CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Carut Cikgu, Dua Pelajar Kena Dakwa

11-3-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3633| Komen: 28

Description: Kota Bharu: Dua pelajar yang memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru sambil menunggang motosikal, Rabu lalu didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menghina.
Kota Bharu: Dua pelajar yang memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru sambil menunggang motosikal, Rabu lalu didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menghina.


Kedua-dua tertuduh yang berusia 17 tahun itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua pelajar berkenaan didapati memakai baju yang mempunyai tulisan bermaksud menghina atau lucah sehingga mengganggu keamanan setempat kerana dipakai di tempat awam.

Foto: Harian Metro

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bulatan Chempaka, di sini, 4 petang 3 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 mengikut akta yang sama.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, S Gayathri, manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Malaysia, Nik Nazriani Nik Abd Rahman.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diberi jamin RM100 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jun bagi sebutan semula kes dan laporan akhlak.

Terdahulu, tular di media sosial menyaksikan dua individu yang menunggang dan membonceng motosikal dengan memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 11-3-2021 01:24 PM
perkataan fuck tu ke?

tk sangka anak kelate tau baso inggeris

hok aloh satu pekatae ja

bakponyo

hok yey laing2 dio dop tahu pulop

prfffffffght
Quote makneng 11-3-2021 01:25 PM
Porumer mana ntah kata citer dua tahun lepas.. {:nose dua tahun lepas kalu lom SPM dekkkk...
Alahai murahnya denda... Baik denda suruh kutip sampah 8 jam sehari selama setahun.
Quote Artemesiaa 11-3-2021 01:31 PM
Elok denda suruh buat kerja komuniti je.  Bantu kat tempat jagaan orang tua ke.  Bantu acik cleaner spital kemas wad ke kemas sampah ke apa.  Bantu pihak perbandaran sapu sampah collect sampah pun bagus juga.
Quote imransulaiman 11-3-2021 02:57 PM
Artemesiaa: Elok denda suruh buat kerja komuniti je.  Bantu kat tempat jagaan orang tua ke.  Bantu acik cleaner spital kemas wad ke kemas sampah ke apa.  Bantu pi ...

Setuju. Sepatutnya denda kerja komuniti untuk bagi kesedaran pada mereka {:good
Quote bungarose 11-3-2021 03:27 PM
Ler......kat kelatan ker
Quote kluangman 11-3-2021 03:33 PM
semoga panda kecek ore puteh
Quote aotearoa 11-3-2021 03:40 PM
rajamoney replied at 11-3-2021 01:24 PM
perkataan fuck tu ke?

tk sangka anak kelate tau baso inggeris

Bab-bab perkataan carut marut ni ,ligat dan fasihhhh . Rasakan..suka sgt mencarut
Quote Orix 11-3-2021 03:42 PM
gomo kelate gomo....... contoh pemuda isele dari serambi
Quote rajamoney 11-3-2021 03:42 PM
aotearoa replied at 11-3-2021 03:40 PM
Bab-bab perkataan carut marut ni ,ligat dan fasihhhh . Rasakan..suka sgt mencarut

tu la
masuk kijo

ejo whether pun jad weather

nasib baik dok waythamurthy

prfffffffffght
Quote aotearoa 11-3-2021 03:47 PM

Betul betul. Habis punoh ranoh. tapi nok royat meme realiti. Budok-budok kelate ni kalu bab mencarut macam berzikir jah keluarnya.
Quote lifeline 11-3-2021 03:47 PM
Artemesiaa replied at 11-3-2021 01:31 PM
Elok denda suruh buat kerja komuniti je.  Bantu kat tempat jagaan orang tua ke.  Bantu acik cleaner  ...

betul2

baru budak2 ni rasa value tu
tu pon kalau rasa la
ni rm100 hmmmmmmm mau meroyan lagi ada laa kot
Quote rajamoney 11-3-2021 03:59 PM
aotearoa replied at 11-3-2021 03:47 PM
Betul betul. Habis punoh ranoh. tapi nok royat meme realiti. Budok-budok kelate ni ka ...

hok yang pelik

sayo buke ore kelate

bilo guno bahaso aku2 dengey orey teruh keno cop guno bahaso kasar

ho la nok keno guno gati diri namo sayo jugok lah gitunyo
Quote user.name 11-3-2021 07:49 PM
Quote user.name 11-3-2021 07:51 PM
Quote user.name 11-3-2021 07:51 PM
Quote zamnie 11-3-2021 08:05 PM
Padan muka
Quote user.name 11-3-2021 08:06 PM
Quote user.name 11-3-2021 08:07 PM
Quote xy_daen 11-3-2021 08:08 PM
Semoga diberikan keinsafan...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.262279 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top