CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shima Dah Kurus, Semakin Hari Semakin Cantik

22-3-2021 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2765| Komen: 3

Description: Penyanyi Shima, 52, berjaya menurunkan berat badan daripada 85 kilogram (kg) ke 48kg hingga penampilan terbarunya mendapat perhatian pengikut dan peminat di laman sosial.
Penyanyi Shima, 52, berjaya menurunkan berat badan daripada 85 kilogram (kg) ke 48kg hingga penampilan terbarunya mendapat perhatian pengikut dan peminat di laman sosial.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman berkata, dia berjaya menurunkan berat sebanyak 37kg dalam tempoh setahun selepas mengamalkan diet pemakanan sihat.

Menurut Shima, masalah slipped disc memaksa dirinya untuk mengubah gaya hidup.


Kredit foto: Harian Metro


"Pada 2019, saya ada slipped disc dengan berat badan 85kg. Jadi, saya terpaksa turunkan berat sebab sudah terlampau sakit. Apabila buat pemeriksaan darah dan penyakit lain, doktor menasihati saya untuk mulakan penjagaan pemakanan. Alhamdulillah, saya tiada masalah darah tinggi dan kencing manis.


"Memandangkan saya memiliki rangka kecil, jadi kalau tidak buat apa-apa memang akan menjadi lebih teruk. Disebabkan itu saya berusaha. Mahu atau tidak dan sebab fikir kesihatan, saya buat secara perlahan-lahan. Bukan sebab nak cantik pun.

"Doktor memberi nasihat cara pemakanan yang sesuai dengan kumpulan darah saya. Saya ikut semua. Cuma tidak boleh buat senaman sebab slipped disc. Alhamdulillah sekarang berat kekal antara 48 hingga 50kg. Ia adalah berat asal saya dulu," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shima, dalam tempoh enam bulan pertama, dia tidak mengambil nasi, gula dan hanya makan sayur-sayuran.

"Memang 'sakit' juga, tapi hasilnya berat saya turun daripada 85kg ke 75kg. Pada November tahun lalu berat saya sudah mencecah 48kg. Selepas itu, saya cuba kekalkan. Sekarang pun saya hanya gunakan gula merah. Makan nasi pun jarang dan jika ambil pun segenggam saja.

"Saya tak mampu sediakan makanan diet yang mahal. Saya hanya makan sayur, telur, ikan dan sumber protin lain. Saya nak sihat saja, tapi tidak ada jalan pintas. Ini pengalaman sendiri. Disiplin kena kuat. Semuanya saya masak di rumah sebab senang nak kawal," katanya.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya sekarang, Shima berkata, dia sudah tidak mengalami masalah sakit tumit dan lutut.

"Slipped disc masih ada. Cuma apabila berat badan berkurangan, sakit tumit dan lutut tak ada lagi. Perjalanan dan pengalaman ini saya kongsikan di saluran YouTube saya yang mengandungi lima episod," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pauhnaga 22-3-2021 11:18 AM
Wahhhhh terus nampak muda..
Quote slyfynx 22-3-2021 11:26 AM
Yesssss.... wartawan cari dgn thread siaran ulangan
Quote pittjie 22-3-2021 11:42 AM
ko nak bukak thread boleh tak tengok dulu topik tu dah ada ke belum? mcm sengal tau wartawan macam ni. kalau aku malu nak ngaku aku wartawan... bergaji tapi buat berita pun berita org dah bukak dulu.


https://mforum1.cari.com.my/foru ... &extra=page%3D1

nah aku bagi link.


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.048500 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top