CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anda Sanggup Ke Bersesak Beratur Panjang Semata-mata Beli Keperluan Raya?

26-4-2021 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16582| Komen: 176

Description: Beberapa keping gambar yang dikongsi netizen di laman media sosial memaparkan orang awam sanggup beratur panjang dan bersesak bagi mendapatkan barangan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri.
Beberapa keping gambar yang dikongsi netizen di laman media sosial memaparkan orang awam sanggup beratur panjang dan bersesak bagi mendapatkan barangan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri.

Gambar tular itu dipercayai dirakam di Bazar Aidilfitri, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sebuah gedung tekstil di Bangi, Selangor.



Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang awam dilihat sanggup beratur panjang dan bersesak untuk mendapatkan barangan keperluan hari raya.

Sebuah akaun Twitter memuat naik gambar yang menunjukkan orang awam dilihat teratur mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika membeli-belah di gedung berkenaan walhal keadaan sebenar mereka sebenarnya sedang berhimpit.

Sementara satu lagi gambar memaparkan orang ramai beratur panjang dengan segelintir daripada mereka turut mendukung bayi dan membawa kanak-kanak ketika menunggu giliran untuk mendapatkan barangan keperluan hari raya di Bazar Aidilfitri di ibu negara.



Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang awam dilihat berhimpit untuk mendapatkan barangan keperluan hari raya.

Menjengah ke ruangan komen, MalaysiaGazette mendapati rata-rata warganet tidak bersetuju melihat situasi tersebut apabila ada dalam kalangan orang awam yang berani mengambil risiko untuk berada di tempat yang sesak tanpa penjarakan fizikal.

Kebanyakan daripada warganet menyarankan orang ramai mengadaptasi norma baharu iaitu membeli-belah secara atas talian supaya dalam usaha mengurangkan risiko terdedah dengan jangkitan Covid-19.

Ada yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas kerajaan mengumumkan pelanjutan operasi Bazar Aidilfitri sehingga pukul 2 pagi kerana khuatir akan mencetuskan kluster baharu berikutan tidak mematuhi SOP, terutamanya mengamalkan penjarakan fizikal.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan mengapa kesemua bazar dan gedung pakaian boleh dipenuhi orang awam namun larangan untuk merentas negeri untuk pulang ke kampung berhari raya masih berkuatkuasa.

Untuk rekod, lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak kekal dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 15 April lalu hingga 28 April kecuali di Sarawak hingga 26 April. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 26-4-2021 05:21 PM
Beli kat zalora, shopee dan lazada je
Quote Meiizu 26-4-2021 05:25 PM
Tak sanggup.penat pose.takut covid jugekk
Quote missbigrockstar 26-4-2021 05:26 PM
Kalau bagi rentas negeri raya, mau jadi mcm anak ayam terlepas dari reban
Quote sarah82 26-4-2021 05:31 PM
Aku dah siap beli sepasang baju dari IG.. Tgg awal bulan pulak nak beli 2 pasang lagi..

Online ada.. Apa jadahnya aku nak berpanas2 berhimpit2 dgn org ramai.
Quote aderaderker 26-4-2021 05:33 PM
Kemain beratur nak masuk,  sampai kat dalam sop hilang ditelan bumi..
Quote sonatalady 26-4-2021 05:34 PM
dalam masa yg sama..org yg sama meroyan napa masjid tutup..napa solat jarak..
kenapa itu kenapa ini..
tp...nak juga g tempat sesak...
org meroyan dorang pn meroyan...
x faham...
Quote mclaren 26-4-2021 05:34 PM
Kesian.....

Ni orang2 yang kalau tak shopping raya mungkin akan depresi dan barangkali hinggs mengsmbil nyawa sendiri
Quote MissVixen 26-4-2021 05:35 PM
Online je. Sediakan pita pengukur kalau was2 nak beli. Dah lama tak shopping sebab malas aku nak beratur. Pusing2 dalam kejap je. Beratur sampai sejam.
Quote Lista 26-4-2021 05:39 PM
Tengoklah hujung2 bulan puasa nanti...lagi meriah org ramai beratur & bersesak..
Quote rainbowrainz 26-4-2021 05:43 PM
Wowwwwww x takut kena kobid kahh??? gilerrrrrr
Quote amyfiq 26-4-2021 05:47 PM
eeiyuuuwww tak sanggup nye lahaii dah la iols jenis tengok2 dulu barang esok datang baru beli, tapi kalau gini la gayanye memang takk laa baik beli kat shopee
Quote haruslah 26-4-2021 05:56 PM
Ni la yg bising2 double standard vvip dgn marhain tu kan...yg bising2 instapemes la...lopak la...DCT la....
Yg kecoh masjid kena saman....sekolah kena saman tu
Ni la kan???
Quote Suchi 26-4-2021 05:58 PM
Beli online pastu untuk kasual ada la g shopping mall tp g awal ramadan aritu sblm gomen gaji ok je tak ramai org.
Tak perlu beratur kat luar butik tp smlm lalu kat padini mak aihh panjangnya org beratur, dlm padini tu takda org pun tp kat luar panjang gila.
Igt nak g uniqlo cari inner baju pun sama kena beratur gak tp taklah panjang barisannya.
Udahnya tak masuk pun sbb takde mood la nak beratur bagai.
Beli baju melayu je sepasang kat parkson tu pun hat tahun lepas punya so dapatla diskaun 50%.
Malas nak beli terbaru hat mahal2 ke apa beli pun tuk bergambar je bukan leh g raya sgt.
Quote pxlbb 26-4-2021 05:59 PM
Gigih beli baju baru last2 pagi raya kena kurung tengok tv
Quote mrsamz 26-4-2021 06:00 PM
Tak sanggoppp
Quote melatibiru 26-4-2021 06:00 PM
Semalam I pegi sogo, tak sempat nak masuk pun, tgk orang punyalah ramai... Sop memang failed.. Area jln tar memang sesak..
Quote bebah 26-4-2021 06:16 PM
Tak sanggup. Baik dok umah je.... Landing2...huhu
Quote anony-mous 26-4-2021 06:17 PM
Polis mana berani kacau taikun. Ko tgk abg burger pon kena 50k
Quote delia3003 26-4-2021 06:21 PM
Iols tak sanggup.

Ada parents sampai bawak anak2 kecik berderet siap dgn baby lagi. Boleh pulak bawak anak2 ke tempat sesak macam tu musim covid ni. Dgn beratur panjang lagi, mau berjam baru settle semua, tak penat ke?

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.059714 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top