CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Body Shaming Adalah Jenayah Fitnah, Boleh Dipenjara Hingga 5 Tahun

23-1-2021 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2203| Komen: 13

Description: Body shaming boleh didakwa dibawa akta fitnah, kata seorang peguam seperti dilaporkan Harian Metro.
Body shaming boleh didakwa di bawah akta fitnah, kata seorang peguam seperti dilaporkan Harian Metro.

Oleh itu, mangsa boleh membuat aduan kepada polis dan juga SKMM di laman web www.mcmc.gov.my.


Langkah itu bagi memastikan keadilan ditegakkan dan menghalang pelaku daripada terus melakukan penderaan, kata peguam Nor Zabetha Muhammad Nor.


Gambar hiasan

"Dalam kes seperti ini, tangkap skrin atau screenshot mesej digital yang menjelikkan itu boleh berfungsi sebagai bukti. Mangsa perlu mengumpul bukti yang relevan, seperti latar belakang pendera dan komen mereka untuk tindakan selanjutnya.

"Pengulas mempunyai hak untuk memberi komen kerana ia adalah kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan. Bagaimanapun, kebebasan itu juga mempunyai had. Anda tidak boleh mengatakan perkara yang boleh mencemarkan nama baik seseorang," katanya sambil menambah bahawa pelaku boleh didakwa di bawah akta fitnah juga.


Bagi kesalahan itu, pelaku boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyatakan bahawa sesiapa yang membuat kandungan mengancam atau menyinggung dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, menggugut atau mengganggu orang lain adalah satu kesalahan.

"Jika didapati bersalah, seseorang yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," katanya.

Sementara itu, peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman pula berkata, pelaku juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 499 akta yang sama bagi kesalahan itu.

"Seksyen 509 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika didapati bersalah di bawah seksyen itu.

"Sementara itu, Seksyen 499 Kanun Keseksaan menyatakan jika mana-mana individu ada membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan tidak benar yang akan atau boleh merosakkan reputasi orang lain, serta ditulis atau disebarkan dengan niat jahat, adalah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah," katanya.

Jika didapati bersalah tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 23-1-2021 11:20 AM
Kalau dah betul apa yang dibody shamed, loyar boleh twist kata fitnah jugak ke?
Quote dua_chzy 23-1-2021 11:21 AM
Oh ok. Seksyen 509 tu boleh la pakai.
Quote dua_chzy 23-1-2021 11:21 AM
Oh ok. Seksyen 509 tu boleh la pakai.
Quote bluebutter 23-1-2021 11:27 AM
apa akan jadi pada cari..


if semua dah kena screen shot n kumpul bukti dan report. ip address boleh tahu semua.
Quote Yunbin 23-1-2021 04:35 PM
Alamak baru je tadi baca ummah porum tengah body shaming shukk sahar dekat benang beliau {:nose
Quote noor2 23-1-2021 06:23 PM
Lepas ada akta ni...makin ramai rakyat Malaysia yg gemuk2....
Quote Adrif 23-1-2021 07:42 PM
body shaming.. macam berat badan, kurus, keping, lidi, gemuk, tong dram, gedempol
hitam, legam, arang, putih, pucat
tinggi, lampai, panjang, galah, pendek, katik,
telinga capang, bibir tebal mata juling, hidung penyek
rambut keriting, kepala  botak
kan? apa lagi ye?

fizikal je kan? bulu idong terkeluar, orang tu tak trim kena jugak ke?

pendek kata, senangnya, jangan cakap benda tak elok tentang orang.
takda benda baik nak cakap, baik diam kan?
Quote TuntungReturn 23-1-2021 07:50 PM
" tertuduh mengatakan saya tak hensem"
peguam bela tertuduh "apa bukti mengatakan awak hensem?"
Quote noor2 24-1-2021 11:16 AM
Tapi kucing kalau gemok mmg comel.....
Quote capiloton 24-1-2021 11:17 AM
the generation of snowflake.
easily offended
Quote TOPwind 24-1-2021 08:32 PM
aku jika ada yg membulat besar nak jadi kawan -aku elakkan
sbb nanti bila bergaduh or salah faham-keluarlah  perkataan
gemok gedempul, mcm babi hutan, badak sumbu,gajah liarlah dan mcm lagi.

jadi bila kita dah kata bergitu pasti - yg bulat membesar tu cari peluang saman kita.
betul tak?
Quote anony-mous 24-1-2021 08:35 PM
Habis lah makin lama generasi gemuk akan menguasai . Teringat pelawak chris rock bgtau bully diperlukan utk prepare remaja to real world n dia ckp sbb tu budak skrg gemuk2 sbb xdpt paw dah mangsa buli
Quote Ain_h 26-1-2021 12:06 PM
Wow,so hati hati lah ketika berkata kata

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.105172 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top