CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khidmat Pelanggan Penjawat Awam Belum Capai Taraf 'Mesra' !

29-10-2013 12:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3331| Komen: 8

Description: Beliau Berkata Hasrat Kerajaan Negeri Untuk Menjadi Perintis Kepada Perkhidmatan Mesra Pelanggan Tidak Akan Tercapai Jika Penjawat Awam Tidak Mengubah Sikap Dengan Segera Menerusi Peningkatan Kualiti ...

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim


SHAH ALAM, 28 Okt (Bernama) -- Sistem penyampaian perkhidmatan pelanggan penjawat awam di Selangor belum mencapai taraf 'mesra pelanggan', kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata hasrat kerajaan negeri untuk menjadi perintis kepada perkhidmatan mesra pelanggan tidak akan tercapai jika penjawat awam tidak mengubah sikap dengan segera menerusi peningkatan kualiti kerja.

"Mutu penyampaian perkhidmatan setakat ini adalah memuaskan namun masih banyak ruang perlu diperbaiki, terutama dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor Isnin.

Abdul Khalid berkata perkhidmatan yang cekap serta berkualiti mampu mengurangkan kos operasi dan pihaknya sedia mewujudkan pelbagai program bagi memperkasa khidmat pelanggan lebih bermutu untuk seluruh rakyat.

Beliau turut merasmikan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor pada majlis sama.

Abdul Khalid berkata beliau berpendapat mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Melayu bagi memastikan pelajar selesa semasa proses pembelajaran kedua-dua subjek.

"Kira-Kira 10 peratus sahaja pelajar yang faham jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, maka saya rasa lebih mudah guna bahasa Melayu untuk guru mengajar dan pelajar faham apa yang dipelajari," katanya.

Kementerian Pelajaran sebelum ini memperkenal program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003 namun  membatalkannya secara berperingkat menjelang 2016.


18

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
15

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 29-10-2013 11:13 AM
jwpn biasa;
staf tu coti, dtg esok ye...
Quote cikatilia 29-10-2013 11:20 AM
yes.. sgt.
aku dah bosan gado dgn org jawab tepon gomen

dari pejabat tanah, ke kwsp, semua sama aje..
dahla eksyen.. emo manjang
rasa mcm aku mengganggu gugat ketenangan bekerja mereka saje yg diorg sgt annoyed dgn pemanggil.


Quote epysha 29-10-2013 11:24 AM
bunyik ngntuk pun ada..talian lama tak berjwb..takde greeting..
Quote harimau76 29-10-2013 11:24 AM
mmg tak mesra pun... tp ada improvement la kalau nak compare dgn dolu2..kena byk improve lagi...
Quote AraBellaJuan87 29-10-2013 03:52 PM
Nampaknya penjawat awam yang ikhlas nk baiki diri kene tgk kt benang ni.
Quote SulurBidar 29-10-2013 04:57 PM
Pada aku, still lebih baik dan ada banyak improvement dari zaman Mahadey..

Zaman Mahadey era 90-an sampai 2000, sombong dan berlagak nak mampus..
Setahun lepas Pak Lah pegang, gomen staff ada improvement dari segi kerja dan layanan dan pandai merendah diri.
Quote tongkatwaran75 29-10-2013 05:02 PM
SulurBidar posted on 29-10-2013 04:57 PM
Pada aku, still lebih baik dan ada banyak improvement dari zaman Mahadey..

Zaman Mahadey era 90-a ...

Ok...nak try gi pjbt tanah esok...

Quote CincinKristal 29-10-2013 05:12 PM
x lama dlu...bdk opis aku ade call cust serv gomen...aku x igt jbtn ape....org tu jwb call tapi dia boleh ckp 'sekarang tgh lunch, tlg call lpas lunch'....padahal tggl 5 min lg nk pkul 2pm....kalo ko x nak jwb...jgnlahh angkat call tu...mcm2 laa dorg ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.044310 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top