CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kagum dengan "jiwa besar" Anwar Ibrahim, Afdlin Shauki sertai PKR

31-3-2021 01:33 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8008| Komen: 49

Description: Ramai dikalangan selebriti memilih untuk tidak terlalu menonjol menunjukkan minat mereka dalam dunia politik atas sebab tertentu.
Kredit foto : Instagram



Ramai dikalangan selebriti memilih untuk tidak terlalu menonjol menunjukkan minat mereka dalam dunia politik atas sebab tertentu.

Namun ada juga yang terus membabitkan diri dalam dunia politik dan secara terus terang melontarkan kecenderungan dan pendapat secara terbuka terhadap sesuatu parti.

Antara beberapa selebriti yang cukup dikenali dan pernah mewarnai arena politik tanah air adalah Aishah, Dira Abu Zahar, Herman Tino, Datin Anne Ngasri, Azwan Ali dan ramai lagi.

Terkini, Datuk Afdlin Shauki pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan harapan dapat berkhidmat kepada masyarakat.

Menurut Adflin, PKR yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Nilai perjuangan dan semangat kental Anwar sebagai pemimpin juga banyak mendorong beliau untuk mendekati rakyat. 

Tambahnya lagi, jiwa besar dan dedikasi Anwar dalam perjuangan politik di sebalik jerit perih yang dilalui juga banyak mencetus keinsafan dalam diri.

"Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.

"Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui. Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR," kata Afdlin kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Pengumuman penyertaan Afdlin dan penyanyi Altimet dalam PKR akan diumumkan oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam acara Temu Anwar pada 1 April ini di sebuah hotel di Ampang.

Kata Afdlin, keputusannya menyertai PKR selepas pernah berjuang di bawah parti UMNO semuanya atas kemahuan dirinya sendiri.

"PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.

"Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada," kata Afdlin lagi.


Untuk info, selebriti yang terjun di dalam dunia politik tidak hanya di Malaysia, bahkan di luar negara jumlahnya lebih ramai. Jadi tak ada apa yang pelik pun.

Apa pun pandangan dan reaksi orang ramai tentang penglibatan selebriti dalam dunia politik, yang pastinya semua orang mengharapkan perjuangan yang dibawa itu biarlah dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat. Betul tak?


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 31-3-2021 01:40 PM
"Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.




siapa yang memenjarakan dia. atok ke?  kiranya dia memang tak bersalah ke walaupun angkut tilam ke hulu ke hilir sebelum ni  
Quote Qwertyuiop2019 31-3-2021 01:46 PM
Iye iye je lahhhh korg ni.
Quote watatakut 31-3-2021 01:50 PM

adoi lawak apa ni. dah kalau betul tak bersalah tak kan masuk penjara. bukan calang2 orang...semua kawan lawyer power2 apa
Quote watatakut 31-3-2021 01:51 PM
tak kan atuk pitenah pulak kan
Quote lipans 31-3-2021 02:00 PM
Kalau tak kerana dijanjikan jawatan PM, takdenye dia nak bagitau dia "maafkan".
Quote Punat_button 31-3-2021 02:05 PM
dengarnya buka jiwa sahaja yang nalla, eh besar


Quote Belibis 31-3-2021 02:08 PM
Otak ko masih dikunci era 90an ke??
Quote Noraniza_Iblis 31-3-2021 02:10 PM
si gemok gundu ni dgn harapan ,dorg nk kasi ko bertanding ke?
Quote dess402 31-3-2021 02:15 PM
Mopiko replied at 31-3-2021 01:40 PM
siapa yang memenjarakan dia. atok ke?  kiranya dia memang tak bersalah ke walaupun angkut ti ...

Tang tilam tu jangan tanya ..  kira hina makhamah .
Quote dess402 31-3-2021 02:17 PM
Kita  paham. ..  dah dekat2 ni ramai yg minat nak jadi calon .


Quote isbritneybich 31-3-2021 02:18 PM
lama nya nak terbuka, dia dah lama maafkan kot haha

support lgbtq rupanya. takkan terkesima dengan kebesaran anu war seperti dibuktikan dalam video hitam putih tivoli villa?
Quote tompie 31-3-2021 02:20 PM
silap timing bro..
aku rase partai ni yang mcm dah takda halatuju.
Perjuangan nak bebaskan anwar dah dapat pun.

Tapi kalau sebab nak jawatan mungkin waktu yang sesuai, sebab ramai dah takde. haha
Tapi syok sendiri je ah
Quote rastaf 31-3-2021 02:29 PM

dulu ya aura bang non memang kuat. zaman reformasi dulu. tapi sekarang....mmmm   
Quote dess402 31-3-2021 02:35 PM
Edited by dess402 at 31-3-2021 02:36 PM
isbritneybich replied at 31-3-2021 02:18 PM
lama nya nak terbuka, dia dah lama maafkan kot haha

support lgbtq rupanya. takkan terkesima denga ...


Depa main pun dekat tempat parking ..  lagik nak tanya cctv .



Quote rikiruj 31-3-2021 02:36 PM
tompie replied at 31-3-2021 02:20 PM
silap timing bro..
aku rase partai ni yang mcm dah takda halatuju.
Perjuangan nak bebaskan anwar d ...

semua parti melayu dah takde hala tuju... nak gerak solo tak cukup kuat, nak kerjasama ahli pulak berbelah bahagi.. ada yg pro kerjasama parti u, parti b, parti p dan parti pk.. kalau proceed jugak parti sendiri berpecah.. tu lah nasib parti orang melayu.  Depa bukan kesah pun pasal orang melayu, depa kesah nak kuasa je..
Quote Johi 31-3-2021 02:37 PM
Edited by Johi at 31-3-2021 02:41 PM

Tak boleh belah rancangan lawak spontan ciptaan dia  di Astro, cam syok sendiri je tak lawak pun, baik Lyn Bell ngasri edisi khas lagi berfaedah
Quote anakjiran 31-3-2021 02:41 PM

nak jadi wakil rakyat ke tu. politik malaysia dah caca merba aku tengok. macam2 penjuru.
lompat sana lompat sini. dah tak macam dulu
Quote 3480 31-3-2021 02:43 PM
Kan geng dia nk jd calon pkr ampang.. dia pon nk join la..

Dulu dia ahli pas kan ?
Quote MelahJanda 31-3-2021 02:51 PM
setuju. Anwar Ibrahim adalah negarawan sebenar.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.135176 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top