CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mengorat Melalui DM Di Instagram, Harith Zazman 'Cute' Dah Bertunang

15-3-2021 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10038| Komen: 53

Description: Genap setahun perkenalan di Instagram, Harith Zazman yang popular dengan lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya, Nuramalina Ghakaskhah dalam satu majlis ya ...
Genap setahun perkenalan di Instagram, Harith Zazman yang popular dengan lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya, Nuramalina Ghakaskhah dalam satu majlis yang diadakan di Serendah, Hulu Selangor pada pagi Sabtu.


Harith atau nama sebenarnya, Mohamad Harith Saifulzazman, 27, bersyukur majlis berlangsung dengan lancar seperti yang direncanakan.

Pasangan itu walau bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun ia mungkin akan diadakan dalam tahun ini juga.


Foto: IG

"Alhamdulillah saya dah selamat bertunang dan majlis berjalan lancar.

"Kami bagaimanapun belum berbincang lagi bila tarikh bakal disatukan tapi kemungkinan besar akan diadakan pada tahun ini juga.


"Orang kata buat perkara baik lebih cepat lagi bagus... Bila dah ready semua, kami akan terus langsungkan. InsyaAllah doakan yang baik-baik," katanya ketika dihubungi mStar.



Menceritakan perkenalan mereka, Harith mengakui dia mengenali tunangnya yang mesra disapa sebagai Lee, 29, menerusi laman Instagram pada Mac tahun lalu.

"Kalau nak tahu, sebenarnya saya dah lama crush dengan dia dan saya beranikan diri tegur dia dulu di Instagram.

Genap setahun usia perkenalan, pasangan ini ambil keputusan untuk bertunang.



"Dari situ kami mula kenal hati budi masing-masing, ” ujarnya.

Harith berkata, wanita itu juga menjadi inspirasi untuk dia berkarya dan menghasilkan lagu.

Malah, Amalina merupakan model dalam dua buah lagu nyanyiannya Cute dan Tak Tahu.

Sementara itu, dalam perkembangan seni, Harith berkata dia kini sedang dalam proses menyiapkan single terbaharu yang menceritakan mengenai kisah cinta mereka.



"Lagu Cute yang saya nyanyi itu pun saya memang buat khas untuk dia, sebab itulah dia jadi model muzik video lagu tersebut,".

"Sekarang saya dalam proses untuk siapkan single terbaharu yang berkisarkan kisah cinta kami dan kemungkinan besar ia akan dipersembahkan pada majlis persandingan kami nanti," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Reira77 15-3-2021 10:00 AM
Oh okay beribu-ribu taniya
Quote noorazurams 15-3-2021 10:04 AM
Sapa ni...ramai sangat penyanyi baru
Quote Namasayaomel 15-3-2021 10:09 AM
Tahniah iollss
Quote nicolebaby 15-3-2021 10:15 AM
Harith 27 yrs old ?  i thought lebih muda
Quote Normabaru 15-3-2021 10:16 AM
Sorry kaka geli laki jenis harith ni.. Sejenis muka gatai n poyo seiring sejalan..sama dgn sterk production yg tiru ironman..pdhl masing2 dlm group tu bdn sume kaka geli.. Ada hati nk mcm ironman.. Bluerghh
Quote dudaberhias 15-3-2021 10:17 AM
Tahniah, btw gf heols kat vid tu macam laki peserta gegar vaganza yang dua orang menang sekali tu dan siap gigih ada 2 trofi walaupun tak di rancang katanya.
Quote awanysss 15-3-2021 10:27 AM
tahniah..
tp kenapa aku rasa muka ppuan tu mcm lelaki..
puas aku cuba husnuzon nak cari part stop la being so cute tu, tp tak jumpa
Quote Tinot7 15-3-2021 10:39 AM
Tahniah... iols suka lagu kiut tu..
Quote doubleA 15-3-2021 10:47 AM
dudaberhias replied at 15-3-2021 10:17 AM
Tahniah, btw gf heols kat vid tu macam laki peserta gegar vaganza yang dua orang menang sekali tu da ...


Hahahaha aah la macam muka naqiu

Btw tahniah
Quote beta_carotene 15-3-2021 10:49 AM
dudaberhias replied at 15-3-2021 09:17 AM
Tahniah, btw gf heols kat vid tu macam laki peserta gegar vaganza yang dua orang menang sekali tu da ...

hahahha cm muka naqiu
Quote GigaMom 15-3-2021 11:00 AM
Umur pompuan 29
X ada tarikh tetap nak nikah anak gadis org
Ig ujung2 putus
Mereputtt
Quote Kurex 15-3-2021 11:42 AM
Muka tunang dia macam adik2 drag queen
Quote Normabaru 15-3-2021 11:46 AM
beta_carotene replied at 15-3-2021 10:49 AM
hahahha cm muka naqiu

Haahlaaaaa muka naqiu versi helok sental
Quote nazzse 15-3-2021 11:47 AM
Muka keras & kasar betul body tunang dia tu..
Laki muka budak2 tak oadan dgn umur
Quote pearl.silver 15-3-2021 11:53 AM
I tgk tajuk nmpk cute

Ingatkn mamat yg suka masak sambil sengih perasan cute tu..
Quote miszclassique 15-3-2021 12:04 PM
Muka mcm iras sweet qismina
Quote BoongaKertas 15-3-2021 02:14 PM
comel lah tunang heols. tahniah ya, benda gembira iols tumpang happy.
Quote supermum 15-3-2021 02:21 PM
Cute pompuan tu. Umur 29 tapi macam early 20s je.
Quote amyfiq 15-3-2021 02:24 PM
miszclassique replied at 15-3-2021 12:04 PM
Muka mcm iras sweet qismina

kaaannn i mati2 ingat sweet tadi

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055168 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top