CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kita Tidak Akan Berkompromi", Polis Bertindak Lebih Tegas Ketika PKP - KPN

12-1-2021 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3914| Komen: 29

Description: KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih tegas terhadap individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ...
Masa untuk nasihat dan menegur sudah berakhir, sekarang masa untuk bertindak lebih tegas untuk rakyat patuh SOP. FOTO NSTP



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih tegas terhadap individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua bermula tengah malam esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pada masa ini PDRM sedang membuat persiapan untuk kembali melaksanakan penugasan penguatkuasaan di seluruh negara termasuk dari segi kawalan dan sekatan jalan raya (SJR).

Katanya, berbanding ketika pelaksanaan PKP pada 18 Mac tahun lalu, PKP pada kali ini akan memperlihatkan ketegasan dari pihak polis.


"Beberapa kelemahan terdahulu akan diatasi bagi mengelak atau mengurangkan kekeliruan orang ramai namun tahap ketegasan tindakan akan dipertingkatkan.

"Kita tidak akan berkompromi mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang didapati melanggar syarat ditetapkan.

"Masa untuk mendidik dan menasihat sudah habis, sekarang untuk kami laksanakan terus penguatkuasaan terhadap mereka yang masih berdegil ," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama.

Abdul Hamid berkata, tempoh yang diberikan sebelum ini dirasakan cukup untuk rakyat mematuhi dan memahami SOP ditetapkan selain menjadi satu norma baharu.

"Penugasan kali ini juga akan diperkemaskan dengan mengambil kira pengalaman lalu ketika kita melaksanakan PKP termasuk meneliti semula aspek kelemahan dan kebaikan.

"Saya jamin, kita sentiasa bersedia untuk menguatkuasakan segala peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat untuk sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang yang berada di sekeliling bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.

"Untuk kali ini, saya meminta semua pihak patuh arahan ditetapkan KKM dan MKN. Tujuan utama kita bukanlah untuk menyeksa rakyat namun sebenarnya untuk menyelamatkan anda dan orang yang tersayang," katanya.

Katanya, PDRM dari semasa ke semasa akan mengeluarkan perkembangan mengenai arahan dan pelaksanaan penguatkuasaan terhadap orang ramai sepanjang tempoh PKP.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addved 12-1-2021 04:54 PM
Sesiapa sahaja termasuk orang kenamaan, ahli politik & mereka-meraka yang sewaktun dengan nya? Harap tepati la visi & misi PDRM ya.
Quote nuril86 12-1-2021 05:03 PM
jgn pilih2 bulu plak lps ni.. yg berpangkat lepas..yg marhaen kne tindas....
Quote krustykrab 12-1-2021 05:12 PM
Pak pulisi...harap dg vvip dan yg seangkatan dgn nya pun kna tegas lah ye...jgn dgn rakyat je korg tunjuk tegas...dosa tau
Quote mikasa 12-1-2021 05:14 PM
Sila mula dgn menteri /vip/kayangan dulu yer
Quote white_musk 12-1-2021 05:16 PM
Propah saja.. Banyak saja pejabat akan dibuka esok...
Quote Belibis 12-1-2021 05:17 PM
Emmm kan jer lahhh.komen lebih2 kang tidur dalam pagar pulak.
Quote Normabaru 12-1-2021 08:18 PM
Mitsubishi lancer dlu dh modified.. Tp masihla xdpt kejar perampok
Quote aHoi83 12-1-2021 08:22 PM
Harapan korg tinggi kan berharap kayangan dan vvvip selevel marhein
Quote sambaldurian 12-1-2021 08:28 PM
highway arini mcm esok tahun baru cina/ raya. semua nk sampai destinasi sebelum 12 tgh mlm. klu dh 12 tgh mlm kt tol keluar mengagau nk u turn.
Quote Meiizu 12-1-2021 08:30 PM
Nurul zahid watch out okehhhhh...bayar lawyer lagi mahal dari kompoun 1k turun jadi 800!!!
Quote LadyCarefree 12-1-2021 11:35 PM
Harapnya begitulah. Tp mesti ada exception kan? En Ebit bin Ibrahim tu contohnya, suruhlah dia pakai mask. Dah elok dia nak buat kebajikan. Btw, dia duduk zone pkp worr patut 10km saja.
Quote pu3_rania 12-1-2021 11:56 PM
white_musk replied at 12-1-2021 05:16 PM
Propah saja.. Banyak saja pejabat akan dibuka esok...


Betul awak
Tengok aje lah SOP yang dah dikeluar kan MITI especially IT for sure majikan2 IT company akan kerahkan staff WAO macam biasa sedangkan IT staff can work remotely from home
Quote silencekiller 13-1-2021 12:02 AM
Lebih tegas kununnn... kena kat pak2 menteri diam membisu ..

Nak betoi2 tegas... total lockdown laa... semua dok rumah senyap2.. senang kerja pulis nak memantau kan...
Quote Orix 13-1-2021 02:19 AM
Abam2 polis td semua duk susun kon n pacak khemah tepi jalan sambil bertepuk tampar aman2 jah tak pakai face mask..... tegasssss lah sgat {:nose
Quote saviour_09 13-1-2021 07:59 AM
walk the talk laaaaa

jangan ada je ank vip la kabel ko la lepas merayap merata

Quote imthegirl 13-1-2021 08:33 AM
white_musk replied at 12-1-2021 05:16 PM
Propah saja.. Banyak saja pejabat akan dibuka esok...

Itu lah. Opis bukak macam biasa siap taska dibenar operasi sebab nak suruh mak pak pi keje. Dah tau penularan dlm kalangan kerja yang tinggi tutup je la dlu 2 minggu macam PKP first tu apa pon tak jalan. Tu yang betul boleh turunkan kes. Ni sama ja macam PKPB pon.
Quote mejaputih 13-1-2021 09:26 AM
roadblock start jumaat ek?
Quote pu3_rania 13-1-2021 09:28 AM
imthegirl replied at 13-1-2021 08:33 AM
Itu lah. Opis bukak macam biasa siap taska dibenar operasi sebab nak suruh mak pak pi keje. Dah ta ...

Aku gerammm sangat2 dgn GOMEN especially bila tengok SOP yg di keluarkan MITI for sure ada majikan yg take advantage
Utk tempoh 2 minggu aje perketatkan betul2 SOP utk flat the curve covid mcm MCO 1.0
GOMEN tak kesian ke kpd frotliners yg ada antaranya dah burnout & take kesian key kpd rakyat yg kais pagi makan pagi & kais petang makan petang
Quote becir 13-1-2021 09:39 AM
LadyCarefree replied at 12-1-2021 11:35 PM
Harapnya begitulah. Tp mesti ada exception kan? En Ebit bin Ibrahim tu contohnya, suruhlah dia pakai ...

Ebit Takleh la..lagi gomen tak Kasi rentas negeri lagi dia Beria ke utara selatan tolong orang..gitew hati keladak I Kata..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.058982 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top