CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Miss Eco Thailand, Indonesia Tak Faham BI - 'Masalahnya Penterjemah Pun Tergagap'

7-4-2021 02:57 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4847| Komen: 11|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Pertandingan Ratu Cantik Miss Eco International 2020 baru sahaja melabuhkan tirainya dengan kemenangan berpihak kepada peserta dari negara Afrika Selatan.


Pertandingan Ratu Cantik Miss Eco International 2020 baru sahaja melabuhkan tirainya dengan kemenangan berpihak kepada peserta dari negara Afrika Selatan.

Tetapi, bukan itu yang menggemparkan media sosial, sebaliknya adegan yang tidak diingini di pentas pertandingan itu yang lebih menyerlah. Sementelah lagi ia membabitkan peserta dari Asia Tenggara, yakni Indonesia dan Thailand.



Semuanya gara-gara kedua-dua ratu tersebut tidak boleh berbahasa Inggeris.


Dalam sebuah video di aplikasi TikTok menunjukkan Miss Eco Indonesia menggunakan khidmat penterjemah dalam sesi ujian IQ. Malangnya, dia gagal memberikan jawapan lancar sehinggakan penterjemah dilihat terkial-kial mengalihnya ke dalam bahasa Inggeris.

Ianya membuatkan netizen berasa kasihan dengan peserta dan juga penterjermah. Salah siapa?



Foto :Tik Tok

Tidak hanya Indonesia, Miss Eco Thailand turut berhadapan masalah serupa. Lebih parah, dia meminta juri mengulang soalan hingga pengacara terpaksa menjelaskan soalan tersebut.

Penterjemah pula akhirnya memberikan jawapan dalam bahasa Arab. Cacamarba!



Netizen dari negara masing-masing turut memberikan ulasan bahawa ianya bukan salah penterjemah, tetapi mengapa Ratu Cantik tidak boleh berbahasa Inggeris, kata International?


Foto : Tik Tok

Selain mempersoalkan kriteria peserta yang tidak boleh berbahasa Inggeris, penganjuran juga tidak berada di tahap yang sepatutnya.

Sebagai info, ujian IQ diadakan kepada Top 10 peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir dan Malaysia tidak tersenarai.

Bagaimanapun, Malaysia menjadi pemenang Miss Eco International 2019 menerusi Amy Nur Tinie Abdul Aziz.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah ianya juga publisti hingga ramai yang memperkatakan pertandingan ini? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 7-4-2021 03:06 PM
bkn salah translators tu {:handsome
Quote sharlenetexas 7-4-2021 03:14 PM
Satu je nak tanya. Tulen ke?

Quote Cari-Azza 7-4-2021 03:48 PM
sharlenetexas replied at 7-4-2021 03:14 PM
Satu je nak tanya. Tulen ke?




Tulen dik non, ini yang real punya


Quote Normabaru 7-4-2021 04:25 PM
Bimbo classic example
Quote Artemesiaa 7-4-2021 05:28 PM
Patut kena letak syarat tambahan kena pandai berbahasa inggeris
Quote Mulotkoyak 7-4-2021 06:14 PM
Masalahnye translator pun xfhm ape miss dikrg nk sampai kan.. Jenuh nk susun ayat uols... Nk bg elok. Padahal miss die pun berteraburan cakapan nya. So salah diorg laaa
Quote HuoJingJue 7-4-2021 07:02 PM
Penterjemah pula akhirnya memberikan jawapan dalam bahasa Arab. Cacamarba!


sekali dia cakap Arab daaaa
Quote kivio 7-4-2021 08:23 PM
Dua-dua pun bukan salah translator, miss tu apa-apa kene la pandai engles.
Quote Carcosa 7-4-2021 10:25 PM
Miss miss tu pun ckp tah hapa2. Thai tu yelah, kita tak faham apa dia goreng. Tapi si Indon tu, tah hapa dia ckp main sebutttt je perkataan yg terlintas. Translator plk ala2 amatur. Lupa dah perkataan apa yg ckp mula2  {:childlike
Quote SayaSayangMama 7-4-2021 11:08 PM
Sebenarnya perempuan tu yg jawab bukan bukan. Berbelit belit. Klu aku jd traslator pun xtau nk ckp mcmana. Aku tgk translator tu jawab ikut knowledge dia sendiri bukan translate jawapan tah pape ratu indonesia iteww
Quote kakakpositifker 8-4-2021 09:57 AM
Hahahahahahahahahahahahahahahaha

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049838 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top