CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Jepun Luluskan Cuti 10 Hari Bergaji, Raikan Artis Idola Kahwin Atau Bersara

22-3-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1834| Komen: 3

Description: Tokyo: Sebuah syarikat di Jepun menawarkan cuti khas bergaji kepada pekerjanya apabila artis idola mereka berkahwin atau bersara.
Tokyo: Sebuah syarikat di Jepun menawarkan cuti khas bergaji kepada pekerjanya apabila artis idola mereka berkahwin atau bersara.

Pengasas dan Presiden Hiroro, Shizen Tsurumi mengumumkan inisiatif terbaharu syarikatnya itu di Twitter.


Memetik laporan Sora News 24, sistem itu digelar Sistem Percutian Oshi melayakkan pekerja mengambil cuti berbayar selama 10 hari apabila idola mereka bersara.

Nana Mizuki

Selain itu, cuti tiga hari untuk persaraan oshi (idola) kategori pertengahan atau bawah.

Mereka juga layak mendapatkan 10 hari tambahan cuti bergaji apabila idola mereka itu, berkahwin.

Pekerja juga mempunyai pilihan membahagikan cuti mereka untuk pengumuman pertunangan mahupun menjelang majlis perkahwinan idola mereka itu.


Laporan itu berkata, Tsurumi mendapat idea melaksanakan sistem baharu itu selepas berlaku dua peristiwa di syarikatnya.

Kejadian pertama ketika seorang kakitangan model kurang fokus dan tidak bekerjasama ketika Nana Mizuki, seorang pelakon dan penyanyi serta artis suara latar kepada anime mengumumkan perkahwinannya.

Kali kedua membabitkan pekerjanya yang lain sedih selepas seorang lagi idola kesayangan mereka mengumumkan persaraan dalam dunia hiburan, sebelum Tsurumi mengarahkan kakitangannya itu mengambil cuti.

Dia kemudian memutuskan secara rasmi melaksanakan inisiatif sistem baharu itu kepada semua pekerjanya.

Sistem ini juga melayakkan pekerja meminta cuti untuk menghadiri konsert idola mereka dan acara pertemuan.

Selain itu, kelulusan segera untuk persembahan saat akhir artis idola mereka yang diumumkan beberapa jam sebelum acara itu berlangsung. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 22-3-2021 09:16 AM
Retis cerai ada cuti bkabong x
Quote rajamoney 22-3-2021 09:40 AM
termasuk pelakon jepenis adaruto bideo ke?

Quote buapakperut 22-3-2021 01:39 PM
ni kalau kat mesia ,mesti ramai ahli kelab peminat natasha huszon

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.162503 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top