CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Tikam Abang Dengan Kerambit Hanya Kerana Ditegur

12-11-2020 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2337| Komen: 4

Description: Gara-gara berang akibat ditegur menyebabkan seorang lelaki cuba menikam abangnya dalam satu insiden di Kampung Lidah Tanah, di sini pada Rabu.
Gara-gara berang akibat ditegur menyebabkan seorang lelaki cuba menikam abangnya dalam satu insiden di Kampung Lidah Tanah, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata kejadian berlaku apabila suspek, 28, bersenjatakan pisau kerambit cuba menakut-nakutkan orang ramai sekitar jam 8.30 malam.



Kredit foto: Utusan Borneo

Menurutnya, si abang kemudian menegur suspek menyebabkan dia tidak berpuas hati lalu cuba menyerangnya.

"Suspek marah apabila ditegur abangnya menyebabkan dia cuba menikamnya dan mengakibatkan kecederaan di pergelangan tangan.

"Si abang kemudian terus membuat laporan polis berhubung kejadian demi keselamatan diri serta keluarga," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Susulan daripada laporan tersebut, Poge memberitahu suspek berjaya diberkas dan senjata yang digunakan juga berjaya dirampas untuk siasatan lanjut.


Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

"Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda, sebat dan penjara sehingga 10 tahun.

"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan dan suspek juga didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," kata Poge.


Sumber: Utusan Borneo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 12-11-2020 04:41 PM
teringat kisah Qabil dan Habil
Quote salmon-suki 12-11-2020 04:49 PM
Kg lidah tanah?kt mana ni? Tp skrg byk plak kes adik beradik gaduh smpai bunuh membunuh,cedera mencederakan..skeriiii nyee{:cryrun
Quote adelea 12-11-2020 04:58 PM
salmon-suki replied at 12-11-2020 04:49 PM
Kg lidah tanah?kt mana ni? Tp skrg byk plak kes adik beradik gaduh smpai bunuh membunuh,cedera mence ...

bende ni kdg2 punca dr mak bapak jugak
adik beradik bergaduh mak pak cuma tau ckp sudahlahhh


silent treatment kat yg si jahat and makin syg yg baik dah jadi pilih kasih

anak2 ni kdg2 ada yg oversensitive
tapi parents pukul rata je konon2 sama adil
tapi x adil pun ...
so yg oversensitive tu from time to time dia akan rasa emotionally tortured ..

yg alami je yg paham
Quote LadyCarefree 13-11-2020 02:45 AM
salmon-suki: Kg lidah tanah?kt mana ni? Tp skrg byk plak kes adik beradik gaduh smpai bunuh membunuh,cedera mencederakan..skeriiii nyee{:cryrun


Kuching

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.042356 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top