CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korea Selatan belum mula pemvaksinan

25-2-2021 07:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1944| Komen: 5

Description: Seoul: Korea Selatan menyasar mewujudkan imuniti kelompok menjelang musim luruh meskipun negara itu agak lewat memulakan program imunisasi Covid-19.



Seoul: Korea Selatan menyasar mewujudkan imuniti kelompok menjelang musim luruh meskipun negara itu agak lewat memulakan program imunisasi Covid-19.

Imuniti kelompok adalah keadaan apabila jangkitan tidak tersebar dalam suatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada anggotanya mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan.

BBC melaporkan Korea Selatan yang terjejas teruk akibat Covid-19 tahun lalu menjadi negara contoh kerana melaksanakan ujian saringan berskala besar dan pengesanan kontak cekap.

Bagaimanapun, berbanding negara lain, program imunisasi di Korea Selatan belum dimulakan.

BBC melaporkan Perdana Menteri Chung Sye-kyun mempertahankan langkah kerajaan yang memulakan program imunisasi agak lewat.


Beliau berkata, ia memberikan pihak berkuasa masa menilai keberkesanan vaksin itu di negara lain.

Dalam pada itu, AFP melaporkan penghantaran pertama vaksin virus itu dimulakan pada Rabu dan pemvaksinan dimulakan pada Jumaat.

Pegawai kesihatan mula melaksanakan program imunisasi membabitkan petugas kesihatan di hospital dan rumah jagaan minggu ini.

Korea Selatan sebelum ini mengumumkan pelan program imunisasi secara percuma dengan kerjasama gergasi farmaseutikal Britian-Swedish yang mengeluarkan vaksin AstraZeneca.

Vaksin itu yang dihasilkan di Andong, negara itu menerusi perjanjian kerjasama dengan pengeluar ubat Korea Selatan, SK Bioscience Co.apatan itu disebabkan oleh pendapatan yang lebih rendah daripada semua produknya.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote farhani87 25-2-2021 01:06 PM
bagus tindakan pm korea utk wait and see first
Quote Boomibulat 25-2-2021 01:34 PM
Klu rakyat negara lain elok je x de kesan sampingan atau mati baru teruskan..
Quote anisania 25-2-2021 01:53 PM
jadinya soalan serius saya.. malaysia ni kira amik langkah drastik ke bila dah amik vaksin ek. even tho..skang hanya utk frontliner..
Quote Tinot7 25-2-2021 01:59 PM
kome baca tak ayat ni? menjelang musim luruh, depa dah ada herd imuniti. maknanya start lewat pun takpe sbb plan utk capai imuniti kelompok by autumn

Seoul: Korea Selatan menyasar mewujudkan imuniti kelompok menjelang musim luruh meskipun negara itu agak lewat memulakan program imunisasi Covid-19.
Quote ahi_mason313 9-3-2021 12:45 PM
tenang-tenang sudehh

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.050914 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top