerak semua ada.
Quote Jitu 26-4-2021 03:10 PM
nampak sangat menipunya
beras tak basuh terus letak air masak ke sampai tak sedar ada kain dlm periuk
Quote ezacbee 26-4-2021 04:08 PM
mdhelmi replied at 26-4-2021 02:00 PM
dulu wife aku follow
tapi lama2 rasa mcm semua tu saja dibuat2 utk share kat fb
terus dah x follow

Mula2 je best.. terhibur la time pkp 1.0
Bila makin ramai join trus jadi merapu siap bergado
Xsanggup join golongan camtu
Quote mama_neko 26-4-2021 08:35 PM
Suchi replied at 26-4-2021 03:06 PM
Semalam lepas sahur iols alami kelumpuhan tidur aka kena tindih.
Biasa tak penah tidur tp sbb takle ...

oh mai.. ada jugak gangguan bulan posa.. dah la turun masak sahur sorang2.. takut lak baca..
Quote LadyCarefree 26-4-2021 09:25 PM
Suchi replied at 26-4-2021 02:06 PM
Semalam lepas sahur iols alami kelumpuhan tidur aka kena tindih.
Biasa tak penah tidur tp sbb takle ...

Tu la hang xzikir sebelum tidoq
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:54 PM
Ok. Ok. Ok. Ok.
Quote salmon-suki 27-4-2021 01:16 PM
Zaman kobid ni makin ramai pulak manusia memperbodohkan diri yee...y ikan meletup tu ai boleh terima laa sbb mmg dah selalu kena,in fact,goreng keropok lekor pn meletup haa..ni pengalaman ai ye..

Masak nasi ngn kain buruk tu so menipu..takkan laa time nak push button cook tu ko xtgk dulu beras etc..time nak tutup periuk tu xkan ko xnampak kain buruk tu?this one mmg plain stupid..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.063001 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top