CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ifan Seventeen Temui Cinta Baru, Wajah Kekasih Mirip Arwah Isteri

15-1-2021 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4286| Komen: 11

Description: Bekas vokalis kumpulan Seventeen, Ifan atau nama sebenarnya Riefan Fajarsyah sebelum ini mengumumkan dia tidak lagi bersama kumpulannya itu pada 18 November tahun lalu.



Bekas vokalis kumpulan Seventeen, Ifan atau nama sebenarnya Riefan Fajarsyah sebelum ini mengumumkan dia tidak lagi bersama kumpulannya itu pada 18 November tahun lalu.

Terbaru, penyanyi berusia 37 tahun itu menarik perhatian warganet apabila berkongsi foto yang memaparkan dirinya bersama kekasih hati Citra Monica.

Mirip arwah isteri


Menerusi laman Instagram miliknya, Ifan memuat naik gambar bersama ibu tunggal anak satu itu yang sebelum ini merupakan bekas rakan sekolahnya.

Selain itu, dia juga mengakui bahawa kekasihnya itu mempunyai wajah yang mirip dengan arwah isterinya yang bernama Dylan Sahara.

“Banyak yang berteori mengenai kemiripan. Ini memang sebuah kebetulan atau memang misteri campur tanganNya yang tak seharusnya dipecahkan,” tulisnya di kapsyen.


Di samping itu, dia juga meluahkan rasa bersyukur kerana bertemu kembali dengan Citra yang mampu mencantum semula hatinya yang retak akibat kehilangan isteri sebelum ini.

penyanyi lagu fenomena, Selalu Mengalah itu juga berkata tanpa Citra dia pasti tidak mampu bangun daripada kekecewaan lama.



“Yang aku tahu kita saling bertemu dalam keadaan yang sama-sama tidak mudah. By the way, kamu berhasil mengumpulkan hatiku yang sudah jadi serpihan kecil, hal yang tidak mungkin mampu aku lakukan sendiri,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga turut bersetuju wajah kekasih hatinya itu mirip dengan Dylan dan mendoakan agar cinta yang terjalin bersama Citra kekal hingga ke akhir hayat.

Mirip arwah isteri



Terdahulu pada 22 Disember 2018, Dylan dan anggota kumpulan Seventeen menjadi mangsa maut trgaedi tsunami Selat Sunda ketika mengadakan persembahan di atas pentas.





Sumber: Instagram Ifan Seventeen/OhMyMedia
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 15-1-2021 08:47 PM
Laki ni mmg cenderjng cari pegganti muka sama mcm prevous wife atau ex. Pompuan je slalu akan cari pegganti yang muka totally different
Quote doubleA 15-1-2021 09:07 PM
Memang taste dia look macam tu
Quote matbad 16-1-2021 01:01 AM
Aku tgk dia masa wife dia meninggal aku dah pelik. Caption dia kat ig kata wife dia suka dorang pakai baju yg sma la apa. Masa tu aku dah agak msti akan laju ja cari pengganti sbb jenis merempan kat socmed ni kebanyakkan tak cidik sgt. Tgk dok sekejap sgt ada kes tgkap basah. Hahaha
Quote chinta89 16-1-2021 07:18 AM
Bukan kes thread psl ni dh ada ke.. Dia bcinta ngn pompuan ni isteri org lg kan masa kapel
Quote gideoncross 16-1-2021 11:00 AM
He got a type I guess.
Quote gideoncross 16-1-2021 11:00 AM
vee_zara replied at 15-1-2021 08:47 PM
Laki ni mmg cenderjng cari pegganti muka sama mcm prevous wife atau ex. Pompuan je slalu akan cari p ...

X jugak camtu sisthur, tngok Ariana G, tunang bru bliau yg nmanya Dalton Gomez tu lbih kurg mcm Pete Davidson, ex tunang bliau. Some ppl got a type.
Quote mystica 16-1-2021 11:58 AM
matbad replied at 16-1-2021 01:01 AM
Aku tgk dia masa wife dia meninggal aku dah pelik. Caption dia kat ig kata wife dia suka dorang paka ...

dia kna tangkap ngan sapa?
Quote matbad 17-1-2021 02:18 AM
mystica replied at 16-1-2021 11:58 AM
dia kna tangkap ngan sapa?

Ada ko try google. Nama aku xtau
Quote swateng1 19-1-2021 12:17 PM
bosan dah cerita cinta depa ni. mirip laa apa laaa..dengggg
Quote Cocoais 24-1-2021 10:23 AM
Bini, bekas bini, dan terbaru ni muka nak dekat2 sama semua..memang test dia camtu kot
Quote archer13 4-2-2021 07:22 PM
sebab tu aku benci nengok luahan ratiban hiba manusia kat media sosial memasing bila ditinggalkan org tersayang. mcm nak mampus dah sekali masa tu.. ayat2 bukan main 'tunggu aku di surga'... alih2 esok elok je teruskan hidup dgn org lain. diam sudahlah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.054961 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top