CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sangat Biadab," -Diana Danielle Bengang Pembeli 'Hilang' Lepas COD Barang

4-3-2021 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9623| Komen: 41

Description: Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bersikap tidak bertanggungjawab selepas bersetuju untuk membeli barang terpakai miliknya namun menghilangkan diri selepas penghantara ...
Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bersikap tidak bertanggungjawab selepas bersetuju untuk membeli barang terpakai miliknya namun menghilangkan diri selepas penghantaran dilakukan.


Menerusi Instagram, Diana, 30, berkata, tindakan pembeli itu hanya menyusahkan pihak penghantaran (runner) yang terpaksa mencari dan menunggu lama bagi menyerahkan barang tersebut.

Foto: IG


"Saya tidak kisah siapa pun nak beli atau nak cancel sebab itu bukan sumber pendapatan saya... saya nak letgo barang yang penuh kat rumah ni.

"Lebih berhemah jika anda nak cancel tu terus cakap, tak perlu segan silu, kami okey sahaja.




"Orang tu (runner) dah habiskan minyak pergi sana dan awak pun hilang! Sedangkan ramai lagi yang nak beli, saya utamakan awak sebab first come first serve," katanya.

Individu tersebut difahamkan secara tiba-tiba membatalkan hasrat untuk membeli car seat kanak-kanak selepas runner membuat penghantaran dari Damansara ke Kajang, Selangor.


Foto: IG

"Awak sangat biadab... awak ni tiada hati dan perasaan kat runner tu ke? Saya kasihan kat runner kita je. Tak perlulah pedajal orang yang hanya nak jalankan tugas dia.

"Tolong jadi pembeli yang bertanggungjawab. Inilah yang selalu saya dengar terjadi pada orang yang nak COD (cash on delivery).

"Cakap beriya, dah sampai batang hidung pun dia sorok dalam gua," luah Diana. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 4-3-2021 05:01 PM
lain kali minta deposit untuk lock barang..
sapa bagi deposit, dia dapat..
hang pun tak bijak nak berniaga..
Quote siputpepel 4-3-2021 05:27 PM
lama tak tengok DD, tak mekap pun lawa
Quote Kurex 4-3-2021 05:39 PM
Helok anak fia bila besar nanti
Quote copy_paste 4-3-2021 06:04 PM
agaknye dia ingt tuan punye barang yg dtg sendiri,sekali runner yg dtg,xjdlah...
baru hajat nak bergambar hahahahaha
Quote rajamoney 4-3-2021 06:17 PM
ke bengang sebab da tak dpt title datin?
Quote remotechiever 4-3-2021 06:22 PM
Dia ini semua benda dia nak olah, macam bagus. Meroyan kot.
Quote KakakGoyang1 4-3-2021 07:20 PM
Datin oh dating hilang sudahhh. Sedihhh
Quote farhani87 4-3-2021 07:28 PM
prettyuglybabe replied at 4-3-2021 05:01 PM
lain kali minta deposit untuk lock barang..
sapa bagi deposit, dia dapat..
hang pun tak bijak nak  ...

Tuh lah. Better minta depo utk elak back out buyer.
Quote salmon-suki 4-3-2021 07:35 PM
Next time, walaupun nak cod,better mtk deposit..half2..lgpn kalau buyer lari,dia y rugi..n kalau seller xbg brg, buyer bt report polis sbb dah ada bukti transaksi kan..jd lah penjual dan pembeli y bijak...
Quote dudaberhias 4-3-2021 07:38 PM
Iols pernah kena banyak kali dah dengan makhluk macamni, macam forumer2 kata la minta deposit lagi better... Tapi ada satu kes rare ni customer asyik kata esok saya akan buat pembayaran, esok saya buat pembayaran. Last2 tak buat pun. Memang tak hantar la sebab takde payment. Cumanya sakit hati dah tak nak tu bagitau la ko tak nak, bukan kita kisah pun dia nak beli ke tidak, bukannya penting pun dia jadi customer kita ke tak, entah2 kojol cash kena langgar lori pun takde sape kisah. Lain kali mudahkan kerja orang kalau nak hidup juga di permudahkan. Sekian

Sape dapat jumpa & tag orang2 macamni dapat sejuta TC applies.... Boleh claim voucher untuk pembelian laksa di bumi mendatar.
Quote Nenolen 4-3-2021 07:38 PM
Che Mad makin hensem...puasa nie nnt bole tengok iklan Che Mad...
Quote fadz84 4-3-2021 07:57 PM
Tinggi ikut makpaknya che mad tu.. bakalan hero Malaya ...
Quote LadyCarefree 4-3-2021 09:31 PM
Mata hewhew itu apa?
Quote LadyCarefree 4-3-2021 09:32 PM
remotechiever: Dia ini semua benda dia nak olah, macam bagus. Meroyan kot.


Kalau bagus, dia bijak dn xlah buat jualan COD
Quote ina_na 4-3-2021 09:49 PM
Antara anak kacukan yg lawa.. Makin tua makin lawa..
Quote dua_chzy 4-3-2021 10:31 PM
Wewiiitnyaaaa Diana Danielle dah beranak 2 pun kekal rumajaaaa

Quote jijana 4-3-2021 11:08 PM
ina_na replied at 4-3-2021 01:49 PM
Antara anak kacukan yg lawa.. Makin tua makin lawa..


Mase dia muda remaja muke sweet sgt..tp bile dah anak 2 ni..klu x make up..x berapa cantik..
Quote Carcosa 4-3-2021 11:15 PM
Aku mmg taklayan lah COD COD ni. Bahaya pun satu hal. Buatnya dah berenti kereta nak deal, kena ambush plk dgn geng2 dia rompak. Haihh. Aku jual stroller anak aku + carseat, dgn syarat, kau dtg sini kat apartment aku. Takpelah tolak sikit harga murah. Janji terjual dan selamat. Abg yg beli tu, siap kasi RM10 kat anak aku buat duit raya Be careful, skrg ramai org terdesak oi
Quote Carcosa 4-3-2021 11:16 PM
Oh lupa nak comment. Comelnye laaa Cikmad.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.101296 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top