CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 Pengemis Dikompaun RM10,000 Kerana Tidak Memakai Pelitup Muka

15-3-2021 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6215| Komen: 58

Description: Sembilan wanita Palauh boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Op Covid-19.
Sembilan wanita Palauh boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Op Covid-19.


Kesemua wanita daripada komuniti Palauh yang berusia antara 17 hingga 41 tahun ditahan ketika melakukan aktiviti mengemis dengan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal dalam satu operasi semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam operasi pemantauan Op Covid-19 yang dijalankan di dua lokasi pada 12 tengahari itu, sembilan wanita dan 25 kanak-kanak daripada komuniti Palauh ditahan.


Kredit foto: Borneo Today


Beliau berkata, operasi itu dijalankan bagi mengesan individu yang meminta sedekah daripada penggua jalan raya tanpa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.


Katanya, operasi tersebut dijalankan di kawasan lampu isyarat berdepan Kedai D.I.Y Bandar Lahad Datu dan di lampu isyarat Bandar Sri Perdan, Lahad Datu.

”Kedua-dua kawasan ini menjadi lokasi utama kegiatan mengemis dalam kalangan suku Palauh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, sekiranya didapati bersalah boleh dihukum denda atau boleh dipenjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Kes turut disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No.3) 2021 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa penjarakan fizikal.

Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali. -CARI

Sumber:Borneo Today
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 14-3-2021 11:27 PM
Terbaikkkk

Quote krustykrab 14-3-2021 11:44 PM
Palauh tu apa? Warga negara ke pati?

Quote Manjahati 14-3-2021 11:50 PM
Kompaun RM10k pada pengemis,,....mcmana nk byr...klu gitu dorang bakal kena penjara ke?
Quote notM 14-3-2021 11:53 PM
Manjahati replied at 14-3-2021 11:50 PM
Kompaun RM10k pada pengemis,,....mcmana nk byr...klu gitu dorang bakal kena penjara ke?


Probably..sebab xda sumbangan pun pada Negara...better dududk dendiam makan free dlm penjara tu.

Anak2 mungkin JKM ambil.
Quote dudaberhias 14-3-2021 11:54 PM
krustykrab replied at 14-3-2021 11:44 PM
Palauh tu apa? Warga negara ke pati?

asal usulnya pati... ada dapat warganegara ic merah ada yang belum ada
Quote Locomoto121 14-3-2021 11:55 PM
krustykrab replied at 14-3-2021 11:44 PM
Palauh tu apa? Warga negara ke pati?

Palauh itu adalah orang bajau laut status warganegara adalah samar samar.
Quote dudaberhias 14-3-2021 11:55 PM
notM replied at 14-3-2021 11:53 PM
Probably..sebab xda sumbangan pun pada Negara...better dududk dendiam makan free dlm penjara tu. ...

tu la... omg ingat lagi kes mencanak naik kat lahad datu haritu pun dari penjara... harap2 dorang kuarantin dulu pati2 ni..
Quote notM 14-3-2021 11:58 PM
Edited by notM at 15-3-2021 12:10 AM
Locomoto121 replied at 14-3-2021 11:55 PM
Palauh itu adalah orang bajau laut status warganegara adalah samar samar.


Dalam masyarakat Bugis...Bajau Laut atau To Bajo atau Sama' atau Samah ni salah satu dari 12 anak suku dibawah Payung di Luwu'.

[youtube]_vZhUf_E1L0[/youtube]
Quote Manjahati 15-3-2021 12:07 AM
notM replied at 14-3-2021 11:53 PM
Probably..sebab xda sumbangan pun pada Negara...better dududk dendiam makan free dlm penjara tu. ...

Tapi ank2 mereka ramai gak tu kena angkut semua
Quote imransulaiman 15-3-2021 12:45 AM
Kawan cakap pengemis-pengemis kat sana ganas! Tak bagi duit, kereta mereka ludah dan ketuk!
Quote CARI-MRO 15-3-2021 09:15 AM
Sembilan wanita Palauh boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Op Covid-19.


Kesemua wanita daripada komuniti Palauh yang berusia antara 17 hingga 41 tahun ditahan ketika melakukan aktiviti mengemis dengan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal dalam satu operasi semalam.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam operasi pemantauan Op Covid-19 yang dijalankan di dua lokasi pada 12 tengahari itu, sembilan wanita dan 25 kanak-kanak daripada komuniti Palauh ditahan.




Kredit foto: Borneo Today





Beliau berkata, operasi itu dijalankan bagi mengesan individu yang meminta sedekah daripada penggua jalan raya tanpa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.


Katanya, operasi tersebut dijalankan di kawasan lampu isyarat berdepan Kedai D.I.Y Bandar Lahad Datu dan di lampu isyarat Bandar Sri Perdan, Lahad Datu.


”Kedua-dua kawasan ini menjadi lokasi utama kegiatan mengemis dalam kalangan suku Palauh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Kes ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, sekiranya didapati bersalah boleh dihukum denda atau boleh dipenjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali.


Kes turut disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No.3) 2021 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa penjarakan fizikal.


Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali. -CARI


Sumber:Borneo Today
Quote SecretLuv 15-3-2021 09:26 AM
Edited by SecretLuv at 15-3-2021 09:27 AM

Kesiannya tgk gambar anak tu{:cryrun Macam mana la dorang nak bayar tu. Dah nama pun pengemis..
Quote Boomibulat 15-3-2021 09:40 AM
SecretLuv replied at 15-3-2021 09:26 AM
Kesiannya tgk gambar anak tu{:cryrun Macam mana la dorang nak bayar tu. Dah nama pun pengemis..

palauh.png
Quote jahcomel 15-3-2021 09:42 AM
Nk byr ngn pe...dh lh diaorg mngemis je
Quote masmn 15-3-2021 09:45 AM
Kalau tak mampu bayar macamana? Penguatkuasa ni tak fikir ke? Depa tu mana la nak cekau duit. Hmmm...
Quote cutieslilies 15-3-2021 09:52 AM
takut mendadih jer ni..adoi...


takpalaa..try mintak ehsam pegawai KKM yer...
Quote cikatilia 15-3-2021 10:07 AM
harap baby tu dijaga elok2
nampak hantap sihat..
Quote bulalof 15-3-2021 10:14 AM
memang takde budi bicara keee???
Quote salmon-suki 15-3-2021 10:21 AM
Pengemis disaman,geng2 vip,retis y bt majlis kawin etc xde sop, xde pakai mask,xkena saman plak?

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.335434 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top