CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ingatkan Dah Bersalin, Nad Zainal Naik Ambulans Sebab Kena Simpul Biawak!

22-3-2021 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5223| Komen: 23

Description: Pelakon Nad Zainal terpaksa menerima rawatan kecemasan dan dibawa pulang menaiki ambulans selepas selesai majlis pelancaran sebuah produk di Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Pelakon Nad Zainal terpaksa menerima rawatan kecemasan dan dibawa pulang menaiki ambulans selepas selesai majlis pelancaran sebuah produk di Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin yang sedang hamil lapan bulan berkata rawatan itu diberikan selepas dia tiba-tiba mengalami kekejangan pada kaki.


"Sebelum insiden naik ambulans, sebenarnya Nad kalau start malam, kaki mudah kena simpul biawak.

"Semasa dalam ambulans tu pasukan perubatan urut-urut kaki untuk kurangkan kekejangan dan selepas reda saya dibawa pulang ke hotel... mungkin sebab sejuk dalam dewan itu.

"Yang Whatsapp tanya dah bersalin tu? Belum... baby okay! Kaki saya semalam masa sidang media dah mula kejung, itu yang duduk je nasib baik ada pasukan perubatan. Semuanya okay, tak ada apa-apa!

"Pertama kali naik ambulans... sempat borak apa fungsi single siren dengan double siren tau, sempat ambil ilmu," katanya.


Foto: mStar

Dalam rakaman yang dikongsi pengguna laman sosial itu, Nad dilihat berbaring di atas katil dan ditolak menaiki ambulans yang menunggu di luar bangunan.

Nad, 30, sebelum itu dilantik menjadi duta produk pembelajaran untuk kanak-kanak, MommyHana bersama seorang lagi pelakon iaitu Amyra Rosli.

Ditanya mengenai persediaan kelahiran anak kedua, Nad berkata dia sudah memilih nama yang sesuai untuk bayi tersebut.

Foto: IG

"Dah sarat ni biasalah letih-letih... anak kedua ini lebih cepat penat! Ini majlis terakhir, penggambaran semua pun dah stop.

"InsyaAllah, 30 Mac ini dimasukkan ke hospital... nama semua dah ada, tapi tunggu seminggu lahir baru kita umum. Jantina pun tunggu bila sudah lahir nanti!" ujarnya.





Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan anak lelaki bernama Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 22-3-2021 12:19 PM
Kesiannya. Dah nak hujung2 trimester mesti rasa macam "gajah" kan? Duduk xkena, baring xkena, serba serbi x kena. Iouls masa dah nak beranak tu pakai selipar pon sakit sebab jenis bengkak kaki, kat ofis iouls lenggang2 barefoot je tapi kalau nampak boss cepat2 sarung kasut. Bab cramp ni jangan cerita la, bila dah kena terus x boleh tido sampai pagi
Quote AKAZ85 22-3-2021 12:49 PM
Walaupun xpreggy tapi kakyung tau rase simpul mengkarung tu... Sekali kena tuhan je yang tau sakit dia.. Nak elok sampai makan hari
Quote rajamoney 22-3-2021 12:51 PM
simpul biawak

atau dikenali sebagai tarik mengkarung
Quote skinsandstars 22-3-2021 12:56 PM
azimodin replied at 22-3-2021 12:19 PM
Kesiannya. Dah nak hujung2 trimester mesti rasa macam "gajah" kan? Duduk xkena, baring xkena, serba  ...

I feel you sis
Quote shahirakay 22-3-2021 01:00 PM
aku dulu pun hari-hari kena simpul biawak ni. dah la laki takdak, pjj. salah bergerak sikit pasti kejang. kadang dalam satu malam tu dua tiga kali jadi simpul biawak. kawan aku yang merupakan seorang misi bagi satu tips yang aku rasa sangat berguna. setiap kali mai simpul biawak tu, sambil baring tu angkat kaki tekan kat dinding kuat-kuat. sat ja otot tu akan lembut balik.
so time preknen ni, kalau kerap kena simpul biawak tu rapatkan lah katil ke dinding ye. huhuhuhu.


semoga berguna lah je tips ni.

Quote diss69 22-3-2021 01:11 PM
Teruk jugak tu smpai naik ambulance.. Tau cmna sakitnya bila kena..
Quote adaakukesah 22-3-2021 01:13 PM
Makin cantik pulak dia ni. Tapi selalu tersilap dia dengan Kaka. Laki dua dua lebih kurang ya muka.
Quote nipskacang 22-3-2021 01:14 PM
Adoi sakit oi simpul biawak ni
Quote buapakperut 22-3-2021 01:36 PM
first time dengar simpul bewak,dah 2kali beranak .. bewak hidup tau la
Quote Peaches113 22-3-2021 01:42 PM
take care nad. sejuk kot tu dapat simpul biawak
Quote missHaidiD 22-3-2021 01:50 PM
Kalau kena tgh tido bole terbagun. Dia pnye sakit tuhan je yg tau
Quote naina 22-3-2021 01:55 PM
Haha dia punya tarik tu time kena mmg blh kejangla.. Aku time prrgnant jarang kena. Ada sekali dua hujung2 trimester. Klu nak menggeliat je mmg kena.. Kdg terlupa aku nak geliat terus liat urat aku.
Quote kiah_mai_pulak 22-3-2021 01:56 PM
dh tu nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?
Quote 3chanceno 22-3-2021 01:58 PM
missHaidiD replied at 22-3-2021 01:50 PM
Kalau kena tgh tido bole terbagun. Dia pnye sakit tuhan je yg tau

Iya benar..sakit ya amat
Quote Trumpettt 22-3-2021 02:00 PM
Lor..kena simpul biawak pun ada thread...
Quote prettyuglybabe 22-3-2021 02:03 PM
benci betul kalau bangun pagi sedap-sedap menggeliat tetiba kaki cramp..
boleh hilang mood satu hari
Quote dudaberhias 22-3-2021 02:07 PM
kesiannya nad... tapi dalam2 tu dia masih tunaikan amanah yach untuk majlis pelancaran produk tu...
moga cepat la sembuh kekdahnya...

k bye..
Quote JalaEmas 22-3-2021 09:24 PM
pergh.. penah kena mase ngndung second baby..yg first steady lg, bdan fit.. masuk second simpul bewak, tergeliat urat sana sini...huu
Quote boojaat 22-3-2021 09:42 PM
Petua i, kalau start preggy, kalau tidur letak kaki atas bantal or letak selimut tinggi2. Biar kaki tggi dr bdn sikit. 2 kali preggy, 2 kali xda masalah kejang

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057443 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top