CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA Maut Digilis Treler

12-1-2021 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3664| Komen: 18

Description: Seorang pelajar perempuan Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, Selangor maut selepas digilis sebuah treler apabila motosikal ditungganginya terbabit kemalangan di Jalan Pokok Mangga di sini, ...
Seorang pelajar perempuan Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, Selangor maut selepas digilis sebuah treler apabila motosikal ditungganginya terbabit kemalangan di Jalan Pokok Mangga di sini, hari ini.


Kemalangan pada jam 8.20 pagi itu menyebabkan mangsa, Nurul Asyikin Razali, 22, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dalam perjalanan dari Plaza Pandan Malim menuju ke lampu isyarat Pokok Mangga.

Foto: Berita Harian

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa bergesel dengan bahagian kiri treler terbabit menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan melanggar tong sampah di bahu jalan.


"Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dari motosikal lalu digilis lori treler berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat mengalami kecederaan parah di kepala," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 12-1-2021 04:42 PM
Innalillah..comey jee senyum buat IC..
Quote LadyCarefree 12-1-2021 04:46 PM
Semoga syahid.
Quote weezerfan 12-1-2021 04:48 PM
Kesiannya muda lagi..innalillah
Quote syamzana 12-1-2021 04:59 PM
Innalillah...takziah kpd keluarga arwah
gerunnya dgr digilis treler
Quote cap_ayam 12-1-2021 05:07 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Hancur hati mak ayah dapat khabar gini.. semoga tabah..
Quote Aikiko 12-1-2021 05:25 PM
Innalillah.....salam takziah
Sebab tu ramai parents xkasi anak2 bawak motor....sangat2la bahaya
Quote prettyuglybabe 12-1-2021 05:38 PM
comel je gambar ic beliau..
boleh ye senyum nampak gigi untuk ic..
Quote LH76 12-1-2021 06:06 PM
prettyuglybabe replied at 12-1-2021 05:38 PM
comel je gambar ic beliau..
boleh ye senyum nampak gigi untuk ic..

Blh. Ms i buat ic baru dulu i ty peawai yg snap pic blh x i nk senyum. dia ckp tgk tahap senyum mcmana, klu over sgt x blh katanya. maka i pun senyum kecik jer. bila dah siap udah rupa joker senyum
Quote gam_gajah 12-1-2021 07:49 PM
prettyuglybabe replied at 12-1-2021 05:38 PM
comel je gambar ic beliau..
boleh ye senyum nampak gigi untuk ic..

Tak boleh ke sebenarnya? I selamba je senyum nmpk gigi hehehe. Takde pun staf tu tegur
Quote sekngucing 12-1-2021 07:57 PM
Sedih betul dgn berita org pandai dan berguna dlm masyarakat ni hilang nyawa mcm.ni ja...dlu ada budak pompuan uum.pakai kebaya..pun kena gilis treler ni..mayat dia betul2 terlentang bawah treler...
Quote zehra2 12-1-2021 08:01 PM
alahai.. muda lg.. mesti sedih mak bpk nya
Quote zamnie 12-1-2021 08:38 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. takziah sedehnye
Quote tumpanglalu74 12-1-2021 09:08 PM
Tak lalu dengar..
Quote Jitu 12-1-2021 11:57 PM
Innalillah...

dlm tahun 2019 pernah aku eksiden dgn pompuan naik moto
aku nak masuk simpang dah bg signal tp silap aku xtengok side mirror tiba2 terus moto lalu ikut kiri
Alhamdulillah xda apa cuma foot brake moto bengkok ke dalam langgar tepi tayar kereta
dah lah pompuan tu cuma pakai selipar je mujur kaki xtersepit cuma selipar je tersepit
Quote Peaches113 13-1-2021 12:01 AM
innalillah. takziah untuk keluarga. muda lagi
Quote Punat_button 13-1-2021 12:07 AM
Aikiko replied at 12-1-2021 05:25 PM
Innalillah.....salam takziah
Sebab tu ramai parents xkasi anak2 bawak motor....sangat2la bahaya

yang aku tau KPTM ni ada accountancy program dengan Dublin Business School

tapi budak ni tak tau lah buat course apa


Quote Nenolen 13-1-2021 12:50 AM
Innalillah...
Quote monsterwife 13-1-2021 02:23 AM
Innalillah
Comel arwah.semoga rohnya dicucuri rahmat

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059123 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top