CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Capal Nabi Jadi Hiasan Dinding Surau, Cinta Ke Bidaah Ni?

7-4-2021 09:16 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4190| Komen: 9|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Pelbagai isu panas berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) melingkari Malaysia ketika ini, namun perkara nan satu ini melangkaui cerita SOP semata-mata.



Pelbagai isu panas berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) melingkari Malaysia ketika ini, namun perkara nan satu ini melangkaui cerita SOP semata-mata.

Bermula dengan kekecohan lambang capal nabi menjadi hiasan dinding sebuah pusat pengajian (madrasah) di negeri Perak, kemudiannya tular di media sosial hingga mendapat perhatian banyak pihak.

Ramai yang berpendapat ianya keterlaluan kerana seolah-olah mengagungkan benda dengan alasan agama, namun satu pihak lagi menidakkan anggapan tersebut.

Betul ke salah?


Foto : Twitter

Dikatakan lambang capal nabi itu dilekatkan untuk menunjukkan rasa kecintaan dan kasih sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan kononnya mufti mesir telah memberi pendapat tiada salahnya mengenai hiasan tersebut.


Foto : Twitter

Bagaimanapun, ramai yang membantah kerana bimbang simbol tersebut akan bertukar menjadi alat suci seperti salib hingga menimbulkan rasa taksub kepada barang.


Foto : Twitter

Akhirnya akaun Twitter Mufti Wilayah Persekutuan membuat ciapan berkenaan isu ini. Ianya harus ditimbang tara sebaik-baiknya dan berbeza hukumnya mengikut lokasi.


Foto : Twitter

Ada yang berpendapat hanya orang Melayu sahaja yang taksub dengan barangan Nabi seperti capal Nabi ini. Betul ke? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 7-4-2021 09:23 AM
Aku dok fikir dari semlm yg dok back up capal ni.. Awat cinta pada Rasullalah saw hanya boleh dizahirkan dgn tgk capal sajork ka?

Ka otak aku dah teruk kena getah.
Quote reddots 7-4-2021 09:48 AM
aku pernah kena tarbiyah leh sorang 'ukhti',  sebab tanya apa benda lah yang ko pi letak sticker benda ni kat dalam kreta, gantung kat cermin,  tampal kat pintu minyak, pastu pin tudung pun dengan benda ni...

panjang dia tarbiyah aku.. kata aku tah uptodate dgn perkembangan islam la apa lah..
dlm ati aku waktu tu, pelik nya.. dah kenapa korang nak berdakwah kaitkan benda2 mcm tu,dah menuju syirik dah tu..

so, semalam benda ni baru nak hot2 kat  newsfeed fb aku.. terus aku share..harap 'ukhti' tu baca la, sbb aku pun tau, dia mmg boleh nampak benda2 yang aku share. harap dia paham la apa yang pernah aku sampaikan dulu, dan dia ngaku dia slah.. jgn mcm lopa, ego tinggi.

smlm, masa scroll komen2 org tu, ada 1 komen aku terkesan dan menyebabkan aku terus tekan share.
1 komen tu kata, nanti lama2 org akan percaya gmbr capal tu seolah2 lambang islam. sama lah mcm lambang salib tu. . org akan agung2kan lambang capal mcm org xtian agung kan lambang salib--lebih kurang mcm ni lah... and aku harap sangat 'ukhti' tu baca la komen2 yang lain.

Quote tikusmontok 7-4-2021 10:26 AM
astaghafirullah...dah korang solat mengadap selipar tu dah kenapa?
Quote johan-adx 7-4-2021 11:03 AM
tikusmontok replied at 7-4-2021 10:26 AM
astaghafirullah...dah korang solat mengadap selipar tu dah kenapa?

sbnrnya kita solat bkn menghadap apa2 yg didepan...tak slh letak objek didepan..TAPI bergantung pd niat..
jika sekadar hiasan tak slh pun.jgn taksub dan anggap ada keramat ke sakti ker..

Quote tikusmontok 7-4-2021 11:05 AM
johan-adx replied at 7-4-2021 11:03 AM
sbnrnya kita solat bkn menghadap apa2 yg didepan...tak slh letak objek didepan..TAPI bergantung pd ...

nak buat hiasan dinding pun letak la sebelah lain
Quote Crystars 7-4-2021 01:01 PM
kenapa letak capal? capal kan alas kaki, adakah alas kaki tu sesuatu yg mulia hingga diletak atas kepala mcm lobai2 tampal kat kopiah?
Quote printercomel 7-4-2021 01:21 PM
Ni semua fahaman Brelwi

https://www.facebook.com/380401135364937/posts/4790598071011866/?d=n

Sesat.
Quote BoongaKertas 7-4-2021 03:33 PM
pihak majlis agama negeri kata apa? apa tindakan yg seterusnya kalau dah taksub lagu ni.
Quote Cari-Azza 7-4-2021 03:47 PM
BoongaKertas replied at 7-4-2021 03:33 PM
pihak majlis agama negeri kata apa? apa tindakan yg seterusnya kalau dah taksub lagu ni.


Tak pasti pula, tapi pihak stesen TV Al-Hijrah dah pi interview dah.


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.043404 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top