CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Malu Sendiri Nak Seksi" - Abby Abadi Kongsi Rahsia Anak Tutup Aurat Seawal Usia

7-4-2021 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10884| Komen: 59

Description: Pelakon, Abby Abadi ada berkongsi beberapa kaedah bagaimana dia mendidik anak-anak peremuannya untuk sentiasa mendekatkan diri dengan agama dan mementingkan mengenai aspek penjagaan aurat.
Pelakon, Abby Abadi ada berkongsi beberapa kaedah bagaimana dia mendidik anak-anak peremuannya untuk sentiasa mendekatkan diri dengan agama dan mementingkan mengenai aspek penjagaan aurat.

“Didikan awal. Kenalkan anak perempuan kita dengan ALLAH sejak bayi lagi. Ada yang tanya pada saya macam mana saya didik anak-anak boleh bertudung/menutup aurat seawal usia.



“Serba sedikit yang saya boleh kongsikan, jika nak anak perempuan kita berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sebagai Umat ISLAM perkenalkan ALLAH kepada anak kita seawal baby lagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abby turut menasihati para ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak mereka dengan cara pemakaian yang sopan agar perkara tersebut menjadi kebiasaan

“Ajar anak kita untuk memakai baju berlengan panjang. Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri untuk berpakaian seksi.



Kredit foto: IG Abby

“Menutup aurat /Bertudung boleh mula ajar anak untuk bertudung sedari kecil, tiada masalah tapi jangan terlalu memaksa,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, Allah akan sentiasa permudahkan jalan sekiranya para ibu bapa tidak berhenti berusaha untuk memberikan didikan yang terbaik buat anak-anak mereka



Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluah rasa syukur selain turut berterima kasih buat Abby diatas perkongsian tersebut.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaygirl 7-4-2021 03:31 PM
Anak dia y Marissa ni memang lawa betul kan. Muka lembut je. Cantik!
Quote winky1 7-4-2021 03:40 PM
After surgery should look smaller
Quote sally03tomato 7-4-2021 03:51 PM
Kenapa abby nampak macam erra n anak dia macam neelofa..
Quote uori 7-4-2021 03:55 PM
abby ni zaman dia dgn zul esbok dulu, si esbok tu kaciak sungguh
Quote susukambingbest 7-4-2021 04:02 PM
Pic bwh skli tu dah knapa amik pic mcm tu. Kak baiyah ni dduk mcmna? Peha sheol ke yg sluar warna cekelat tu? Sori lari tajuk
Quote opie5662 7-4-2021 04:02 PM
Tp abby skrg pandai dh pakai suar ketat... Haha
Quote dewimalam78 7-4-2021 04:06 PM
Anak dia marissa make up tebal. Sayang umur baru 15tahun. Selalu nampak kelibat boyfriend dalam byk acara family.
Anak ai memangvtak bagi boyfriend girlfriend waktu sekolah. Ko pi la main bola petang2..aagitchieww
Quote longblackhair 7-4-2021 04:07 PM
opie5662 replied at 7-4-2021 04:02 PM
Tp abby skrg pandai dh pakai suar ketat... Haha

Kan... Da kurus chuolsss.. Harusla tunjuk peha dah kecik
Quote NazRysha 7-4-2021 04:07 PM
sembang lah ko bakyah
jauh lagi perjalanan anak ko tu
tup2 nanti anak ko tu bukak tudung mana ko nak letak muka
Quote kucim 7-4-2021 04:32 PM
Tutup sana sini pon tp tergedik2 tayang muka segala mcm kegedikan tak guna juga...fungsi menutup aurat ni bukan sekadar tutup seluruh badan...sekian choiiiii3
Quote kucim 7-4-2021 04:33 PM
NazRysha replied at 7-4-2021 04:07 PM
sembang lah ko bakyah
jauh lagi perjalanan anak ko tu
tup2 nanti anak ko tu bukak tudung mana ko n ...

Tu namanya poyos.....
Quote lyshafull 7-4-2021 04:39 PM
bakpe tutup aurat pakai tudung tpi ade pakwe rajin gak pi dating tang tu x rasa maluuu ...
Quote makcun14 7-4-2021 05:23 PM
Melampaunya filter gambar first tu. Bajet muka runcing ke noks
Quote prettyuglybabe 7-4-2021 05:29 PM
anak hang belum lalui fasa rebel lagi bakyah..
belum rasa jauh dari mak bapak and bebas berkawan..
hang tunggu dia sampai ke fasa tu..
masa tu la anak-anak depan mak pak lain belakang mak pak bukan main..
Quote annadonna 7-4-2021 05:54 PM
Jangan cakap dulu Abby. Anak ko mentah lagi. Dia pakai tudung sebab ko suruh. Engko sendiri dah tua ganyut baru pakai tudung.
Quote Reira77 7-4-2021 06:17 PM
prettyuglybabe replied at 7-4-2021 05:29 PM
anak hang belum lalui fasa rebel lagi bakyah..
belum rasa jauh dari mak bapak and bebas berkawan..
...

Tu lah mcm awal lagi je utk claim itu ini. Anak dia belum smpai fasa nak try semua benda. 15 tu muda sangat lagi, period pun belum tentu dah regulate. Chill chill sudah.
Quote makadek 7-4-2021 07:01 PM
sally03tomato replied at 7-4-2021 03:51 PM
Kenapa abby nampak macam erra n anak dia macam neelofa..

Laaa igt mata aku je..erra tu ye..nelopa tu dak lah
Quote pokokbunga 7-4-2021 07:03 PM
Tapi mmg anak dia si dania tuh mcm bebas jer ber boifren, klu haku takde nya nk kasi muka time2 umur camnih nak bagi anak ber boifren
Quote katnissE 7-4-2021 07:08 PM

Kalau orang tanya jawab Alhamdulillah je lah Abby.
Long way to go.

Itulah, tak gemar jugak anak dengan boyfriend selamba je mak mak dan bapak bapak ni 'open minded' konon.
Tapi kalau orang tanya tentang tu pun mesti ada je jawapan ala ustazahnya.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.068193 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top