CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elaun Bilal, Noja, Pengurus Jenazah Wanita Naik !

6-11-2013 10:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4738| Komen: 4

Description: Melaka, 6 November : Elaun Bilal, Noja Dan Pengurus Jenazah Wanita Di Negeri Melaka Akan Dinaikkan Bermula Awal Tahun Depan. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron Ketika Mengumumkan Perkara Itu ...

Gambar hiasan


MELAKA, 6 November : Elaun bilal, noja dan pengurus jenazah wanita di negeri Melaka akan dinaikkan bermula awal tahun depan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron ketika mengumumkan perkara itu berkata ia membabitkan 181 masjid kariah di seluruh negeri.

Beliau berkata elaun bilal akan dinaikkan daripada RM290 kepada RM310; elaun noja daripada RM280 kepada RM300 dan elaun pengurus jenazah wanita daripada RM160 kepada RM200.

"Dengan kenaikan ini, diharap akan memberi keselesaan kepada para bilal, noja dan pengurus jenazah untuk bertugas dengan lebih semangat di samping mengiktiraf pengorbanan mereka," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maal Hijrah 1435 peringkat Melaka dirasmikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Pada majlis itu, Mohd Khalil turut melancarkan kad perakuan nikah baru menggunakan teknologi kod "Quick Response" (QR).

Idris berkata Melaka merupakan negeri pertama di negara ini menggunakan teknologi kod QR pada kad perakuan nikah.

Beliau berkata melalui teknologi itu, pihak berkuasa boleh mengesan ketulenan dan kesahihan kad perakuan nikah dalam tempoh masa yang cepat menggunakan telefon pintar.

Katanya ia merupakan komitmen kerajaan negeri untuk mempertingkat perkhidmatan berkaitan keagamaan khususnya pengurusan nikah, cerai dan rujuk.

"Kesemua ini merupakan satu proses penghijrahan cara berfikir dan bertindak untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat, terbaik dan mesra rakyat," katanya.

Kad perakuan nikah berkenaan bersaiz kecil, tidak mudah patah atau dipalsukan serta mengandungi hologram.

8

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BurningTimes 6-11-2013 04:43 AM
Pengurus jenazah ni jarang jah nampak, selalunya kena urus sendiri, takkan kawasan tertentu je kot?
Quote Kassim_Patalon 6-11-2013 04:56 AM
noja tu apa?       
Quote Al-Patih 6-11-2013 05:00 AM
BurningTimes posted on 6-11-2013 04:43 AM
Pengurus jenazah ni jarang jah nampak, selalunya kena urus sendiri, takkan kawasan tertentu je kot?: ...

agaknya meke ....pakai kain jarang kot .... Last edited by Al-Patih on 6-11-2013 05:02 AM

Quote tongkatwaran75 6-11-2013 09:10 AM
Kassim_Patalon posted on 6-11-2013 04:56 AM
noja tu apa?

Siapa tahu apa kah itu Noja Masjid?

Saya kurang pastilah kalau korang panggil apa,tapi saya panggil Noja masjid. Noja Masjid ni satu jawatan dalam jawatankuasa masjid yang ditugaskan untuk menjaga kebersihan masjid.Kalau hari Jumaat, hari raya Aidilfitri dan Aidiladha,pagi-pagi Noja masjid akan ke masjid , sapu lantai,bersihkan kawasan dalam masjid dan bentang sejadah.

Abah saya pernah jadi Noja masjid.Masa tu,saya masih bersekolah rendah.Masih saya teringat, sekitar awal 90 'an, negeri Johor cuti hari Jumaat dan Sabtu. Jadi kami kena bangun pagi dan ikut abah ke masjid. Tolong sapu karpet,lap tingkap,bentang sejadah,bersihkan bilik air dan buang habuk di beroti.

Aktiviti selepas selesai bersih-membersih?Dah tentulah panjat pokok jambu batu (yang isi dalamnya warna pink tu ), cari duit syiling kat beroti,kalau jumpa duit,kami masukkan dalam tabung masjid sebab abah dah pesan itu bukan duit kami.Selepas itu kami ke kubur arwah Bapak,arwah Makwe dan arwah pakcik saya.Masa tu selamba je pakai seluar pendek,kadang-kadang pakai skirt.Yang paling tak best kalau Hari Raya,sebab masa tu kena bangun seawal 5 pagi untuk bersihkan masjid. Balik dari masjid abah kadang-kadang upah kami sorang RM 0.50 =)

Sekarang , saya dapat tahu ada elaun khas untuk Noja Masjid. Tak pasti pulak berapa tapi kalau tak ada elaun pun,hanya Allah yang dapat memberi ganjaran kepada mereka yang jadi Noja Masjid ni.

kredit to; http://noipunyablog.blogspot.com/2011/02/noja-masjid.html

p/s noja tu bkn siak ker?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.160715 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top