CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Doktor Mencarut Dapat Pesakit Kanser Jam 3 Pagi, Netizen Gesa KKM Ambil Tindakan

12-11-2020 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27483| Komen: 290

Description: Warga Twitter menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan terhadap seorang pegawai perubatan yang menulis kata-kata kesat di laman sosial tersebut.
Warga Twitter menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan terhadap seorang pegawai perubatan yang menulis kata-kata kesat di laman sosial tersebut.

Difahamkan, doktor lelaki yang bertugas di sebuah hospital kerajaan di Batu Pahat tersebut dikatakan tidak berpuas hati apabila pesakit kanser otak dirujuk kepadanya pada jam 3 pagi.

Ciapan yang ditulis pada 8 November lalu itu, menimbulkan kemarahan warga Twitter yang kemudiaanya mempertikaikan integriti seorang pegawai perubatan.

Dalam pada itu, ada yang cuba menjelaskan perkataan puk* dan anjing ditulis, tidak ditujukan kepada pesakit, tetapi untuk individu yang merujuk pesakit kepada beliau ketika itu.

Foto: Twitter


Bagaimanapun warga Twitter tetap tidak berpuas hati dan mendakwa ayat 'bernafas je makhluk tu lagi' masih tidak sopan kerana ia merujuk kepada pesakit kanser tersebut.

Menerusi pemerhatian Gempak di Twitter, pegawai perubatan berkenaan dikatakan telah membuat permohonan maaf, namun sekali lagi mengeluarkan kata-kata kesat menerusi sebuah ciapan.

Ciapan tersebut dakwa warga Twitter, ditulis pegawai perubatan itu selepas membuat permohonan maaf kerana tidak berpuas hati dikecam warganet.

Rata-rata mereka menganggap pegawai perubatan itu tidak profesional dan tidak ikhlas meminta maaf.


Di ruangan komen, beberapa petugas barisan hadapan turut meninggalkan komen dan meluahkan rasa kesal terhadap keterlanjuran kata-kata dilakukan pegawai perubatan yang menggunakan nama @TheArifMazlan itu.

Mereka turut menasihati pegawai perubatan itu supaya bersikap lebih profesional ketika berhadapan dengan apa jua situasi ketika bertugas dan melindungi privasi pesakit.

Warga perubatan yang meninggalkan komen juga tidak menolak kemungkinan @TheAriffMazlan mungkin tertekan kerana kepenatan, namun memintanya bersabar kerana itulah cabaran dalam bertugas.

Bagaimana twit handle @TheAriffMazlan juga sudah tidak kelihatan di laman sosial tersebut selepas isu melibatkan dirinya menjadi tular. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 12-11-2020 01:43 PM
iols x rs dia carut kan pesakit tu, iols rs dia carutkan org yg paksa dia utk refer kes tu pd jam 3-4 pagi.... somehow, x patut seorang doktor mencarut sedemikian rupa di medsoc yach.
Quote Skydiva 12-11-2020 01:47 PM
Sigh~ budak2 srang. Kalau x puas ati cakap sendiri je la. Gi letak kat soc med buat ape? Memang mendapat la bukti terang2 ko tu takde etika. Netizen kan nk yg komen murni2 je. Pandai dah tu jadik doktor, tp still x bijak nk gune soc media cane. Sila blaja lagi ye.
Quote Metana 12-11-2020 01:48 PM
hentikan meroyan bising dalam media sosial pasal kerja. sgt ler x profesional
Quote Artemesiaa 12-11-2020 01:48 PM
Walaupun perit tapi realitinya makin ramai yang perangai macam tu terutama yang muda2 macam tak ada perasaan, tak kiralah terhadap sesiapa saja, staff atau terhadap pesakit.
Quote Dwdrum 12-11-2020 01:51 PM
Dik... next time jika mahu mencarut jangan letak di socmed... Cerita sedih saja di benar kan.. Ramai acik acik mahu bagi pillow or shoulders..
Quote Decaffeinated 12-11-2020 01:51 PM
The downside of social media. Nasib aku kertu.
Quote Atata 12-11-2020 01:51 PM
Mmg beginilah perangai2 doktor2 hospital gov. Mcm syial. Pernah kena buat transvaginal ultrasound, ada something alat la kena masukkn kat bawah, agak besar la jg so sakit sikit. Kita first time deal ngan doktor2 hospital ni protes2 la sakit, dia boleh jwb, hello puan?? Saya rasa benda itu jauh lebih kecil dari segala benda yg wujud kat dunia ni yg pernah masuk kat dlm tu (vagina) puan. Sialll.. mmg sial gila mulut doktor tu. Knp mulut dorang mcmtu eh?
Quote Belibis 12-11-2020 01:54 PM
Orang skrg betul2 tak hipokrit.apa yg dirasa,itu yang diluah.
Selamat jadi penganggur lah ya.
Quote doubleA 12-11-2020 01:55 PM
Teruknya bahasa kau doktor. Makian meniti di bibir kah
Quote saviour_09 12-11-2020 01:56 PM
tak kental jgn masuk servis la sis

jadi ponen lorong 24/7

bodoh namatey gomen servant jenis merungut melalak kat medsoc ni
Quote syadq 12-11-2020 01:56 PM
Awal tahun baru dapat MO tapi meroyan kemain lagi.
Quote jalfa 12-11-2020 01:57 PM
Atata replied at 12-11-2020 01:51 PM
Mmg beginilah perangai2 doktor2 hospital gov. Mcm syial. Pernah kena buat transvaginal ultrasound, a ...

Kuang ajar gila...
Quote bulalof 12-11-2020 01:58 PM
Atata replied at 12-11-2020 01:51 PM
Mmg beginilah perangai2 doktor2 hospital gov. Mcm syial. Pernah kena buat transvaginal ultrasound, a ...

u can file a complaint for that ma'am.
Quote jalfa 12-11-2020 01:58 PM
Dik dokter leh join dr medsoc nini ngan kinah
Quote irish_ieka 12-11-2020 01:59 PM
ni doktor aww awww kot
Quote Guccibamboo 12-11-2020 02:01 PM
Ko ingat ko sorang je doktor kat malaysia????? Berlambak lg....xnak keje brentilah....ramai lg nak jawatan ko ni...ni floating mo je ke ni
Quote rosa_canina 12-11-2020 02:01 PM
mesti tgh stress .. penat... mengantuk..  

tp release tension kt member2 dah le..

takperlu nk luahan perasaan dlm socmed kot  
Quote babynina30 12-11-2020 02:01 PM
Grad medic Mesir
Quote eplasbpafree 12-11-2020 02:03 PM
Rest in peace doctor...

Lihat semua komen(290)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.062622 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top