CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Memang Ada Berhijab Tapi Hati Busuk," -Marsha Milan Tak Kisah Watak Antagonis Bertudung

22-3-2021 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3700| Komen: 9

Description: Pelakon Marsha Milan memberitahu dia tidak mempunyai sebarang isu untuk menerima watak antagonis bertudung biarpun terdapat segelintir aktres yang enggan melakukannya.
Pelakon Marsha Milan memberitahu dia tidak mempunyai sebarang isu untuk menerima watak antagonis bertudung biarpun terdapat segelintir aktres yang enggan melakukannya.

Menurut Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, 36, apa yang dilakukan itu hanya lakonan semata-mata dan percaya ia tidak menggambarkan mana-mana pihak.


Kredit foto: mSstar

"Itu pilihan masing-masing sekiranya ada mana-mana pelakon yang enggan membawakan watak antagonis bertudung.

"Bagi Marsha, kita kena fikir daripada sudut lakonan... mungkin dalam dunia realiti, ada orang yang berhijab tetapi hati busuk tapi kita tidaklah potretkan itu.

"Marsha cuma lakukan watak ini dengan jayanya mengikut seperti mana yang dikehendaki pengarah," katanya kepada mStar.


Marsha melakonkan watak antagonis seorang wanita bertudung labuh bernama Nurul Huda dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang turut dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose.



Sepanjang kerjaya dalam bidang lakonan, watak ini merupakan kali pertama yang memerlukan Marsha untuk mengenakan hijab yang pastinya turut mempunyai cabarannya yang tersendiri.

"Watak yang saya lakonkan dalam drama ini memang sama sekali berbeza dengan karakter sebenar saya.

"Susah saya nak maintainkan bentuk tudung sebab saya seorang yang hyper. Susah nak buatkan tudung tu bertahan lama dalam set, selalu senget, owning jatuhlah.

"Mungkin sebab saya belum biasa berhijab... jadi agak sukar biasakan diri untuk sentiasa kelihatan kemas," ujarnya.



Pelakon kelahiran Sabah ini juga sudah bersedia sekiranya wataknya itu dikecam netizen.

"Sudah lama saya tidak bawakan watak antagonis... paling-paling watak hantu, gila-gila dan kelakar.


"Jika saya dikecam maknanya watak yang saya bawakan menjadi. Saya anggap ia merupakan suatu kejayaan dari sudut membawakan watak Nurul Huda," katanya.

Rindu Awak Separuh Nyawa yang diarahkan oleh Along Kamaludin bakal ditayangkan bermula 23 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BicaraHatiku 22-3-2021 11:35 AM
Hijab sekadar uniform
Quote salmon-suki 22-3-2021 11:43 AM
Mmg skrg ni nak bt watak jahat kena pakai tudung ek?tp sokay laa,hijaboobs dgn y bet2 menutup aurat kerana Allah,mmg brbeza pn perangai..y penting ai lama dh xlayan drama tmpatan sbb recycle plot sama jah.. bosannnnn..
Quote oggy 22-3-2021 07:39 PM
Teringat watak Ummi Nazeera dalam drama Nur Kasih dulu. Muka baik innocent bertudung tapi tu diaaa dalang lah. Suka betul aku watak dia tu.
Quote rajamoney 22-3-2021 08:06 PM
marsha ni forumer ke?

baidewei eniwei

kalau da hati busuk tk kira apa ko pakai

busuk le jugak hatinya
Quote kakakpositifker 22-3-2021 08:25 PM
Memang betul pun
Quote dudaberhias 22-3-2021 08:30 PM
memang betul pun...
tudung bukan bermakna orang tu baik... lagi2 jejan melayu acah2 nak tegur orang punya aurat tapi main bola seluar pendek sekarang suka guna agama dan aurat sebagai titik untuk menghina/komen pompuan, artis, public figure... dah itu yang dorang nak... asalkan bertudung... hati busuk ke wangi ke scammer ke tu kira tepi... agama harus di bentuk dari dalam, bukan sekadar luaran... kalau gigih nak tegur luaran sahaja gini la jadinya...
Quote supermum 22-3-2021 09:40 PM
Ada sorang artis aritu cakap taknak bawak watak jahat bertudung. Watak ni la kot
Quote cmf_premierleag 26-12-2022 02:08 PM
in reality, mmg ada je yg bertudung ni busukkkkkk hati
dengki dgn org lain dan fefeling org lain jeles dgn dia padahal dia tu swimming pun x reti lgsg
Quote pearl.silver 26-12-2022 02:09 PM
I mcm xperasan apa2 drama yg marsha penah berlakon?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056786 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top