CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Influencer Nak Bagi Proton X50 Percuma Konon! Dah Ada Pemenang, Tapi Rupa-Rupanya...

12-11-2020 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7326| Komen: 20

Description: Perasan tak kalau namanya Influencer tak kiralah di Facebook atau Instagram, pasti ada sahaja benda kontroversi yang mereka lakukan sehingga mengundang kecaman 'berbakul-bakul' dari netizen.
Perasan tak kalau namanya Influencer tak kiralah di Facebook atau Instagram, pasti ada sahaja benda kontroversi yang mereka lakukan sehingga mengundang kecaman 'berbakul-bakul' dari netizen.


Foto: Facebook

Umance, yang selalu membuat Live menjual makanan laut online, adalah seorang influencer yang memang popular di kalangan masyarakat Cina.

Setiap hari dia berjaya menarik perhatian beribu-ribu orang melalui Live yang dibuat dan baru-baru ini dia mengumumkan untuk memberi Proton X50 bagi seorang peminat bertuah sempena 11.11.


Foto: Facebook


Bukan calang-calang hadiahnya, dah tentulah ramai yang tengok Live dengan harapan nak menang kereta!

Di Facebook, Umance siap buat Live, menyaksikan dia ke pusat jualan Proton bersama pembantu-pembantunya, untuk memberikan Proton X50 percuma kepada yang bertuah. Amboi, semua orang menggelabah, teruja nak menang!


Kecoh! Dipendekkan cerita dalam ramai-ramai yang menyaksikan Live, seorang pemenang bertuah dipilih dan yang lain terpaksa telan air liur sahajalah.

Foto: Facebook


Foto: Facebook

Tak berhenti di situ, selepas pemenang diumumkan, seorang netizen tumpahkan teh (spill the tea) mendakwa Umance hanya menipu!

Pemenang tersebut juga didakwa palsu sebab akaun Facebooknya baru sahaja dibuka Ogos lepas.

Foto: Facebook

Ini membuatkan ramai curiga yang sebenarnya pemenang tersebut hanya rekaan Umance sahaja.

Secara logiknya, tak mungkinlah senang-senang sahaja nak beri kereta mewah kepada orang lain kan?

Lagi menguatkan dakwaan, akaun Facebook pemenang tersebut tiba-tiba sahaja hilang sebelum muncul kembali.

Peliknya, dia tak nak menerima hadiah kereta tersebut kerana tertekan disebabkan menjadi pemenang. Siap suruh bagi hadiah tersebut kepada orang lain! Pelik sungguh!

Foto: Facebook

Bukan itu sahaja, Umance juga didakwa menipu dengan menawarkan pakej percutian kepada yang bertuah.

Namun empunya tempat penginapan sudah pun mengeluarkan kenyataan, menyatakan mereka tiada kena mengena dan tidak tahu menahu tentang pakej percutian yang ditawarkan Umance.


Foto: Facebook
Sampai sekarang Umance tiada respon mengenai dakwaan tersebut.

Sebelum ini juga, Umance pernah terlibat dengan beberapa kontroversi.

Jadi, anda rasa memang ada pemenang atau semata-mata untuk mencari perhatian sahaja? -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kopokleko 12-11-2020 04:07 PM
Nasib baik ada Ebit Lew. Kalo x mesti aku dah yakin dengan ungkapan yang dah lama aku dengar " tak tipu , bukan cina lah"
Quote saviour_09 12-11-2020 04:08 PM
Edited by saviour_09 at 12-11-2020 04:10 PM

laguna ni lawo jugak

on the other side of long beach pulau redang tu

pantai dia malas cakap la

tak nak balik darat dah oi!

eh ot

live fb seller ni makin hari makin berlambak

careful la kalo nak join

jgn nanti kena kencing sudeehhh
Quote c===8 12-11-2020 04:11 PM
biasa la umah pencemar sungai
Quote sarah82 12-11-2020 04:19 PM
shopee kan ada hadiah x50..
Quote chacon 12-11-2020 04:44 PM
sebab tu aku rasa dato addy kana tu lagi bagus


makin menjadi2 scammer sekarang ni. apa tindakan kerajaan?? tak habis2 cari mat motor je padahal mat motor make up motor je kot jarang sangat dengar kes langgar orang sampai mati
Quote AbukRokok 12-11-2020 04:45 PM
sarah82 replied at 12-11-2020 04:19 PM
shopee kan ada hadiah x50..

menang x?

Quote sarah82 12-11-2020 04:48 PM
AbukRokok replied at 12-11-2020 04:45 PM
menang x?

Aku boikot shopee.. Hahaha
Quote Kitty_catz 12-11-2020 04:49 PM
ni bukan social influencer, ni SOHAI influencer

bodow bertingkek2.. public pun, nengok rupa nya pun dah tawu menipuuu

kalo la si sohai ni kayo sampai boleh nak bagi X50 sebjik, baik la dia oberhaul gigi heols tu dulu, meols tengok pun geli, ada ati nak bagi x50..choiiiiii



Quote belilies 12-11-2020 11:01 PM
Wahhh dah pakai taktik international influencer heols ni. Youtuber mommies kat western nun suka nau bagi giveaway, sekali iols terjumpa forum psl deyols buat akaun medsos palsu mcm si cumanci ni buat. Alahai cumanci.. kalo kaya pun takkan le tak mampu nak buat facial kot... Nampak nau berkerak.. dgn gigi tu
Quote haruslah 12-11-2020 11:05 PM
Ingat set2 melayu je jd influencer menipu
Quote supernaturalee 12-11-2020 11:13 PM
Yg plg kanan dlm video tu cute

Quote dudaberhias 12-11-2020 11:14 PM
Kitty_catz replied at 12-11-2020 04:49 PM
ni bukan social influencer, ni SOHAI influencer

bodow bertingkek2.. public pun, nengok rupa ny ...

Khennn, haper kata repair apa yang patut kasi licin kulit tu duluuu, choiii!
Quote sukacactus 12-11-2020 11:18 PM
Apakebenda la artikel ni takat x50 tu kete mewah
Lain la volvo xc40
Quote lolipopi 12-11-2020 11:24 PM
Nsb baik dah katup fb berkurun dolu sbb loya tgk fb ms ngandung. aman duniaku
Quote sehirkedi 13-11-2020 04:03 AM
Gaya macam ah long newbie je.. Hehe.. Zaman sekarang mudah je menipu dan mudah jua terkantoi..
Quote dodolgemok 13-11-2020 07:13 AM
Pokoknya instafemes2 ni semua penipu jah, x kira Melayu ke cina. Yg hadap dgan diorang tu cash lah!
Quote Kitty_catz 13-11-2020 05:01 PM
dudaberhias replied at 12-11-2020 11:14 PM
Khennn, haper kata repair apa yang patut kasi licin kulit tu duluuu, choiii!

khuennn....

bikin kulit licin bak kulit ikan paus lempar belakang umah
Quote annehuda 13-11-2020 05:05 PM
dia bukan scammer. tu cuma taktik die je nak dptkan live yg banyak.  kalau kt barat byk yg mcm ni. free gift away skali tu yg menang member2 influencer je
Quote MissVixen 13-11-2020 05:23 PM
Cina bukit mana ni?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.289418 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top