CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesi Sekolah Dua Jam Je

7-4-2021 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1749| Komen: 0

Description: Sesi persekolahan secara bersemuka di bandar raya ini yang bermula hari ini sehingga 29 April depan hanya dibenarkan berlangsung selama dua jam sahaja.
Sesi persekolahan secara bersemuka di bandar raya ini yang bermula hari ini sehingga 29 April depan hanya dibenarkan berlangsung selama dua jam sahaja. 

Lapor Kompas.com, bilangan pelajar juga dihadkan hanya 16 orang dalam satu kelas serta dibahagikan kepada dua sesi iaitu dari pukul 7 hingga 9 pagi dan 10 hingga 12 tengah hari waktu tempatan. 


Selain itu, hanya subjek teras seperti Matematik dan Bahasa Indonesia yang diajar, manakala, mata pelajaran lain diajar secara dalam talian. 



Polisi itu selari dengan keputusan kerajaan membenarkan sesi persekolahan berlangsung semasa pandemik Covid-19. Bagaimanapun, pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa dan hanya sekolah terpilih di Jakarta sahaja yang dibenarkan melaksanakan sesi tersebut. 

Ketua Pendidikan II, Jakarta Tengah, Uripasih berkata, setiap sekolah mesti melalui penilaian dan memenuhi kriteria ditetapkan seperti larangan membasuh tangan di sinki. 


“Pihak sekolah juga perlu bekerjasama dengan fasiliti kesihatan terdekat sekiranya terdapat pelajar yang sakit semasa di sekolah. 

“Sekiranya ada pelajar yang sakit, mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah, sebaliknya perlu ke hospital atau pusat kesihatan terdekat,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037421 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top