CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Bertujuan Khas pacu pelaksanaan 5G di Malaysia

25-2-2021 07:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1284| Komen: 2

Description: Kuala Lumpur: Penubuhan Syarikat Bertujuan Khas Kerajaan Malaysia (GOMSPV) yang dikawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diyakini berupaya memacu pelaksanaan teknologi 5G di ...



Kuala Lumpur: Penubuhan Syarikat Bertujuan Khas Kerajaan Malaysia (GOMSPV) yang dikawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diyakini berupaya memacu pelaksanaan teknologi 5G di negara ini.

Jabatan Komunikasi Korporat SKKM memaklumkan, GOMSPV juga bertujuan menggalakkan pelaburan ke sektor yang memastikan jurang digital diminimumkan, selain mampu mencetuskan perubahan kepada pengguna, perusahaan dan negara secara umum.

"Usaha ini adalah kunci agar penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G.

"Beban 5G tidak terletak pada penyedia perkhidmatan dan pada masa sama, memastikan risiko jurang digital berada tahap minimum sepanjang pelaksanaan rangkaian 5G dengan penerusan pelaksanaan gentian optik dan rangkaian 4G," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut kenyataan itu, GOMSPV akan menawarkan perkhidmatan secara borong secara telus dan dikawal selia.

SKMM turut memaklumkan, penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan runcit akan mempunyai akses terbuka, saksama dan setara kepada rangkaian baharu.

Katanya, ini petunjuk kukuh ke arah pengurangan persaingan berasaskan infrastruktur dan mempertingkatkan persaingan berasaskan perkhidmatan yang memanfaatkan pengguna selain mengurangkan aliran keluaran asing terutamanya untuk peralatan baharu.

"Penyedia perkhidmatan runcit boleh melabur dalam perkhidmatan yang lebih inovatif dan membantu menjana pendapatan yang lebih baik manakala pengguna dapat menggunakan perkhidmatan baharu untuk menerokai lebih banyak sektor ekonomi berkaitan digital," katanya.






Sumber : Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 25-2-2021 08:44 AM
Semoga semua rakyat menikmati 5g sebagaimana yang telah dicadangkan
Quote Supersirap 25-2-2021 08:45 AM
Semoga{:question{:question
semua rakyat menikmati 5g sebagaimana yang telah dicadangkan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.041406 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top